Kulit Cantik Dengan Suplemen Shaklee | Pengedar Vivix Shaklee, Pengedar Shaklee Kuala Lumpur

15 November 2014

// // 13 comments

Kulit Cantik Dengan Suplemen Shaklee

Assalamualaikum semua? Bagaimana iman kita hari ini? Bersyukurlah Allah masih hidupkan kita hingga kehari ini sebab Dia bagi kite peluang untuk bertaubat... Orait entri kali ini saya nak share tentang bagaimana nak mendapatkan Kulit Cantik Dengan Suplemen Shaklee.



           Shaklee mempunyai pelbagai produk kesihatan, penjagaan kulit dan kebersihan sekitar rumah. Produk-produk kesihatan Shaklee boleh digabungkan untuk menyelesaikan masalah tertentu. Maka terhasillah pelbagai set yang ada dipasaran sekarang. Set Kurus Shaklee, Set Kesuburan Shaklee, Set Bersalin Shaklee, Set Mengandung Shaklee, Set Kulit Comey Shaklee dan pelbagai set lain.



           Mendapatkan kulit yang cantik, bersih, halus, berseri, cerah sekata macam Fatin Liyana, Emma Maembong, Tok Ti tidak boleh bergantung pada pemakaian skincare je, mesti  makan makanan yang baik-baik supaya hasil yang keluar pun cantik.









          Nak ke taknak? Kite tak boleh dah pandang sebelah mata dengan pengambilan suplemen bagi mendapatkan kulit cantik ala puteri kayangan. Sebelum kita sume jadi puteri kite kene atasi dulu masalah yang membelenggu hidup kite buat sekian lamanya...


          Ada macam-macam masalah kulit yang ada kulit kusam, berparut jerawat yang macam taknak hilang langsung, jeragat, berminyak sampai beerkilat, kering pulak sampai nampak tua dari usia macam akak yang tengah taip ni, ade jugak yang kombinasi, berjerawat. Kulit berjerawat pulak ade macam-macam kategori jerawat biasa, jerawat serius, jerawat kronik dan lain-lain.



            Bencinye bile mengadap cermin dengan kulit muke dengan masalah-masalah diatas, duit habis dah sampai beribu, skincare dari yang cap ayam sampai kat kaunter skincare oversea da try tapi tak jugak dapat hasil yang diingini, adakah impian untuk menjadi puteri cume tinggal mimpi je??






          Sabar, mungkin Allah nak kita sedar dan belajar yang  menjaga luaran sahaja tidak cukup untuk dapat apa yang kite nak. Akhlak yng mulia takkan tercermin tanpa hati yang sentiasa ingin bertaubat pada Allah...ni contoh ye...      



                Samala macam kulit kite, kalau kita harapkan skincare sahaja nak menjaga kult muke kite tapi abaikan apa yang kite beri pada tubuh kite maka hasilnye mungkin tak seperti yang kita nak.



          Ada kawan-kawan kite yang bertuah Allah kurniakan kulit cantik, tak perlu pakai bedak bile nak keluar, bile tanye pakai skincare ape? Jawabnye pakai sabun mandi je... alahai senangnye.. kita kalo gune sabun mandi jawabnye kasarla kulit...



         Ada pelbagai suplemen Shaklee yang boleh bantu awak dapat kulit cantik macam princess, cara Shaklee ni confirm selamat, berkesan dan semulajadi. Takdela fake sangat nanti, bile pakai make up muke macam retis, bile tak pakai ade macam hantu kak limah...aiyoo takmola..





         Bile kite gabungkan Sustained Release Vita-C, B-Complev dan Zinc, maka terhasillah Set Jerawat Bajet, same jugak bile kite amik Vitamin E dan Sustained Release Vita-C akan jadi Set Kulit Cantik Basic, if nak lagi lawa boleh top up ESP, B-Complex, Collagen atau Vivix...



         Semua kombinasi ini berdasarkan masalah yang kita hadapi. Saya taknak go deep tentang semua set, panjang berjela la entri ni...Saya nak highlight suplemen Shaklee yang boleh bantu cunkan kulit wajah kite dengan kaedah baiki dan tingkatkan kesihatan dalaman kita.




