Cabaran Dalam Bisnes Shaklee Dan Bagaimana Saya Mengatasinya | Pengedar Vivix Shaklee, Pengedar Shaklee Kuala Lumpur

30 November 2016

// // 1 comment

Cabaran Dalam Bisnes Shaklee Dan Bagaimana Saya Mengatasinya

Sebelum saya buat keputusan untuk benar-benar serius dalam Bisnes Shaklee, memang saya biasa dengar susah buat bisnes. Mencabar, bukan semua orang ada darah bisnes. Janganlah buat bisnes rugi je nanti. Di entri kali ni saya nak share Cabaran Dalam Bisnes Shaklee Dan Bagaimana Saya Mengatasinya




Sesiapa je boleh buat Bisnes Shaklee sebab tidak perlukan modal pun. Cume bayar register fee rm70 dah boleh on. Saya pulak memang modal minima. Cabaran yang timbul bila kita takde back up cash yang banyak is bile customer nak cod.


1. COD Jumlah Yang Besar.

Memang biasa ye customer nak cod. Dengan macam-macam isu peniaga online menipula, post barang rosak atau tak sampai, peniaga salahkan poslaju, poslaju kate bukan salah diorang. Macam-macam so kalau customer beli barang yang nilainya besar contoh sampai ribu-ribu ke, diorang lebih selesa untuk cod.

Yela lebih secure, barang ade depan mata, boleh cek kalo rosak ke ape ke,  bagi cash terus dapat barangnye. Dan akak pulak modal kecik jenuh nak cari duit dulukan dulu beli barang. Memang kadang-kadang rase buntu. Tak tau nak cekau mane. Last option biasanye gune credit card atau kalau tak lepas pinjam adik beradik.

Malu tak tau nak cakap camne. Tapi ape daye, kite pun dah habis ikhtiar. Halangan camne pun kene redah jugak. Jauh lagi impian akak, takkan nak give up camtu je.


2. Customer Cancel Order

Kes camni pun lagi parah bile cod, kita dah susah payah cari duit beli barang die. Last-last die nak cancel. Hadoiiii memang sedih, kecewa, nak marah, rase nak telan orang pun ade.

Tapi kita fikir positif, seorang cancel order, 1000 orang lagi akan order dengan kita. Ramai lagi yang akan beli dengan kita, customer yang beli dengan kita semuanya baik-baik, berkualiti, kaya raya dan deserve terima service dari kita.

Mungkin customer ada masalah lain dan akan datang die akan order dari kita, insyaAllah.


3. Kene Marah Dengan Upline

Hihi takdelah marah sangat, marah tu tanda sayang. Macam kita marah anak-anak kita buat salah. Macam tulah upline saya tegur saya. Kadang-kadang memang rase sentap habis. Rase nak nangis kat bucu katil.



Tapi bile ditegur yang terkesan dihati tu buat kite sedar and tak ulang mistake yang sama. Macam-macam cabaran buat bisnes ni. Kalau diulang kesilapan sama maknanya kita yang problem, tak fokus, rugi tenaga, masa, duit.

And upline kita dah lalui macam-macam. Die pun pernah buat silap so die taknak kita rase ape yang die rase. Gitulah bukan senang jadi leader ni.


4. Dapat Customer Yang Super Cerewet

Cerewet ni ade bagusnya. Orang yang cerewet ni biasanya teliti. Sebab tu diorang banyak tanye, banyak nak selidik itu ini. Selagi tak dapat jawapan yang memuaskan memang die akan gerudi kita habis habisan.

Tanye itu ini, berhari-hari layan wasap die. Last-last tak beli pun. Huwaaaa....sedih tau, penat, keciwa and rase tak pueh hati betul.

Saya ada customer yang tak penah beli dengan saya, bertahun-tahun tapi tanya macam-macam pasal produk. Saya doakan satu mase nanti die akan beli, register ahli dan buat bisnes Shaklee dalam group kami.


5. Isu-isu Yang Menghentam Shaklee

Biasalah bila kita buat benda betul, ade je yang tak suke, ade je yang dengki even kita tak pernah buat salah dengan diorang.

Shaklee memang beberapa kali dilanda gelombang hangat, isu-isu kontroversi. Tapi bila siasat memang bukan masalah atau punca dari Shaklee pun.

Dan isu macam ni memang mempengaruhi sale kami. Tapi dari dulu saye tak pernah amik port pun sebab daya yakin dengan Shaklee. Produk Shaklee yang dikeluarkan bukan untuk bagi mudharat pada pengguna sebaliknya nak bantu bina kesihatan yang lebih baik.

