Dapatkan Produk Shaklee anda dari Pakar Pemakanan Bertauliah hari ini

Servis konsultasi professional kami adalah exclusive buat pelanggan kami sahaja.


Dapatkan Produk Shaklee dan Set Shaklee berikut dengan paduan cara makan yang betul:

  • Set Kurus Shaklee
  • Set Kesuburan Shaklee
  • Set Bersalin Shaklee dan Set Mengandung Shaklee

11 September 2018

// // Leave a Comment

Kursus Roti Bergerak Di Muar Johor

Assalamualaikum semua, apa kaba? Hari ni akak nak share pasal Kursus Roti Bergerak di Muar, minggu lepas. Fresh lagi ni, alhamdulillah semua berjalan lancar.

Customer wasap akak nak belajar buat roti, tapi die kata ade masalah nak datang Batu Pahat and request buat kat Muar. Tapi kami tanye dulu pasal oven and mixer yang die ada.

Oven die kecik so kami bawak oven kami sebijik. 1st time ni buat kelas bergerak, memang banyak betul barang nak diangkut.

Awal-awal pagi lepas breakfast kami gerak ke Muar dalam hujan renyai-renyai, memang sejuk pagi tu. Customer kami tu pengusaha kantin, kalau anak-anak tak balik, die tinggal berdua dengan suaminya, pencen cikgu.

Puan Rasidah namanya. Time kami sampai die beritahu yang anak die baru sampai dari KL, and biar anak die lah yang belajar. Anak sulung dan menantu die.

Susun-susun barang, terus kami mulakan dengan ajar uli roti dengan tangan dulu. Uli roti setengah kilo, hmm memang baling-baling, hentak-hentak dibuatnya.




Setengah kilo tepung lagi tuk diuli dengan mesin tapi malangnya mesin roti tu memang tak kuat nak uli doh, sudahnya memang kene uli dengan tangan.

Nasib baik ada 2 orang yang belajar so due-dua kene uli tangan. Bila setel means doh dah ready. Kita buat next step, timbang and bulatkan doh, kemudian rehatkan biar doh naik.




Sementara tunggu doh naik, kami buat inti apple. Disebabkan proses buat roti tu kami buat diluar rumah, memang cepat je doh naik.

So Kak Zarah (kakak ipar merangkap cikgu roti) tunjukkan cara-cara bentukkan roti berdasarkan semua roti yang kami janji nak ajar.

Akak plak kat dapur siapkan inti apple. Sempat bersembang-sembang dengan Puan Rasidah atau lebih mesra dipanggil Mak Long. Mak Long time tu tengah masak lauk tengahari, asam pedas yang sangat mengancam baunya.

Tugas akak buat inti apple, buat sos butterscotch and pes mexican bun. Dan macam-macam lagi tugas lainla. Bila semua jenis roti dah diajarkan caranya, sementara tunggu roti naik, kami dijamu dengan menu makan tengahari yang sangat best.

Asam pedas, kari ikan, sup ayam and sayur masak sos tiram. Memang berselera kami makan sebab penatkan. Terharu betul dengan tuan rumah.

Bila roti dah naik, ade ujian time nak bakar sebab oven memang tak cukup nak kejarkan roti-roti yang dah naik tu.






Oven tuan rumah plak panas sangat roti terlebih gelap plak, try adjust suhu pun kurang menjadi, bila adjust buat api bawah, dah hangus plak roti bahagian bawahnye.



Roti Golok terlebih bakar




Aduss sayang betul, sebab oven terhad so amik masa yang lama tuk bakar roti-roti sume. Dalam kul 3 kami setel bakar roti kemas-kemas semua and balik.

Dari kelas ni banyak gak pelajaran yang akak boleh ambil, and next time kalau ade kelas bergerak kene pastikan hal yang sama tak berulang lagi.