 1. Vitamin B- Complex, RM53.75 120 tablets





  • kulit yang bermasalah, kusam dan ketara tidak sihat mungkin disebabkan kekurangan vitamin B-complex
  • vitamin B12 membantu mengatur pengeluaran dan lokasi pigmen kulit, elakkan hiperpigmentasi (kulit gelap dikawasan tertentu tubuh)
  • vitamin B5 bantu mengurangkan masalah jerawat dengan memecahkan triglidrid dan kolestrol, bantu tingkatkan peredaran darah secara tidak langsung menjadikan kulit lebih sihat.
  • vitamin B3 dan B5 bantu mengekalkan kelembapan kulit, melambatkan penuaan
  • masalah jerawat biasanya disebabkan gabungan pelbagai faktor seperti keturunan, perpeluhan, pencemaran dan kekurangan nutrien, maka pengambilan vitamin B-Complex dapat mengurangkan masalah jerawat dengan meningkatkan peredaran darah, metabolisme dan pencernaan.
  • vitamin B5 dapat mengurangkan tekanan yang mana tekanan juga salah satu punca jerawat.  


2. Sustained Release Vita-C, rm92.50 180 tablets




  • kunci kepada pengeluaran kolagen- protein yang membantu perkembangan sel dan salur darah dan menjadikan kulit kuat dan firmness
  • membantu kulit pulihkan kecederaannya sendiri
  • antioksida yang melambatkan kerosakan kulit oleh radikal bebas-radikal bebas merupakan molekul tidak stabil yang merosakkan kolagen dan menyebabkan kulit kering, garis halus dan kedutan
  • kurangkan kerosakan kulit yang disebabkan oleh matahari
  • menghalang otot menjadi lembik
  • menyekat pembentukan pigmen yang menjadi punca utama jeragat
  • kurangkan kemerahan pada jerawat
  • pengambilan vitamin C setiap hari menjadikan kulit sihat dan lembut.


3. Vitamin E, rm149 120 capsule





  • Anti- oksida yang kuat mengurangkan kerosakan disebabkan oleh radikal bebas
  • melambatkan proses penuaan
  • mengurangkan kedutan dan garis halus
  • membantu pudarkan parut dan jerawat
  • melambatkan pembentukan melanin- pigmen kulit yang menyebabkan jeragat
  • mengurangkan kesan parut


4. GLA Complex, RM91.50 60 capsule





  • bantu mengurangkan radang kulit seperti eczema, alergi, kegatalan, kulit kering dan kurap
  • pudarkan jeragat 
  • melambatkan penuaan
  • melembapkan kulit wajah 
  • membantu kurangkan jerawat dengan mencairkan sebum yang berminyak dan mengurangkan rongga yang tersumbat  


5. ESP Shaklee, RM150 850 g






  • membaikpulih sel yang rosak dan bina sel baru
  • membantu pemulihan luka dan mengurangkan parut
  • awet muda - asid amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ dan lain-lain, pengambilan yang kerap kunci kepada awet muda
  • merangsang pembentukan semula kulit dan otot
  • mengurangkan kedutan dan agen anti-penuaan
  • mengembalikan keserian kulit dan dan kepejalan otot
  • mengurangkan kesan parut
  • mengurangkan jeragat, garis halus dan kedutan



6. Shaklee Collagen Powder, RM 298 15 sachets





  • mengembalikan keanjalan semulajadi kulit - meningkatkan ketegangan kulit
  • anti-penuaan - mengurangkan garis halus dan kedutan, mengecilkan liang pori
  • menghidratkan - menjadikan kulit lebih lembap dan kurangkan rasa kering dan mengelupas pada wajah
  • mencerah - mengurangkan parut, pigmentasi, jeragat dan meratakan warna kulit
  • kulit lebih licin dan lembut
  • berat molekul kecil sekitar 1000-3000 Dalton sahaja, memudahkan penyerapan oleh tubuh


7. Vivix, RM475 150 ml





  • memutih dan mengurangkan pigmentasi
  • melambatkan penuaan
  • mengurangkan tanda-tanda penuaan, garis halus dan kedutan
  • menjadikan kulit lebih tegang dan gebu.


