Zinc Mineral Wajib Bagi Lelaki | Pengedar Vivix Shaklee, Pengedar Shaklee Kuala Lumpur

17 February 2016

// // Leave a Comment

Zinc Mineral Wajib Bagi Lelaki

Mesti ramai jejaka-jejaka, pakcik-pakcik, brader-brader, adik-adik, abang sado-abang sado diluar sana yang tak tau betapa pentingnya Zinc bagi kesihatan lelaki. Sebab itu saya tekankan yang Zinc Mineral Wajib Bagi Lelaki.

Apa yang penting sangat tu? Atuk, ayah, pak sedara, member-member takde pun yang makan suplemen Zinc sihat walafiat je diorang. Sakit pun jarang..

Ha inila salah satu perkara yang kita kene buang, janganla nak tunggu sakit dulu baru nak beringat. Janganlah macam tu, kaum lelaki ni banyak tanggungjawab. Kalau sakit dulu baru nak kelam kabut kesianla dengan anak bini tu.




'Tahu tak yang Zinc didalam prostat lelaki adalah 10 x ganda lebih banyak dari organ lain.'

'Tahu tak yang lelaki yang kurang subur memerlukan Zinc yang lebih dari keperluan biasa untuk meningkatkan kuantiti, pergerakan dan ciri-ciri fizikal sperma?'

'Tahu tak kegagalan zakar untuk tegang dan tegak sepenuhnya adalah berkait dengan paras hormon testosteron yang rendah dan paras hormon testosteron boleh meningkat dengan signifikan dengan pengambilan Zinc yang cukup dan berterusan.'

'Tahu tak yang Zinc mengaktifkan lebih 200 jenis enzim dalam badan kita.'

'Tahu tak Zinc mampu mengurangkan jerawat dengan berkesan'

'Tahu tak mengapa ikan haruan digunakan oleh ibu ketika berpantang? Kerana ia kaya dengan Zinc, dan Zinc membantu pemulihan luka luaran dan dalaman dengan cepat.'

'Tahu tak pengambilan Zinc yang cukup mampu mengurangkan risiko kebotakkan.'




Ada pelbagai fakta menarik mengenai Zinc yang kita tidak tahu. Ok so sedikit sebanyak kita sedar yang Zinc memang sangat diperlukan oleh badan terutama kaum Adam.


Apa akan berlaku jika badan kita kekurangan Zinc?
  • pertumbuhan terbantut
  • tekanan darah rendah
  • pertumbuhan tulang terbantut
  • hilang selera makan
  • hilang deria rasa dan bau
  • kulit kasar / pucat
  • hilang berat badan
  • cirit-birit
  • keguguran rambut
  • selalu penat
  • bintik putih dikuku


Punca Kekurangan Zinc

Tekanan hidup yang tinggi, pemakanan yang kurang nutrient dan tidak seimbang, merokok, pengamal vegetarian, alkohol dan makanan terproses, semua ini adalah punca badan kita kekurangan Zinc.

Tambahan pula kita hanya mengambil serendah 47% daripada jumlah saranan Zinc setiap hari. Logam bertoksik seperti Kadmium daripada rokok dan kuprum yang terdapat dalam air paip mengurangkan jumlah Zinc dalam badan kita.

Zinc tidak dapat dihasilkan oleh badan kita so kite perlu mendapatkannya setiap hari melalui makanan harian kita.

Akak share gambar yang menunjukkan makanan-makanan yang kaya dengan Zinc, hari-hari tak kita makan?





Sebelum ini mungkin kita tak pernah alert pun dengan mineral Zinc ni, mineral yang famous yang biasa kita dengar is kalsium, zat besi ada lagi ke?

Saya pula first time berkenalan dengan Zinc bila Google pasal penawar jerawat, ramai yang suggest ambil Zinc. Kalau tak memang alert langsung pasal Zinc ni.

Ok jom kita zoom apa sebenarnya fungsi Zinc pada tubuh kita, apa kepentingannya terutama bagi kaum lelaki.


1. Meningkatkan Kesihatan Seksual Dan Paras Testosteron

Zinc mempengaruhi kesuburan lelaki, potensi, kemampuan seks yang bertenaga dan kesihatan seksual dalam jangka masa panjang.

Zinc perlu dalam pengeluaran sperma dan jumlah Zinc yang rendah boleh menjadi punca kepada pengurangan jumlah air mani dan paras testosteron.

Setiap satu pancutan air mani boleh mengeluarkan sehingga 5 mg Zinc atau hampir separuh keperluan Zinc bagi lelaki. Zinc juga meningkatkan kiraan sperma.

Saintis dari Universiti Perubatan Wayne State di Michigan membuat kajian tentang kesan Zinc kepada paras testosteron pada lelaki dalam lingkungan usia 20 tahun dan 80 tahun.