1. Kene bawak oven yang lebih besar if tuan rumah punye oven kecik
2. Kene bawak mixer kami sebab dibuatnya mixer tuan rumah memang tak boleh uli doh roti
3. Segala inti kami prepare kat rumah lagi senang sebab kene bersaing dapur plak nak masak inti sebab tuan rumah pun tengah sibuk kat dapur huhu
4. Kene bawak mainan lebih untuk anak-anak kesian dengan diorang tunggu lama.

Setakat ni itu je yang perlu diperbaiki, buat kelas bergerak ni memang berganda-ganda penatnya, cas kelas pun kene revise balik sebab memikirkan masa, tenaga, nak angkut segala barang, kos minyak segala.

Tapi apa-apa pun ini adalah permulaan yang baik buat kami. Akan datang kami akan baiki lagi Kursus Roti Bergerak ni supaya perjalanan kelas lebih lancar insyaAllah.


Gambar kenang-kenangan dengan pelajar kak emi dan bard

Read More

16 August 2018

// // Leave a Comment

Vivix Paling Murah Dan Mungkin Yang Terakhir

Assalamualaikum semua, selamat berhujung minggu. Even dah hari ke 16 promosi Vivix tapi tetap jugak akak nak share betapa penting dan ruginya kalau tak cuba Vivix sekarang. Sebab kali ni harga Vivix Paling Murah dan Mungkin Harga Murah ni paling last, Terakhir dah.

Sebab apa, sekarang GST dah takde, means jatuh harga asal sebelum perlaksanaan GST. Shaklee pulak buat promo Beli 6 botol free sebotol atau beli 2 botol less 5%.





Bermula 1 September, dah confirm goverment akan implement SST. Even sampai sekarang Shaklee tak annouce ape-ape pasal harga. In case kalau harga Vivix naik, hmm memang meroyanla sapa yang kepingin nak cuba Vivix tu tapi duk tangguh-tangguh.

Superstarz - Konsultasi Dibimbing Doktor & Pakar

Lagi satu untuk produk sepenting dan sehebat Vivix tu mestilah cari agen yang bertauliah kan, betul tak? Akak ni beruntung sebab bernaung didalam group Superstarz yang dah berpengalaman 21 tahun menggunakan produk Shaklee.

Yang paling mahal is konsultasi group kami ni dibimbing oleh doktor dan pakar nutrisi Shaklee ye, bukan cap ayam atau tengok Google!




Ok berbalik pada kisah Vivix, Vivix ni macam-macam sangat kelebihan dan kebaikkan die. Kalau sihat walafiat, sihat cergas, fit tip top, sado boleh amik Vivix sebagai langkah pencegahan penyakit kardiovaskular contoh sakit jantung, darah tinggi, strok dll.


Sakit Jantung, Darah Tinggi, Strok


Apa yang Vivix buat untuk lindungi kita dari sakit-sakit kardiovaskular (sakit berkaitan jantung dan salur darah) ni?

Kunci utama dalam Vivix ni is resveratrol. Resveratrol ni la yang membantu baiki kesihatan kita.
Untuk sakit berkaitan salur darah, Vivix akan membantu

1. Mengurangkan risiko sakit jantung dengan baiki salur darah, platelet dan lipoprotein
2. Merendahkan tahap kolestrol dan tekanan darah
3. Menghalang pengoksidaan kolestrol LDL. Pengoksidaan LDL merupakan salah satu punca utama penyakit kardiovaskular.
4. Kawal selia kelikatan darah






Banyak hal-hal yang penting dalam badan kita yang Vivix boleh tolong jaga. Tapi usaha nak tingkatkan kesihatan ni tak bolehlah harapkan suplemen je. Tuan punye badan kene amalkan diet sihat, banyakkan aktiviti harian. Dan bukan seminggu 2, tapi kene konsisten  setiap masa.

Kita boleh amik Vivix untuk jaga sel-sel badan kita, jaga DNA kita supaya makin sihat. Tahu tak, yang sakit kanser bermula dengan replikasi DNA yang abnormal?


