Kemboja Kecil di Pekan Pahang | Pengedar Vivix Shaklee, Pengedar Shaklee Kuala Lumpur

04 November 2015

// // 3 comments

Kemboja Kecil di Pekan Pahang

Sejak kebelakangan ni makin terasa kos hidup makin naik. Selama ni memang terasa, tapi sekarang nak beli apa-apa pun kene piki banyak kali. Tapi untuk entri kali ni akak nak share pengalaman kami sekeluarga bermusafir 2 minggu berturut-turut sampai naik pening akak. Ape pun yang berlaku kalo terpaksa outstation tu, camne punye jimat pun habis duit jugak...Sekali sekala, apa de hal...

Last month time cuti hari raya AidilAdha, kami sekeluarga plus adik ipar pergi pulang beraya di Tanjung Agas, Pekan, Pahang. Tempat sedara-mara belah suami. Sebenarnya mak mertua berasal dari Kemboja, lari ketika zaman perang dengan Pol Pot dulu.

Mule-mule keThailand then baru datang ke sini. Lepas tu makin ramai yang datang termasukla saudara-mara die dan banyaknya menetap dan membina kehidupan baru diTanjung Agas. Cuma mak mertua merantau sampai keJohor.

Bila anak masing-masing dah besar dan berkeluarga, die pun melaksanakan planning lamanya iaitu membina sebuah rumah buat dirinya diTanjung Agas. Katanya dekat dengan saudara-mara.


Bestnye kalo dapat rumah yang dapurnya begini :)


Ha camtula serba sedikit sejarahnya, sebab husband orang Johor tapi kalau ditanya kampung die, jawabnya Pekan Pahang.

Kali ni baru masuk kali kedua datang cni, 1st time waktu mengandung Mujahid. Bila dah kata balik time raya Korban memang taksahla kalo tak makan daging korban.

Kami gerak pagi raya, asalnya nak gerak malam tapi husband kepenatan plus demam. So tak jadi gerak malam. Perjalanan lancar alhamdulillah, kami sampai je dalam waktu tengahari. So lunch time.

Apa yang menarik kat sini? Pada saya is makanannya. Yela banyak le makanan-makanan Kemboja yang kita boleh cuba kat sini. Yang akak paling rindu dan tak sabar nak cuba is Nampa buatan tangan sepupu mak mertua, kak Masitah.

Nampa ni sebenarnya air kicap versi Kemboja. Orang-orang belah Siam mesti ada air kicap atau budu tiap kali makan nasik. Budu, air kicap, tempoyak, cencaluk, sambal belacan ini semua pembuka selera tak terhingga sedapnya. Boleh tambah berpinggan-pinggan sampai mak mertua lalu pun tak sedar hihi...

Menu orang Kemboja ni simple-simple je, bak kata husband, menu orang kalah perang...Biasa diorang suke masak goreng-goreng...Sotong goreng, udang goreng, ikan goreng, tak gorang biasa goreng bercili.

Dan semua ni wajib dimakan dengan kicap Nampa. Memang terangkatla sedap tak hingat! Sampai-sampai je tengahari tu kami dijamu dengan kepah goreng bercili, udang fresh goreng dan kari ayam. Akak makan kari ayam je. teringin nak makan udang, tapi kang anakku Mujahid naik ruam pulak dipipinya. Taknak punye taknak sebat jugak sekor huhu...

Pada yang memang tak tahu hujung pangkal air kicap apatah lagi nak berjumpa dengan air kicap atau Nampa yang bersaudara dengan air kicap tu. Meh akak bagi gambaran cket.

Isi kandungan Nampa is bawang putih seulas, ditumbuk dengan 10-15 bijik cili padi plus gula sesudu hingga sesudu setengah. Tumbuk sampai lumat, kemudian keluarkan dari lesung, letak dalam mangkuk pastu kita tuangla kicap cair atau ada jugak yang panggil kicap sotong.

Lepas tuang, kite amik asam jawa atau picit je limau nipis dalam campuran tadi. Dah siap. Benda nila yang wajib ada disetiap rumah orang Kemboja. Asal makan nasik mesti buat Nampa, tak boleh takde.

Hari kedua disini, sepertimana  yang dirancang kami pergi camping di rumah baru mak, rumah tu still dalam pembinaan yang dah dibuat bilik dan ruang tamu yang lain takde, tapi belum siap rumah dan digantung buaian siap-siap kat bawah rumah tu.

