Mujahid Dah Boleh Berjalan | Pengedar Vivix Shaklee, Pengedar Shaklee Kuala Lumpur

18 November 2015

// // 4 comments

Mujahid Dah Boleh Berjalan

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana bagi peluang untuk akak menjadi seorang isteri, menjadi seorang ibu. Akak kawin diusia 30 tahun, time akak kawin tu member baik akak dah ade anak 4 orang.

Jenuh jugak nak menjawab pertanyaan kawan-kawan, saudara-mara sume. Berkat doa semua ade juga sekeping hati yang sudi ambil akak jadi teman hidup sepanjang hayat...Alhamdulillah. Segala Puji Bagi Allah Rabb Sekalian Alam.

2 bulan usia perkahwinan kami, akak sah pregnant. Ya Allah tak tahu nak cakap perasaan. Gembira, terharu, terkejut, bersyukur sangat-sangat...38 minggu mengandungkan Mujahid, Allah keluarkan die dari perut akak.

Sebelum beranak lagi hati akak kuat nak berhenti kerja sebab nak jage sendiri Mujahid. So good bye UOB. Sebelum berkahwin, sebelum kenal husband akak lagi, time akak sendiri pun tak sure akan berkahwin atau tak akak dah nekad, bile ade anak sendiri nanti nak bagi susu badan.

Camne pun ujiannya, mesti fight juga bagi susu badan untuk anak sampai umur 2 tahun. Dan sekarang Mujahid dah 13 bulan 2 minggu 4 hari. Masih lagi menyusu badan. Alhamdulillah akak still berusaha bagi yang terbaik untuk dia.

Memang tak sedar mase berlalu. Mujahid banyak ikut ciri-ciri keluarga ayah die. Lain dari keluarga akak. Jenuh akak peratikan die kat manela trait akak yang ade pada die, hihi lawak jugak bile ingat balik.

Last-last ade jugak iaitu jari-jari die sama ngan akak, haha bukan main hepi akak time tu. Kalo bergambar dengan die tu memang tak nampak rupa akak kat die. Lain..emm takpela nak. Allah anugerahkan Mujahid buat kami pun ya Allah dah tak terhingga nikmatnya.

Diela yang buat kite gelak, geram, penat, seronok, gembira, risau, pening macam-macamla. Itula excitement menjadi parent.

Perkembangan Mujahid kalo follow cerita mak akak banyak ikut akak, cume akak time kecik memang behave, paling senang jaga haha (kembang sikit). Mujahid lelaki so nakal tu sudah pasti tapi still boleh kawal.

Masuk umur setahun tu memang die dah start bertatih cumanya selangkah dua je selebihnya die merangkak lagi. Masuk bulan November ni makin laju die berjalan, sampaila Ahad lepas, balik dari kenduri memang tak nampak die merangkak dah...

Officially Mujahid dah boleh berjalan. Ya Allah seronoknya tengok die jalan kengkang-kengkang dengan kaki comel die tu, kalau kite kacau makin die laju. Lepas ni boleh geng dengan Abang Irfan (sepupu die dah umo 3 tahun).

Tapi dah namanya baby even dah boleh jalan pun still nak bergayut dengan kite jugak. Bile time taknak lepas tu yang hangin tu melekat je, nak buat kerja pun payah. Akak selalu galakkan die berjalan sendiri...praktis sokmo.

Hai anak camtula...makin die membesar physically die akan lebih jauh dengan kite. Yeke? That's circle of life...Hai belum ape-ape dah rase taknak berpisah dengan die...(touching plak :( sob sob...)

Ibu selalu doakan Mujahid membesar jadi anak yang soleh, sihat, kuat, berilmu, berakhlak mulia, beradab sopan. Rajin, terpelihara dari fitnah dajal, kawan-kawan dan apa-apa perkara yang merosakkan, jauhkan Mujahid dari hal-hal maksiat, kuat dan teguh aqidah, berjuang dijalan Allah...:'(

Zaman Mujahid membesar sangat mencabar, penuh dengan fitnah dajal. Dunia dah nak kiamat camnila. Kene didik anak-anak mempunyai aqidah yang kuat. Boleh bezakan yang haq dan bathil. Melaksanakan perintah Al-Quran...

Dah menjadi ibu ni kene banyak berdoa, Allah tak pernah jemu bahkan selalu nak dengar rintihan hati hamba-hambanya. Tapi kite yang sombong, doa selalu nak cepat, kelam kabut, mitak lain tapi pikiran kelaut...Kadang-kadang nak berdoa pun malas, padahal free je.

Hmm okla setakat ni je coretan akak, jika anda dah membacanya hingga keakhir kata terima kasih akak ucapkan.






4 comments:

  1. alhamdulilah tahniah mujahid. tapi memang betoi makin dorg besar makin rasa menjauh dari kita. akan dorg makin rapat dengan si ayah. fikir positif myb Allah nak bagi kita rehat pulak sebab dari lahir kita dah berpayah menjaga dorg :)

    ReplyDelete
  2. Anak adalah anugerah Allah yang terindah. Melihat mereka membesar depan mata tak terkata kebahagiaan tersebut kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah betul sangat kak, alhamdulillah Allah beri peluang tu pada kita...

      Delete

Terima kasih kerana sudi komen <3

Cari Artikel