KANSER


Sel kanser ialah sel gila yang replikat secara luar biasa dan sangat kuat ye sel kanser ni. Bayangkan sel normal punya jangka hayat is 90-120 hari. Tapi sel kanser punye jangka hayat is 360 hari. Agak-agak senang ke susah nak matikan kanser ni?

Dalam badan manusia ada 1 mekanisme yang dinamakan apoptosis. Apoptosis ni mekanisme semualajadi yang Allah beri pada badan manusia.

Iaitu sel yang rosak dan bahaya akan membunuh diri sendiri. Tetapi kalau badan kita ni tinggi 'oxidative stress', proses apoptosis akan gagal terutama kalau kanser.






Link merujuk kepada jurnal dalam gambar diatas

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/22833338


Apoptosis


Merujuk gambar dan link yang akak bagi tu, Apoptosis dikesan pada sel kanser yang diberi resveratrol pada dos yang tinggi. Resveratrol ni ada kat mana ye? Ye bahan aktif utama dalam Vivix is resveratrol!


Anti Angiogenesis

Vivix juga bertindak mematikan saluran makanan yang hantar makanan pada sel-sel kanser ni. Ha sel-sel kanser ni die hidup, membesar, makin bertambah dengan adanya sumber makanan, dari mana datangnye sumber makanan tu dari kitala.

Proses memotong saluran makanan ni dinamakan Anti Angiogenesis.



Selain tu apa yang Vivix lakukan untuk halang sel kanser dari terus membiak dan matikan sel-sel kanser yang sedia ada?

Pernah tak kita terfikir kenapa kebanyakan pesakit kanser selalu detect lambat, tau-tau dah stage ke 3 atau ke 4, and ade jugak kes dari stage 1 ke stage ke 4 tu ambil masa setahun je, iye setahun sahaja!

Kenapa dari awal sel kanser waktu jumlah diorang tengah kecik, waktu awal-awal langsung badan kita tak detect dengan selsema ke, demam ke, keluar kudis ke contoh la ye, ni contoh akak sendiri.

Banyak kes pesakit tu sihat walafiat, tiba-tiba ade benjol-benjol bila bawak pergi hospital amik dah stage ke 4 kanser, ha camne tu?

Padahal sistem imun kita ni pantang ada bendasing mesti dia lawan. Ini sebabnya sel kanser ade kod protein melindungi sel kanser tersebut supaya tak dapat dikenalpasti oleh sistem pertahanan badan kita.

Sel kanser ni nampak macam sel normal sahaja pada pandangan sistem imun kita. Sebab tu diawal-awal kemunculan sel kanser badan kita tak dapat detect.

Dan disebabkan hal ini jugak rawatan kemoterapi dicadangkan untuk pesakit kanser. Nampak tak? Sebab kemoterapi dia akan matikan semua sel, tak kisah sel sihat ke sel kanser semua die bunuh.

Ok berbalik pada Vivix, apa yang Vivix akan lakukan pada sel kanser ni? Vivix akan bantu hadam kod protein yang melindungi sel kanser tu, dan proses nak buang kod protein ni sahaja amik masa 3 bulan ye!



Ingat kanser ni bukan macam sakit batuk, jerawat ke, resdung ke, bukan sakit biasa-biasa ye, pesakit kanser sedang bertarung dengan sel-sel yang abnormal, kuat, ganas dan pandai menyamar.

So untuk individu yang diuji dengan sakit kanser ni bertabahlah dengan ujian yang dihadapi, and if nak cuba Vivix tuk bantu lawan sel kanser, ingatlah takde ubat ajaib yang akan sihatkan kita dalam masa yang singkat.

Semua pun makan masa, jangan menaruh harapan terlalu tinggi, mintalah pertolongan Allah, apa-apa kaedah atau rawatan ni asbab je Allah nak tolong kita. Kalau Allah tak izin, ubat paling hebat didunia pun takkan mampu pulihkan kita.

Dan andai pulih dari sakit kanser, ketahuilah yang kanser ni boleh berulang semula selepas 2 tahun. So kene berjaga-jaga sentiasa.