8. Zinc, RM33.75 120 tablets




  • memperbaiki tisu rosak dan mempercepatkan pemulihan luka
  • bantu pulihkan parut disebabkan oleh jerawat
  • mengurangkan pengeluaran minyak/sebum oleh kulit
  • bantu pulihkan kulit yang rosak disekeliling jerawat
  • terdapat kajian yang menyatakan pembentukan jerawat disebabkan kekurangan zinc dalam badan.
  • melindungi kulit dari sinaran UV


9. Alfafa Complex, RM 53.75 330 tablets


  • membersihkan hati, darah dan usus
  • menghilangkan toksin dari badan
  • mencantikkan kulit dan otot
  • masalah kulit seperti jerawat, eczema, psoarisis dikaitkan dengan sistem penghadaman yang tidak lancar
  • detoks badan akan mengurangkan masalah kulit
  • membantu mengurangkan infeksi pada kulit
  • bersifat anti-inflamasi dan anti-kulat


10. Garlic Complex RM47.50 60 tablets




  • bersifat anti-kulat, boleh membantu menghapuskan jerawat
  • anti-oksida yang kuat- menghalang radikal bebas merosakkan kulit, menjadikan kulit lebih tegang dan muda
  • membantu pengeluaran kolagen
  • boleh mengecilkan liang pori jika dibuat masker bersama-sama tomato
  • melindungi kulit dari radikal bebas, pengoksidaan dan tekanan oleh persekitaran
  • meningkatkan keanjalan kulit
  • menghalang alergik- mengurangkan sakit berkait dengan sistem imun badan yang lemah seperti hidung sensitif, sinus, alergik, asma, selsema dan hepatitis


Wah banyaknya produk Shaklee yang membantu kulit lebih sihat seterusnya cantik. Disebabkan kepelbagaian ini maka terhasillah pelbagai set kulit. Ada Set Jerawat Shaklee, Set Kulit Cantik Shaklee, Set Kulit Gatal Shaklee, Set Kulit Sensitif Shaklee dan macam-macam lagi.



                 Untuk wanita yang mula memasuki usia 30 an, sedar atau tidak tekstur kulit kita tidak selembut dan setegang ketika usia 20 an, saya mula rasa kulit tangan saya kasar ketika usia 28 tahun. Takutttt dan tension, time tu mula sedar yang aku dah tak muda sangat....noooooooooooooo....



             Lepas tu tension gile kalo orang tanye umo berape, time tu tak kawin lagi double tension. Penyelesaiannya yang paling best makanlah kolagen luar biasa iaitu kolagen Shaklee. Tapi saya tak makan pun kolagen Shaklee sebab time tu belum bertemu jodoh dengan Shaklee lagi hihi...



            Puan-puan kat luar sana yang betul-betul nak kulit bebas jeragat dan parut, tak kusam, tegang, sihat berseri, cerah sekata, halus, lembut dan licin dan dengan confident keluar tanpa pakai secalit foundation pun bolehla menggunakan  SR Vita-C, Shaklee Collagen Powder dan Vivix. 







           Paduan 3 suara eh2 suplemen ni pasti tidak akan mengecewakan puan-puan. Nak tengok balik rupa paras kita diusia 25 tahun, cubelah Flawless Skin Set Shaklee- SR Vita-C, Shaklee Collagen Powder dan Vivix insyaAllah, sangat-sangat berbaloi. Macam gambar kat atas ni.



Dulu kulit die berjerawat, sampai bernanah, habis rosak kulit die tapi sekarang katenye die dah jupe balik diri die yang lama dengan Shaklee, siap ade orang cakap die dulu cam katak puru, sekarang katak pisang.



Saye dah berjumpa dengan die memang halus kulit die betul...nak tau ape produk yang bertanggungjawab buat die jadi Cinderella sebelum kul 12, ha mai call/sms/wasap/telegram saye k after habis bace entri ni hihi... 



           Bagi wanita yang mula memasuki fasa menopause  atau dah pun menopause disarankan mengambil GLA Complex, ESP Shaklee , SR Vita - C dan lain-lain. Pemilihan produk bergantung kepada masalah dan keperluan. Namun disebabkan faktor bajet maka produk yang penting dan utama dahulu akan kami sarankan untuk pelanggan.