Kajian tersebut mendapati lelaki muda yang mengambil Zinc dalam kuantiti terhad dalam tempoh 20 minggu mengalami penurunan paras testosteron.

Manakala lelaki veteren yang memang kekurangan Zinc mengambil suplemen Zinc selama 6 bulan meningkat pengeluaran testosteron mereka.


2. Meningkatkan Pergerakan Sperma

Pergerakan sperma merujuk kepada kekuatan dan ketahanan sel sperma untuk berenang menuju ovum bagi tujuan persenyawaan. Pergerakan sperma yang perlahan salah satu punca ketidaksuburan lelaki.



3. Mengurangkan Risiko Kanser Prostat

Zinc memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan dan meningkatkan kesihatan prostat. Terbaru kajian dari John Hopkins Universiti dan Perkhidmatan Penyelidikan Pertanian (cabang penyelidikan Jabatan Pertanian Amerika Syarikat) menemui tisu kanser prostat mengandungi kandungan Zinc yang rendah secara signifikan berbanding tisu sihat yang berada diorgan lain.

Zinc terdapat dalam setiap organ, tisu dan sel badan manusia, bagi lelaki prostat mempunyai kandungan Zinc yang lebih berbanding tisu lain kecuali tulang.

Semakin berumur orang lelaki akan kurang bersenam dan selera makan pun berubah selalunya membawa kepada pengambilan Zinc yang tidak mencukupi untuk keperluan harian badan. 

Orang lelaki yang tidak mendapatkan Zinc yang secukupnya dalam diet harian mereka lebih cenderung terjadi pembesaran prostat ('benign prostatic hyperplasia' atau BPH) dan prostatis (keradangan prostat). Mereka juga mempunyai kadar kanser prostat yang tinggi.









4. Membantu Kurangkan Jerawat

Adakah kulit berjerawat buat anda rasa rendah diri? Ada berita baik buat anda, Zinc boleh membantu merawat jerawat. Dan sebenarnya, sesetengah jenis jerawat berlaku disebabkan oleh kekurangan Zinc,

Zink boleh membantu jerawat cepat sembuh , mengurangkan keradangan yang disebabkan oleh jerawat dan membantu mengawal aktiviti kelenjar minyak kulit yang disebabkan oleh perubahan hormon.

Zinc mempunyai peranan penting dalam kesihatan kulit secara menyeluruh. Ia juga membantu menangani masalah eczema, kelemumur, kulit melecur atau terbakar. Ia juga membantu luka cepat baik.



5. Mengelak dan Membaik pulih Kebotakan

Best tak kalau kita duduk rilex enjoy makan steak? Sekarang ada alasan yang terbaik untuk hal-hal begini. Makan daging tanpa lemak sebenarnya membantu melambatkan proses menjadi botak. Botak boleh berlaku dengan pelbagai cara.

Dari rambut yang semakin menipis, gugur tidak tumbuh kembali dan kemudiannya botak. Ia juga boleh muncul kerana faktor keturunan atau disebabkan kekurangan mineral tertentu. Zinc menggalakkan pertumbuhan rambut dan menguatkan rambut.

Berdasarkan kajian yang dijalankan di Australia, lelaki yang makan daging tanpa lemak kurang menjadi botak berbanding lelaki yang makan daging berlemak. Salah satu sebabnya ialah daging merupakan sumber Zinc yang bagus dan jika badan kita tidak mendapat Zinc yang secukupnya boleh menyebabkan kita kehilangan rambut.





6. Meningkatkan Sistem Imun

Zinc merupakan elemen surih yang asas kepada sel didalam sistem imun. Kekurangan Zinc akan mempengaruhi keupayaan T- sel.

Disamping itu  Zinc juga membantu pengeluaran kelenjar thymus. Kelenjar thymus bertindak meningkatkan sistem imun dengan pengeluaran T-sel. T-sel membantu menentang kanser dan menghalang jangkitan penyakit.




7. Mengaktifkan 200 jenis enzim

Zinc berkebolehan menggabungkan DNA, RNA dan protein seterusnya merangsang penjanaan semula sel. Ia juga mengaktifkan lebih 200 jenis enzim didalam tubuh kita untuk memelihara metabolisme, gigi dan tumbesaran semasa remaja.


8. Mempercepatkan Pemulihan Luka

Zinc membantu luka cepat sembuh samada luka luaran mahupun dalaman. Seseorang yang baru sahaja menjalani pembedahan harus mengambil Zinc agar luka cepat sembuh.

Zinc juga meningkatkan imuniti, Sistem imun yang kuat penting untuk melawan unsur-unsur yang merosakkan dan mengelakkan dari terkena jangkitan pada luka.