Atau kita nak ambil Vivix ni tuk sihat and awet muda pun boleh. Even umo dah 40'an ke 50'an ke kita nak nampak cam 30'an je ha harus amik Vivix banyak-banyak sikit. Kunci nak muda ni 1 je, kene sihat dulu.

Kalau kita lawa, make up bagai, buat rambut lagi tapi kalo kita sakit takde maknanya nak awet muda.
Kita boleh tipu orang dengan make up sekati tapi tak boleh tipu diri sendiri bila pandang cermin tengok diri yang dimamah usia.

Penuaan ni maknanya pengoksidaan. Kalau makanan pengoksidaan makanan contoh nasik ke lauk ke means makanan tu basi. Dah rosak tak boleh guna.

Untuk manusia kita tak panggilla basi, pengoksidaan tuk manusia kita panggil tua, penuaan. So nak lawan penuaan ni memang bukan senang sebab itulah fitrah, proses semulajadi yang memang Allah buat tuk setiap benda hidup.




Camne pun cara yang kita guna tetap kita akan tua, cumanya kita nak tua camne? Nak kaki sebelah takde atau tiap-tiap minggu pergi foot dressing, atau nak sakit-sakit habis badan, tak aktif, selalu terperuk, senang naik angin.

Atau sakit sendi, nak gerak sikit je dah habis sakit 1 badan, solat confirm atas kerusi. Atau terbaring je sebab lumpuh separuh badan. Semua urusan perlu bantuan. Makan, minum, mandi, basuh air kecik, besar segala kene orang uruskan.




Semua ni kita kene pilih dari sekarang. Iye dari usia muda lagi kita kene pilih dan tentukan kesihatan kita akan datang.

Macam akak cakap tadi nak sihat ni perlukan usaha berterusan. Bukan time sakit ha semangat makan macam ubat suplemen bagai, bila dah sihat sama macam dulu bedal makan makanan kolestrol tinggi, air manis sume.


ORAC


Ok berbalik pada cerita pengoksidaan tadi, cara nak lawan pengoksidaan is kita amik atau makan anti oksida. Vitamin C dan Vitamin E memang antioksida yang sangat bagus. Tapi tak sekuat resveratrol. Kekuatan antioksida diukur dengan nilai ORAC (Oxygen Radical Absorbance Capacity).

Jom kita tengok berapa nilai ORAC pada anggur muskat, salah satu bahan utama dalam Vivix.






Nilai ORAC pada Anggur Muskat adalah yang paling tinggi berbanding sumber antioksida lain. Kalau kita amalkan ambil Vivix insyaAllah akan sihat dan awet muda. Ape yang Vivix buat untuk bantu kita kekal muda hensem dan jelita?

1. Meningkatkan tenaga
2. Mencerah dan mengurangkan pigmentasi
3. Kurangkan garis halus dan kedutan
4. Menguatkan tulang
5. Meningkatkan daya ingatan
6. Mengurangkan rambut gugur dan beruban
7. Memperbaiki tekstur kulit
8. Mengurangkan bintik penuaan.






Untuk semua mehla rebut peluang dapatkan Vivix sementara harga memang jatuh murah ni. Sebab bulan depan tak tentu lagi boleh dapat harga macam ni. Dibuatnya naik harga, dah rugi besar.

Offer beli Vivix 6 botol percuma sebotol, and beli 2 botol less 5% sampai hujung bulan ni, 31 Ogos 2018.



Andai kata kita dah lama survey nak beli Vivix, sekaranglah masanya tuk beli Vivix ni. Beli dengan saya Pengedar Shaklee Batu Pahat, confirm dapat stok fresh dari Shaklee. Tulen, asli, pure ha ape lagi?

Akak bernaung dalam group Superstarz Shaklee yang berpengalaman menggunakan Shaklee selama 21 tahun dan yang paling penting is consultation yang kami beri dibimbing doktor  & pakar nutrisi ye! Bukan semborono ikut mr Google.