           Untuk golongan muda remaja lazimnya masalah yang menimpa mereka ialah kulit berminyak hingga mudah  berjerawat, bekas parut jerawat, kulit kering dan lain-lain. Biasanya untuk masalah jerawat paling minima perlu mengambil B-Complex, SR Vita - C dan Zinc. Ini set yang paling basic dan sangat murah. Hanya rm1.30 sahaja sehari, jimat dan berkesan!! 




          
             Sesetengah orang, zaman jerawat dah berakhir tapi parut jerawat masih garang lagi kat muka. Selain itu kulit wajah pun tak sekata. Tempek bedak tebal-tebal pun tak jalan, so camne?? Minima SR Vita - C dan Vitamin E, nak lagi bagus tambah ESP Shaklee, Minum air banyak-banyak dan makan suplemen Shaklee insyaAllah, makin comey awok jadinye...Aminnn...




            Masalah lain yang banyak kami terima ialah kulit kering dan kusam ada juga yang berjerawat even kulit kering, untuk menjadikan wajah kita lebih lembap, glowing dan sihat maka perlu ambil SR Vita- C, Vitamin E dan B-Complex. Jika ada masalah jerawat maka perlu tambah Zinc.



           Terdapat pelbagai lagi masalah kulit yang pastinya memerlukan penyelesaian tersendiri. Saranan diatas hanyalah asas sahaja, jika masalah yang dialami lebih rumit maka kita perlu berbincang dan saya akan merujuk kepada pakar pemakanan Shaklee bagi menyelesaikan masalah anda.




          Pengalaman saya mengatasi masalah jerawat memang mencabar. Kulit saya mula subur dengan jerawat bila saya tidur malam tanpa mencuci wajah. Esoknya terus tumbuh jerawat besar lak tu, selain itu saya juga mempunyai jerawat di belakang badan. 


        
          Pening kepala saya mencari jalan keluar, search internet, tanya kawan-kawan, tukar pencuci muka, krim itu ini sampai dah tak terkira dah duit habis, hasilnya masih nil. Tertekan memang tertekan, mak, kawan-kawan ramai tegur tanye kenapa banyak jerawat, dulu kulit licin je?? haiyoooo...



           Hasil carian internet banyak yang suggest ambil vitamin C dan Zinc untuk atasi jerawat, saya pun apa lagi terus ke farmasi untuk beli suplemen, amalkan dan memang berkesan, tak ingat ambil masa berapa lama, tapi memang ada perubahan positif. Alhamdullillah...



          Saya juga amalkan praktis kebersihan sebab punca jerawat boleh jadi persekitaran yang tercemar, baju  atau tudung yang kotor, makanan dan lain-lain. Saya akan gunakan towel bersih dan khas untuk lap muka, lap pun tekap-tekap je tak boleh kasar-kasar. Tak lupe minum air banyak-banyak. 





           Sebelum saya berkahwin saya memang amalkan Vitamin E, persediaan nak kulit cantik untuk majlis nanti. Bile masuk umo 28 tahun kulit saya dah jarang ade jerawat, tapi masalah lain ialah kulit makin kering, parut jerawat dan mula ada jeragat dan garis halus didahi dan tepi mulut.



          Memang kulit wajah lagi lembap, parut pun dah pudar, tapi bila saya start ambil Omega Guard Shaklee untuk kurus, bukan je body makin slim, garis halus pun dah nipis, kurang dalam lekuk die, memang ketara. Member-member pun tegur, saye sendiri pun terperasan jugak, hihi....



         Sebulan sebelum kawin saya amalkan ESP Shaklee pun untuk kurus, tapi bonus kulit gebu dan lembut gitu, Jurumekap @ MUA saya Vee Elfaizin yang cantik tu pun tegur. 'pandai jage kulit, kulit cantik' wahhhh....kembang setaman akak, saya pun dengan bangga cakap saya makan Shaklee...



          Alhamdulillah, so far saya sangat hepi ber'Shaklee'. Memang puas hati, berkesan, selamat, takde kesan yang memudaratkan, Sangat penting kesihatan tu, kalau cantik tapi sakit pun takde makne, tapi bile kite sihat, dalaman sihat, luaran pasti sihat then automatic kita akan cantik.