Buaian ni pun salah satu signature orang kemboja, kebanyakan rumah dibina tinggi persediaan time air naik. So dibawah rumah digantung-gantung buaian, tempat mereka berbual sambil minum-minum, memang syok dok sembang ramai-ramai kat buaian ni, leka, tidur lagi best sebab berangin je hihi...

Buaian ni diorang buat dari kain baju kurung yang dah tak gune. Ha jimat dan takle membazir baju-baju yang dah buruk dan tak pakai tu, baju tu stil dengan mereka cuma berubah bentuk je jadi buaian hihi...

Mak dah perap ayam siap-siap untuk kami sebab orang Kemboja memang camni, suke bakar-bakar. So kami pun bakar ayam dan menikmatinya bersama, dibelai dengan angin yang agak laju dari sepoi-sepoi bahasa.


Special ayam perap diorang sedap sangat, cicah pulak dengan kicap nampa, perghhh macam tak reti nak stop. Lama jugak kami duk situ tambah-tambah Mujahid lena dekat buaian, dekat 2  jam jugak Mujahid tido.



Sampai mase kami pun chao, balik rumah, enjoy makan daging korban. Tak pasti berapa lama diorang rebus tapi memang lembut habis...sedap!

Sup daging orang Kemboja lainla, rase cam takde rempah ratus sangat, sup ayam diorang pun sama. Tapi sedap je, tak pasti ape resipinya.

Esoknya hari last kami disini, merupakan hari yang paling ditunggu-tunggu sebab apa, apa yang bestnya? Sebab salah satu tujuan kami balik is nak makan mee orang Kemboja. Style diorang more macam Thai people.

Breakfast pagi-pagi makan mee, bubur nasi. Tak makan nasi goreng, bee hon goreng, nasik lemak macam kita. Mee diorang tak pasti apa yang sedap sangat tapi memang sedap luarbiasa, kalah mee celup Thailand!

Disebabkan kami balik raya so mana ade orang nak bukak kedai time raya'n. Jadinya hari sabtu barulah ade orang meniaga.

So pagi tu akak order bee hon sup, untuk Mujahid bubur nasik, husband akak order mee Siam. Order yang sampai dulu is Mujahid punye. Akak pun cubala bubur nasik tu, mak aiiii sedapnya...tak pernah rase camni punye sedap.

Dimakan panas-panas, acuan rase die seimbang, masin, lemak... akak makan sambil-sambil suap Mujahid. Sampai mase datangla cik adik manis yang tak pandai cakap bahasa Melayu bagi order akak.

Dah sampai pun  yang ditunggu-tunggu. Bee hon sup diorang mee die lain sikit, putih, halus macam bee hon kita cume kenyal dan sedap macam soo on. 1st time hirup kuah die...Ya Allah sedapnyela...Terus rasa nak order 2 huhu..padahal mangkuk 1st baru je nak makan.




Bee hon akak dihidang dengan hirisan daging yang direbus empuk, memang lembut betul daging tu. Lobak merah, taugeh, daun sup...nak menjadikan ia lebih tak sabar dimakan, kita tambahla perisa-perisa yang available ikut citarasa kita.

Macam-macam bahan tambah makanan semulajadi yang disediakan seperti gula, lada hitam kisar, taucu, cili padi blend jadi kering, kicap cair masin, kicap pekat, hirisan limau dan lain-lain (tak tau ape nama huhu...)




So kalo kite penggemar pedas tegar kita tambahla cili padi blend kering tu, nak masin ke masam ke manis ape-apela...Dah cukup rase dengan lafaz Bismillah kita pun ngapla bee hon sup legend style Kemboja.

Mee siam husband akak mee die tu mee maggi, akak tak gemar sangat tapi still sedap, akak habiskan die punye mee siam termasuk bubur Mujahid. Siap tapau satu untuk bekal Mujahid tengahari.

Masing-masing dah kenyang kami ke Pasar Minggu kat Pekan. Sebab mak akak pesan beli sea food, biasa kat penempatan Kemboja tempat mak mertua tu memang ada pasar pagi hari-hari. Memang fresh seafood yang dijual.

Cumanya musim-musim raya ni siapa nak turun kelaut tangkap ikan, so takdela orang berniaga seafood fresh lagi murah. Kami pun ikhtiar cari diPasar Minggu Pekan. Best jugak pasar ni besar...
Macam-macam ada, kalau ikutkan hati memang nak je round suke hati shopping beli ape-ape yang menawan hati. Tapi ada baby kecik ni tak boleh dah nak buat ape ikut suke hati.