Ok selain promosi Vivix, ada jugak promosi lain akak nak highlightkan dalam enty ni




Promosi Alfafa beli 3 botol less 5%, kepada peminat dan pengguna tegar Alfafa pasti anda tidak mahu lepaskan peluang best ni kan.





Ha yang ni plak offer untuk ibu dan baby. Untuk ibu-ibu menyusu, apa yang mak makan akan sampai pada anak kan? Nah amalkan nutrient terbaik ni dari Shaklee, segala manfaat anak kita akan dapat.

Untuk pembelian Postnatal Set (Vitalea, B Complex, Vitamin C, Alfafa Complex, Omega Guard, ESP dan Ostematrix)

Shaklee akan bagi free beg 'Why I Love Shaklee' Comey beg tu. Ada lagi promosi lain..




Ok ini promosi buy 1 free 1, Shaklee Baby yang sangat best, selamat, lembut dan organik. Terdiri daripada Gentle Wash, Soothing Lotion and Massage Oil.

Shaklee baby ni memang dah diuji untuk kulit sensitif. Kalau baby ada sakit-sakit cam eczema, ruam susu atau apa-apa je memang sangat disyorkan untuk cuba Shaklee Baby.

Kalau kulit baby kering, guna Shaklee Baby ni insyaAllah die akan kembalikan nutrient dan kelembapan yang optimum. Produk Shaklee Baby ni pH seimbang, diuji oleh pakar, dari bahan-bahan semulajadi dan organik.

So memang ni clearence sale, sapa yang nak cuba untuk baby tersayang boleh dapatkan offer ni.

Orait setakat tu je perkongsian akak kali ni. Jangan lupa dapatkan offer best dari Shaklee untuk bulan ni. Vivix Paling Murah Dan Mungkin Yang Terakhir. Borong terus 6 botol dapat free sebotol.

Atau if nak beli 2 botol pun boleh dapat less 5%, free register dan free post lagi. Kalau taknak celaru dengan consultation entah apa-apa, cara makan yang meragukan, kene dapatkan produk Shaklee dari akak ni ha.

Akak bernaung dalam group Superstarz, berpengalaman menggunakan Shaklee selama 21 tahun dan konsultasi dimbimbing oleh doktor dan pakar. So tak perlu ragu-ragu untuk dapatkan produk Shaklee dari akak k.

Nak contact akak senang je, tekan link dibawah

www.wasap.my/60149209040

Orait tq sebab sudi baca entri ni sampai habis...
Read More

10 August 2018

// // Leave a Comment

Harga Youth Shaklee Skincare Yang 100% Semulajadi

Assalamualaikum ape kaba semua? Lamanya akak tak update blog ni huhuhu...Ok stop huhu kalo ni akak nak cite pasal  skincare Shaklee yang tengah ngetop iaitu Youth Shaklee Skin Care. Untuk entri ni akak nak bagitau harga je dulu, Harga Youth Shaklee Skin Care Yang 100% Semulajadi.

Sebelum tu meh kita berkenalan dulu dengan Youth Shaklee Skincare, ape yang best sangat pasal Youth ni. Youth dihasilkan bagi menggantikan skincare lama iaitu Enfuselle dan Nutriwhite. Shaklee menjalankan kajian terperinci selama 8 tahun, iye 8 tahun then barulah lahir Youth ni.

Ha 8 tahun ye research barulah keluar Youth ni, confirm bukan produk sebarang! Orang yang konsisten menggunakan Youth ni banyak dah berubah wajahnye. Makin cun and muda gitu.




Dunia sekarang semua pun nak muda kan? Kalo tengok drama-drama yang semua orang duk gile tu, mak-mak semua dah macam kakak. Nenek plak macam mak ha!

So sikit sebanyak kita pun terdorong sebenarnya tuk kelihatan muda, yela sape nak tua huhuhu...

Sekarang ni kalau akak tengok gambar akak zaman umo 20'an gitu memang tersenyum sendiri. Sekarang ni bila jadi suri rumah nak konsisten pakai skincare tu memang mencabar. Kalau kerja nak tak nak kene pakai moisturizer sebab nak pakai bedak.

