20 December 2015

// // Leave a Comment

Teruja Dan Tak Keruan diBig Bad Wolf

Assalamualaikum, apa kaba? Lagi 11 hari kita nak tinggalkan tahun 2015 ni nak pergi tahun 2016 yang pasti lebih mencabar. Yela macam-macam isu sekarang...

Ok takpe kita tinggalkan dulu hal haru biru tu, akak nak share pengalaman pergi Pesta Buku Big Bad Wolf minggu lepas.

Last time masa mule-mule Big Bad Wolf ada akak dah pernah pergi, al maklum akak ni kaki buku, memang buku yang akak beli akak akan baca. So excitedla nak pergi. Sampai-sampai sana memang murah buku-buku tapi pada akak takdela menarik hati sangat.

Gambar pinjam dari Fb Big Bad Wolf


Sebab banyak buku-buku lama, yang rosak pun ada. So no wonder murah sangat. Tutup buku, tutup cerita dah pasal Big Bad Wolf.

Last week husband ajak pergi, akak duk piki-piki dari duk umah je, baik pergi, tengok camne sekarang. Dalam kepala ni dah set untuk tengok-tengok je sebabnya buku-buku yang akak beli diPesta Buku Antarabangsa pun banyak tak habis lagi.

Bila kahwin, mengandung dan ada anak minat membaca jadi kurang tak macam dulu huhu...So banyakla buku tak terbaca.

Akak kesana hari last 14 Disember 2015, hari isnin, hari last. Sampai je kat sana, akak macam terkagum dan terus tak keruan huhu....buku-buku murah tak hingat, buku pulak baru semua, cantik je.


Terus rasa alahai kenapala sekarang baru datang, esok dah takde. Kalau datang awal-awal boleh datang lagi.

Yela nak belek buku 1 dewan besar tu mana nak cukup masa. Big Bad Wolf ni dibuat dekat MIECC Mines, tempat kami pergi IMKK dulu. Besar wei dewan dia.

Akak pergi section Health And Wellness, husband pergi section Art. Akak cari buku pasal vitamin, tapi cuma ada 1 je. Kalau boleh nak cari buku Dr Bruce Miller, malangnya memang takde...frust jugak.



Takpela habis round section Health And Wellness, akak pergi kat bahagian buku Children. Nak cari buku untuk Mujahid. Sampai sana, pusing punye pusing dah sampai 1 level pening tak tau nak beli buku apa, sebab banyak sangat bukunya, semua menarik, semua pun murah.

Buku tebal-tebal hard cover cuma rm15, rm18, rm20...buku sticker budak-budak yang mahal-mahal, memang akak tak sentuh langsung tu rm10 je...

Banyak pilihan, akak belikan buku sticket Thomas And Friends untuk anak saudara, Irfan, memandangkan die peminat Thomas tegar.

Dekat level atas, ada jual makanan macam KFC, AYAMAS, Cha Time, Pizza, Famous Amos dll. Kebanyakan diorang jual size mini. Kecik-kecik semua. Akak beli KFC Zinger burger alahai slim je. Nak balik tu kami tapau nasi ayam AYAMAS, sedap weii, menyesal tak makan awal-awal.



Then ada jugak tempat permainan budak-budak, so yang ada anak kecik dan besar bolehla lepas kat sana, mitak abang atau kakak jagakan adik-adik. Bolehla ibu ayah fokus membelek buku.

 Kalau ikutkan nak duk situ sampai tengah malam, yela Big Bad Wolf kan 24 jam, kami memang nak berkampung kat situ. Tapi husband plak ada hal urgent huhuhu....sedihnya...

Tapi dalam kereta duk bincang-bincang dengan husband memang tak sabar nak pergi lagi Big Bad Wolf akan datang.



Inilah buku-buku yang sempat dibeli...
Akak dan husband bercita-cita nak ada library sendiri dirumah, memandangkan masa bujang kami duk rajin kumpul buku. InsyaAllah ada rumah sendiri nanti nak laksanakan hajat yang terpendam ni. Mintak semua doakan kami ya, terima kasih...

Cari Artikel