Koenzim Q10 merupakan zat makanan larut lemak yang dihasilkan oleh badan dan ditemui disetiap sel tubuh kita. CoQ10 hadir dalam dua bentuk ubiquinol (dalam bentuk antioksida yang aktif) dan ubiquinon (dalam bentuk yang telah teroksida), tubuh kita akan menukarkan CoQ10 teroksida (ubiquinon) kepada bentuk antioksida (ubiquinol).
Peranan penting dimainkan oleh CoQ10 adalah dalam proses penghasilan
tenaga didalam setiap sel.Oleh yang demikian CoQ10 lebih banyak ditemui diorgan-organ
badan yang bekerja lebih keras dan memerlukan tenaga selular yang tinggi
seperti jantung, hati, buah pinggang dan
pancreas.
Banyak kajian perubatan membuktikan manfaat pengambilan CoQ10 sebagai makanan tambahan. CoQ10 penting dalam penggunaan oksigen, penghasilan tenaga dan kepada otot jantung..Koenzim Q10 penting untuk mendapatkan jantung yang sihat. CoQ10 berperanan
-
Membantu mengukuhkan otot-otot jantung
-
Memudahkan proses pengaliran darah
-
melindungi arteri dari pengoksidaan LDL (low
density lipoprotein=lipoprotein berkepekatan rendah) kerana sifatnya sebagai
antioksida
-
menyokong jantung mengepam darah sekaligus
membaiki proses peredaran darah keseluruh badan.
Jumlah CoQ10 yang diperlukan oleh badan ialah 10mg
sehari. Kita boleh mendapatkannya daripada diet harian seperti daging, ayam,
kacang panggang, brokoli rebus, oren, strawberi dan sebagainya. Namun jumlah CoQ10
yang hadir dalam contoh makanan diatas sangat
sedikit, tambahan pula seiring dengan peningkatan usia keupayaan tubuh menghasilkan CoQ10
semakin menurun.
Faktor-faktor lain seperti diet tidak seimbang, pendedahan kepada radikal bebas, penggunaan sesetengah ubat-ubatan untuk mengurangkan kolestrol boleh mengurangkan paras CoQ10 dalam badan anda. Maka pengambilan supplemen adalah perlu untuk mengekalkan zat penting ini didalam badan.
Shaklee menawarkan CoQHealth Plus yang mengandungi campuran semulajadi 28mg CoQ10 dengan vitamin E dan teh hijau. Didatangkan dalam kapsul dari minyak kacang soya bagi memastikan penguraian maksima dan penyerapan yang lebih baik. CoQ10 terbukti dapat
-
menyokong penghasilan tenaga bagi jantung
-
melindungi arteri sihat daripada
pengoksidaan LDL
-
meningkatkan peredaran darah
-
membantu menambahdan mengekalkan CoQ10 dalam
darah
Keistimewaan CoQHealth Shaklee
- kombinasi CoQ10 dengan vitamin E dipercayai
lebih mengukuhkan keupayaan antioksidan yang terdapat dalam vitamin E kerana CoQ10 membantu mengitar dan menjana
semula vitamin E untuk perlindungan antioksida yang berterusan pada sel-sel
tubuh
· ekstrak the hijau mengandungi procyanidins yang
dapat membantu menyokong kesihatan endothelium (lapisan tisu antara kapilari
darah dan jantung)
·
Sumber
CoQ10 yang telah diuji dengan
kualiti tertinggi dan selamat
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi komen <3