Takkan pakai compact powder tak lapis dengan moisturizer huihh kering kulit nanti. Tapi bile duk umah ni memang lain bebenor anginnye. Takpela lets end here jom kita masuk bab Youth Shaklee Skin Care.






Ok Youth Shaklee Skin Care dicipta bagi memastikan dunia luar melihat kita macammana kita lihat diri kita yang muda tu, caranya dengan sel-sel kulit kita dijana semula maka mereka akan bertindak seperti sel kulit muda.

Shaklee siap janji lagi kalau kita guna Youth Shaklee Skin Care bukan setakat kulit kita akan bertambah sihat bahkan berubah menjadi lebih muda. Hasil klinikal tanpa kompromi, ha bukan main lagi.

Ok Youth terdiri daripada

1. Luminous Gel Oil Cleanser
2. Perfecting Skin Toner
3. Youth Activating Serum
4. Age Defense Moisturizer - SPF 50
5. Advanced Renewal Night Cream Light/Rich
6. Radiance C + E


Shaklee buktikan pada kita untuk cantik, muda, lawa tak perlu nak berkorban guna kaedah yang belum tentu selamat yela, produk kosmetik, cucuk sana sini, rawatan laser bagai tu memangla depa claim selamat, tapi betul ke 100% selamat?

So akak-akak jangan risau, jangan susah hati produk Youth 100% selamat dan tulen. Secara klinikal terbukti buat kulit kita kelihatan jauh lagi muda. Jauh mana? Ok ni fakta k, 2/3 pengguna Youth akan kelihatan lebih muda sedekad.

Ha sedekad tau! Kalau akak-akak dah umo 50'an akan nampak cam 40'an je silap-silap akhir 30 amboi!

Kalau umo 40'an nampak cam baru 30'an jah, kalau 30'an nampak cam baru masuk universiti gitu! Memang meletup u!


Ok sekarang jom kita berkenalan dengan setiap satu produk Youth beserta Harganya sekali.

1. Luminous Gel Oil Cleanser 



Pembersih 3 dalam 1, bebas sabun dengan pH yang seimbang. Pembersih ini menggabungkan vitamin yang dipaten, polifenol dan alga untuk membersihkan secara lembut dan mendalam dan menyediakan kulit kita ke langkah seterusnya.

Lepas cuci muka dengan Luminous Gel Oil Cleanser ni, kulit rase lembut, bersih and fresh sangat! Muka kita akan lebih berseri.

Bahan utama :-

Vital Repair +Ⓡ Complex. Ekstrak Anggur Muskat, Alga Hijau Complex.

Harga Luminous Gel Oil Cleanser ni cume RM193.75 sahaja.


2. Perfecting Skin Toner




Berfungsi membebaskan kulit anda dari pelbagai sisa kotoran dari persekitaran, serikan semula kulit yang kusam. Bukan sekadar membersihkan kulit dari sel kulit mati,

Perfecting Skin Toner Youth juga membantu menghidratkan dan membekalkan kulit dengan vitamin penting, polifenol dan bahan - bahan botanikal untuk kulit yang lebih berseri

Bahan utama :-

Vital Repair +Ⓡ Complex. Ekstrak Anggur Muskat, Alga Hijau Complex.

Harga Perfecting Skin Toner ini hanya RM 200 sahaja.




Youth Activating Serum mengandungi 10x ganda bahan aktif sebagai langkah awal pembaharuan sel-sel kulit wajah. Dengan campuran vitamin, polifenol dan Youth Complex, serum ini menyokong pengeluaran kolagen dan melakukan pembaharuan sel hingga keperingkat selular.

Menjadikan kulit tampak berseri-seri, lebih muda seperti remaja.

Bahan Utama :-

Youth Complex dengan Sel Epal, Lotus Japonicus dan Vitamin A berkapsul.