9. Fungsi Kognitif

Kajian terbaru menunujukkan Zinc mempunyai kesan yang kuat terhadap fungsi mental, kerana ia boleh bergabung dengan vitamin B6 untuk memastikan neurotransmiter berfungsi dengan baik.

Zinc juga ditemui dalam kepekatan yang tinggi dalam 'hippocampus' - yang mengawal pemikiran dan memori. Sesiapa yang menderita kecederaan, ekstra Zinc dapat membantu fungsi otak yang kuat, kerana badan kita secara semulajadi menukarkan Zinc kepada bahan lain bertujuan untuk penyembuhan.


10. Deria Bau dan Rasa
Zinc mampu meningkatkan deria rasa dan bau. Deria rasa dan deria bau bergantung pada Zinc dan ianya perlu untuk pertumbuhan dan perkembangan kedua-dua sel tersebut. Kajian menunjukkan menambah jumlah Zinc dapat meningkatkan kedua-dua deria ini kerana ia akan berfungsi pada tahap yang optima.




11. Membantu Penurunan Berat Badan.

Banyak kajian yang dijalankan menghubungkan Zinc dengan selera makan. Zinc mampu menurunkan selera makan yang mana sangat membantu mengelak dari makan berlebihan.


Ini berkait dengan manipulasi Zinc dengan hormon 'ghrelin' yang akan memberitahu badan bila ia ingin makan.


12. Mengandung

Ha ini kelebihan Zinc untuk kaum Hawa pulak. Zinc sangat perlu untuk memperbaiki fungsi DNA. Ianya juga sangat perlu untuk pertumbuhan sel yang cepat dan pembinaan juzuk major sel sepanjangan kehamilan. Terlalu banyak pertumbuhan dan aktiviti enzim yang berlaku sepanjang kehamilan maka Zinc adalah salah satu nutrient terpenting untuk ibu dan anak.





13. Rabun Malam

Mengambil Zinc dalam kuantiti yang besar akan membantu memulihkan penglihatan. Zinc juga sangat membantu mereka yang rabun malam. Vitamin A penting untuk mengurangkan rabun malam, ia juga merangsang sesetengah enzim yang tidak akan berfungsi tanpa Zinc. Hal ini menjadikan Zinc elemen penting untuk mengatasi rabun malam.


14. Lebih Sensitif Dengan Insulin Dan Bantu Mencegah Diabetes

Zinc diperlukan untuk fungsi hormon yang sihat, termasuklah insulin. Zinc yang secukupnya memainkan 3 peranan untuk fungsi insulin yang sihat,

Pertama Zinc akan bergabung dengan insulin membuatkan jumlah insulin yang cukup untuk disimpan didalam pankreas dan dilepaskan apabila gula masuk kedalam salur darah.

Kedua Zinc meningkatkan 'insulin sensitivity' bermaksud sel-sel lebih peka terhadap insulin. Apabila kepekatan Zinc menurun berlaku penurunan juga terhadap rembesan insulin dan sempadan kepekaan insulin. Yang mana jika berterusan akan menyebabkan diabetes.

Ketiga Zinc juga anti - inflammation atau anti radang. Zinc membantu menghilangkan bahan yang menyebabkan radang menjadikan sel-sel lebih sihat terpelihara dan peka terhadap insulin.





Mungkin sebelum ni kita tak aware pun tentang kepentingan Zinc dalam kehidupan seharian. Nah sekarang kita dah tahu peri pentingnya mineral Zinc pada kesihatan lelaki khususnya dan wanita umumnya.

Selepas ini bolehlah jadikan suplemen Zinc sebagai teman harian, bawak je pergi mana-mana pun. Setiap hari mesti ambil jangan miss, lagipun ambil sekali sehari je.

Jika anda ingin mendapatkan Zinc bagi meningkatkan kesihatan anda sekarang dan akan datang, bolehlah hubingi saya pada bila-bila masa dan dimana jua.

Bulan ini masih lagi berjalan promosi Zinc beli 4 botol pada harga 3 botol, memang super murah. Harga Zinc tanpa diskaun pun dah cukup murah. Inikan pula ada sale, memang berbaloi-baloi beli banyak-banyak simpan stok.

Kepada isteri-isteri solehah diluar sana yang pening nak beri hadiah besday untuk suami bolehlah berikan Zinc ini, demi masa depan bersama...ewahhh....



Orait saya stop dulu disini, boleh hubungi saya Huda di +6014-9209040 melalui call/ sms/ whatsapp/ telegram. Saya sedia membantu anda.

Atau boleh juga pm dengan saya di Facebook Norulhuda Seman. Jika nak melalui emel pun boleh, emel saya dasyifa14@yahoo.com


Terima kasih sudi membaca entri ini. Diharap perkongsian bermanfaat buat anda. :)

Cari Artikel