Sebabnya pagi makin panas, Mujahid pulak bile perut dah penuh akan mengantuk nak tidur. Kesian kat die, takkan nak shopping, jalan-jalan sedangkan anak kita camtu. So dipendekkan cerita, akak pun cepat-cepatla beli seluar Mujahid dan seluar tido pakai kat umah, itu je yang terpiki dan urgent dicari.

Seafood mak akak pesan pun takde, husband akak cakap biasanya siap boleh jumpa udang galah lagi kat pasar tu. Tapi apa daya, peniaga yang jual ikan pagi tu cume due je, sodih, tak merasala mak akak seafood. Memang boleh beli kat KL ni tapi mahal la, lagi satu tak fresh.

Balik dari pasar kami berkelah lagi, huh keje berkelah je, tapi itulah salah satu daya penariknya. Kali ni dekat pantai Batu 8, cantik pantai ni cume tak dijaga kebersihannya. Sayang seribu kali sayang. Tercemar keindahan pantai tu dek tangan-tangan manusia...

Husband punye excited siap pasang kemah lagi untuk kemudahan anak dan isterinya. Tapi kami tak guna pun, anak-anak bujang Masitah guna main je kat dalam tu. Budak-budak lelaki dimana-mana pun memang tak duk diam...

Balik dari pantai kami beli jeruk. Orang jual jeruk tepi jalan je, singgah jap. Lepas gian nak makan. Kami beli 6 balang sampai dapat free asam mangga kering. Alhamdulillah rezki. Bile balik rumah kami discover asam yang free itulah yang paling sedap. Yang selebihnya so...so je

Balik dari pantai, kami pun siap-siap ape yang patut, sebab husband cakap malam tu jugak kami gerak. Die taknak tempuh jem kalo balik hari ahad, even hati akak berat nak balik sebab esoknya boleh lagi makan mee yang sedap tu.

Mak mertua pun memang nak kami balik esok, tapi husband yang buat keputusan so kami akur ajela. Sebelum balik adik ipar mitak singgah kedai  2 hengget. Signboard kedi tu tulis, Sekali Datang, Pasti Kembali.

Akak join gak adik ipar tengok-tengok barang rm2.12, jangan lupe GST rm0.12. Round - round kedai tu, tengok barang-barang die aii best jugak. Macam-macam pilihan ada, menarik dan murah untuk rm2.12.

Yang buat akak tertarik is shaker yang ada, banyak pilihan macam-macam warna dan sangat murah compare ngan harga yang dioffer. Akak pun borong untuk free gift customer Shaklee hihi...Shaker Shaklee takde stok. Pastu mahal rm10 hmmm

Ramai orang dalam kedai ni, staff die pun muke kelat je mungkin penat nak layan customer yang tak pernah putus. Habis membeli, dalam kete sembang-sembang ngan adik ipar. Akak cakap rase nak datang lagi la kedai ni.

Macam best hihi...so memang betulla tag line kedai ni. Sekali Datang, Pasti Kembali. Perjalanan balik yang sangat mencabar sebab mengantuk sangat-sangat. Akak pangku Mujahid, nak tidur pun rase tak save.

Kami berenti kat RNR, beli pau dan husband minum nescafe. Kesian die kene redah jugak even ngantuk tak hingat...

Alhamdulillah selamat kami sampai umah. Terus tido dengan nyenyak dan selesanya, tak piki ape dah...barang pun tak angkat naik sume huhu...

Orait tu je nak share, kalo ade lagi catatan menarik untuk dikongsi insyaAllah akak akan tulis disini...Untuk travel lain akak sambung entri nanti k.
Terima kasih sudi membace entri ni :)















3 comments:

  1. Salam wbt kak huda.

    Bestnya! Kalau kat area2 Johor macam ada juga kawasan orang kemboja. Dengar cerita je la

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah ade jugak syaza, sebab mak mertua duk btau kat pasar parit sulong tu ade kawan die meniaga kain...orang kemboja dan meniaga kain berpisah tiada hihi....

      Delete
  2. seronoknya haaaaaa. dapat mak mentua obersea ni macam2 kita boleh discover kan .terutama bab makan tu la hihihihi

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen <3

Cari Artikel