Harga Youth Activating Serum cuma RM412.50

4. Age Defense Moisturizer - SPF 50




Berfungsi melindungi kulit kita daripada sinaran matahari dengan SPF 50 yang berspektrum luas bagi menapis dan menghalang sinaran ultraviolet gelombang panjang UVA dan sinaran ultraviolet gelombang pendek UVB daripada menembusi lapisan kulit.

Vitamin dan bahan botanikal membantu melembapkan kulit dan menambahbaik kulit wajah secara menyeluruh.

Bahan Utama ;-

SPF 50, Anggur Muskat, Vital Repair Complex

Harga Youth Age Defense Moisturizer - SPF 50 RM206.25 sahaja.

5. Advanced Renewal Night Cream - Light




Ekstrak Alga laut, Anggur Muskat dan Lotus Japonicus serta antioksida lain menyokong proses pembaharuan sel kulit semasa anda sedang tidur.

Campuran istimewa ini membantu pengeluaran kolagen dan elastin membuatkan kulit ketara lebih muda, halus dan cerah.

Bahan Utama :-

Vital Repair +Ⓡ Complex, Schisandra Chinensis, Lotus Japonicus.

Harga Youth Advanced Renewal Night Cream - Light adalah RM250

Advanced Renewal Night Cream - Rich

Memulihkan kulit ketika malam dengan formula krim yang kaya dengan shea butter dan jojoba. Menghidratkan kulit jauh kedalam dan melembutkan kulit.

Alga laut ditambah antioksida yang kaya serta vitamin membantu mengecas dan menyokong proses pembaharuan sel semasa sedang tidur.

Hasilnya kulit ketara lebih muda, halus dan lebih cerah.

Bahan Utama :-

Vital Repair +Ⓡ Complex, Lotus Japonicus, Shea Butter dan Jojoba.

Harga Youth Advanced Renewal Night Cream - Rich adalah RM250

6. Radiance C + E



Dos berpaten sebanyak 20% vitamin C tulen, vitamin E serta ekstrak sel raspberry membantu menegang, mencerah dan mengurangkan garis-garis halus dan kedutan dengan begitu ketara sekali.

Radiance C + E mengurangkan jeragat, menghaluskan tekstur kulit dan memperbaiki tona kulit secara keseluruhan.

Untuk kesan yang lebih baik gunakan selepas menggunakan serum.

Kapsul dos-tunggal yang mudah digunakan ini berasaskan tumbuh-tumbuhan, vegan, 100% terbiodegradasi dan tanpa pengawet.



Bahan Utama :-

20% Vitamin C tulen, Vitamin E dan Resberi

Harga Radiance C + E hanya RM412.50

Setel 7 produk dalam Youth Shaklee Skincare dengan harganya sekali. Kalau nak special price boleh register jadi ahli, ade less 20% tau. Bulan ni ade promosi best sangat!



Promosi ni valid untuk bulan ni aje. Untuk pembelian Renew & Maintain Set (Cleanser, Toner, Moisturizer, Serum dan Night Cream) atau Intensive Treatment & Repair Set (Cleanser, Toner, Moisturizer, Night Cream, Serum, Radiance C + E)

PERCUMA Shaklee bagi Facial Cleanse & Firm Device, bestnye ade alat yang lembut, selamat, selesa tuk bersihkan muka, urut buat wajah kita makin tegang gitu...Ha rege device ni rm59.90 tau, tapi Shaklee bagi free je.

Nak tahu camne nak gune alat ni, jom kita tengok video ni.





Jom grab promo super special ni, and bulan depan akan mula SST, setakat ni memang Shaklee tak annouce ape-ape kata harga naik ke ape ke

Tapi manalah tau kan, kalo harga Youth naik, hmm masak...So jangan piki-piki lagi, jom dapatkan Youth dari pengedar Shaklee Batu Pahat

wasap akak Huda @ www.wasap.my/60149209040

Terima kasih banyak-banyak sudi membaca entry ini Harga Youth Shaklee Skincare Yang 100% Semulajadi
Read More

02 May 2018

// // Leave a Comment

Shopping di Ayer Hitam dan Pinggan Mangkuk Claytan

Bersambungan dengan entri sebelumnya, akak bawak famili dari KL pergi Ayer Hitam beli-beli barang, balik dari sana hati ni asik rasa nak pergi lagi je. Sebab tak puas rasa, so entri kali ni akak share pasal di Ayer Hitam dan Pinggan Mangkuk Claytan.