Awan mendung ni akan berlalu, dan matahari akan muncul lagi amboiii....pinjam lirik lagu cket. Sabar je, jangan mudah melatah, jangan mudah melenting.


Itulah antara sedikit cabaran kami, Semua ini akan buat kita lebih matang dalam dunia bisnes, Dan lama-lama kita dah lali dengan masalah-masalah gini. Apa yang saya selalu buat untuk atasi cabaran-cabaran ini


1. Muhasabah Diri

Mula-mula saya akan pujuk diri sendiri, cuba kentalkan hati, bersangka baik, pujuk hati sendiri. Mungkin masalah timbul disebabkan kelemahan saya sendiri. Untuk improve Allah tegur saya melalui insan-insan lain dan bermacam cabaran yang datang.


2. Luahkan Pada Suami Atau Upline

Tengok kes atau keadaan, ade isu yang lagi sesuai share dengan husband. Ade isu yang lagi sesuai luahkan dekat upline.

Bila dah cerita semua, memang rase lega even masalah tu tak selesai lagi.


3. Ingat Balik Big Why Kenapa Buat Shaklee

So kita kene recall balik apa sebab join Bisnes Shaklee ni, apsal nak susah payah, apsal awal-awal dulu tak pilih bisnes lain sebaliknya nak jugak buat Shaklee.




Big Why saye is nak anak-anak, ibu, suami. Nak tingkatkan ekonomi supaya dapat beri yang terbaik buat anak-anak.

Nak hadiahkan pakej umrah 5 star free untuk ibu saya.

Nak suami kerja dengan saya buat Shaklee, stop buat bisnes printing die yang menyeksakan tu.

Ini antara Big why saya. So setakat cabaran-cabaran kecil tu tak mampu buat saye kompromi dengan impian saya.

4. Cari Sumber-sumber Yang Menaikkan Motivasi.

Saya suke tengok video jatuh bangun seseorang dalam bisnes sebelum mereka berjaya. Baca balik buku yang buatkan semangat kita melonjak kelangit balik.

Dan ambil pelajaran dari orang sekeliling kita. Biasanya saye suke perhatikan orang veteren yang success dan sebaliknya.

Kalau aku tak berusaha melawan nasib sekarang, end up mungkin aku tua macam si dia ni...
Taknak camtu kenela kuat berusaha sekarang. Jangan menyesal dikemudian hari.


5. Bangun Solat Malam.

Bunyi macam senang, tapi susah ye nak buat. Bagi saya bangun solat malam waktu paling best nak mengadu pada Allah.

Kita berbalik pada Yang Maha Mengetahui segala-galanya. Kite ni bukan sesiapa tanpa belas ehsan Allah. Tak mampu nak buat apa-apa hatta kelip mata pun tanpa izin Allah.

So mitakla pada Die, mengaku segala kelemahan betapa hina dina kita ni. Betapa kita perlukan die untuk semua urusan didunia dan belas kasihan die diakhirat.

Serahkan urusan bisnes ni pada Allah, biar Allah mudahkan jalan kita nak capai apa yang kita nak. Mintak Allah redha dengan setiap usaha kita. Biar perjalanan bisnes ni dibawah pimpinan dan kehendak Allah, bukan atas nafsu kita sendiri.


Itulah serba sedikit cabaran dalam bisnes dan apa yang saya buat tuk atasinya. Sebab tu orang kata nak buat bisnes ni hati kene kental. Tak boleh hati tisu.

Jika anda sudi membaca entri ini sehingga habis, minta tolong doakan saya berjaya naik rank teratas dalam Shaklee iaitu Master Coordinator pada Disember 2017.

By hook or by crook, saya mesti jadi Master Coordianator. Saya dah banyak bazirkan masa, dah banyak diskaun dengan diri sendiri yang akhirnya saya yang rugi.

Saya tak boleh berkompromi dengan impian saya lagi.

Ada sesiapa yang nak bersama saya melalui pelayaran menuju puncak Master Coordiantor?

Pelayaran yang penuh liku, ombak kuat, karang yang tajam, anak kapal hilang dan macam-macam lagi.

Jom bersama saya kita pecahkan ruyung bersama, kita lawan nasib kita dan kita cipta sejarah kita sendiri.

Jangan ragu-ragu, tak perlu piki panjang-panjang, hubungi saya sekarang sebagai langkah pertama dalam adventure menuju Master Coordiantor 2017.




1 comment:

  1. walau banyak dugaannya ia mengajar utk lebih gigih utk berjaya

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen <3

Cari Artikel