Suke saya nak share satu video tentang perjalanan sebuah pencarian, 7 tahun mencuba pelbagai cara namun tak jua ketemu jalan keluar hinggalah empunya diri menemui ramuan rahsia yang diberi oleh Pakcik Shaklee. Jom sama-sama tengok kisah ini...



Cara Elakkan Jerawat Di Muka Dengan Cepat Lepas 7 Tahun Terseksa! from iReach HD on Vimeo.



Disini juga saya sertakan pelbagai testimoni orang-orang yang dah cantik bile makan produk Shaklee :))






















Ini cume sebahagian kecil je, banyak lagi orang-orang kat luar sane yang dah cun melecun amik suplemen Shaklee, apemacam? tak yakin lagi ke?


Hubingi saya sekarang jika anda nak  suplemen Shaklee membantu:-
  • selesaikan masalah kulit yang sekian lama membelenggu anda
  • jimatkan poket anda dari habis kepada produk-produk lain yang belum tentu berkesan
  • tampil lebih yakin walaupun tanpa secalit bedak pun
  • cantik secara sihat



Maka hubungi saya sekarang di +6014-9209040, boleh call, wasap, sms, telegram. Boleh juga emel ke dasyifa14@yahoo.com, saya sedia membantu anda, semua konsultasi dirujuk kepada pakar pemakanan Shaklee, jadi anda akan mendapat servis yang terbaik dari kami.

*Sempena Aidilfitri 2016, akak nak bagi hiasan dinding Khat Kufi bernilai RM420 kepada sesiapa yang bertuah, nak tahu caranya klik link dibawah :)

Menangi Cabutan Bertuah Khat Kufi RM420





Jika anda lebih senang membuat pembelian sendiri dan tiada masa untuk kecawangan Shaklee, anda boleh membuat pembelian secara online, hanya klik gambar dibawah dan anda bebas membuat pembelian sendiri.


Langkah-langkah pembelian


1. Scroll kebawah dan klik agree untuk Online Ordering Agreement.

2. Tick produk yang ingin anda beli, produk yang anda tak mahu hanya untick. Apabila selesai, klik checkout.

3. Selesai memilih, anda boleh isikan butiran lengkap untuk penghantaran seperti nama, alamat, no telefon dsb.

4. Pembayaran boleh dibuat dengan menggunakan kredit kad atau debit kad, Master atau Visa. Sila screen shot atau ambil gambar resit sebagai bukti pembelian.

5. Courier service yang akan menghantar pesanan anda ialah Gdex mengambil masa 2 -5 hari bergantung pada lokasi anda.

6. Setelah produk Shaklee selamat sampai ditangan anda, izinkan saya untuk menghubungi anda bagi memberi jadual makan yang tepat dan konsultasi lanjut berkenaan masalah yang anda hadapi. Mudahkan!

7. Itu sahaja, Selamat Bershopping! Semoga anda mendapat kulit cantik yang diidamkan. :)

 
 Klik Disini Untuk Mendapatkan Set Kulit Cantik Shaklee Anda Sekarang

           
          






13 comments:

  1. terima kasih atas komen yang diberi, nanti kite p blog awak pulak k

    ReplyDelete
  2. Bestnya ... Penuh info!! terbaik .. =)

    ReplyDelete
  3. terimakasih atas informasinya gan, saya mencari informasi tetang jerawat yang selalu mengganggu penampilan wajah.
    .

    ReplyDelete
  4. ๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹

    ReplyDelete
  5. ๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹

    ReplyDelete
  6. Assalamu'alaikum
    Izin.. sy tika umur 24 thn
    Boleh sy nak tahu ap sahaja yg perlu sy ambil
    Untuk masalah period tak teratur, segugut, rambut rontok, kesuburan, dan kesihatan.
    Adakah cukup bila sy memakan vit-C and Zinc sahaja ? Terima kasih akan nasehatnya... ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š
    Wa Barokaatuhu

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah, satu penerangan yang cukup lengkap untuk cantik, memang hebat

    ReplyDelete
  8. Shaklee vitamin 1st class!! Sejak start guna shaklee, tak pandang yg laun dah..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen <3

Cari Artikel