Sebab time pergi ngan famili tu hujan kan, pastu nak heret anak-anak tanpa husband so kerja-kerja shopping jadi terbatas and tak puas rasa. So akak ajak husband pergi balik.

Akak memang nak cari tilam kekabu, bantal and tilam nipis nak letak depan tv, sebab nak letak Mujahid baring kat tilam yang ada tu kecik sangat, muat adik die sorang je.




So pencarian bermula, mula-mula kami pergi kat tempat baru, banyak Pakistan yang meniaga, tanya punye tanya, close deal 3 bijik bantal kecik hihi...nak letak dalam kereta and untuk sofa bolehla.
Murah je sebijik rm5, bantal keras tak lembik. Akak tak boleh tido bantal lembik ni pening kepala.

Husband akak ajak pergi tempat lama sebab lagi best, dekat-dekat and meriah gitu. So ditempat lama akak beli Lightining Mcqueen kecik untuk Mujahid, tilam kekabu saiz queen, bantal 2 bijik and alas yang boleh jadi karpet and selesa macam toto.

Tak pasti ape nama die, tapi baru punye dapat rege murah sebab beli banyak hihi...Ok jom kita layan gambar dulu ape yang ditawarkan dekat Ayer Hitam sampai buat die jadi famous gitu.



























Memang rasa seronok nak shopping bila datang cni, sebab macam-macam ada. Time datang ngan famili akak borong buah nenas and buah mangga, murahkan.

Kali ni memang tak lalu dah tengok buah sebab dalam peti ice tak  habis lagi makan. Time datang ni tengahari so memang panas, cepat-cepat setelkan beli barang-barang sume then terus pergi kat tempat jual pinggan mangkuk Claytan.

Dekat aje dari tempat shopping lama kat Ayer Hitam ni. Kedai die macam tak rupa kedai, tapi itu tak penting, yang penting isi die and paling best is murah!

Ni gambar yang sempat akak snap, akak takle nak belek pinggan lama-lama, sebab anak-anak dah rimas kan, nangis-nangis so cari pinggan je dulu.






















Pinggan and cawan hotel memang banyak kat sini. Pinggan leper putih tu, hotel punye pinggan kan gitu, tebal, besar. Akak tanya husband nak tak beli cawan cam hotel ni, die cam tak berkenan.

Kalau cawan ade corak akak tak minat sangat, takpela next time baru belek betul-betul. Yang kali ni kita beli pinggan dulu.

Macam design ada, tapi banyak yang pinggan leper. Kita ni jenis makan berkuah susah kalau guna pinggan leper. Kalau mat salleh makan hidangan diorang memang sesuai guna pinggan leper.

So jenuh jugak akak cari pinggan lekuk yang sesuai dengan jiwa orang Melayu ni hehe...Pusing kali kedua baru jumpa pinggan lekuk, itupun kat bawah meja, tinggal cket je

So pilih mana ada je sebab anak akak Wafa tu da menangis-nangis da...Pilih-pilih terus bayar. Harga iku saiz, pinggan yang akak beli tu ade rm4, rm7, rm3 total tak sampai rm50 pun hihi best gile rasa...













Antara pinggan  yang akak beli. Memang niat hati nak pergi lagi sebab tak puas cari pinggan mangkuk ni. Pinggan-pinggan ni memang berat jugak sebab yela dibuat dari tanah liat, tapi untuk buat basahan bolehla ye dak...

Ok sampai sini je entri akak, pada sesiapa yang nak pergi ke Ayer Hitam atau nak cari pinggan mangkuk Claytan ni bawakla cash banyak-banyak k hihi...Baik menyesal beli dari menyesal tak beli. Hahaha....
Read More

Cari Artikel