Cara Beli Produk Shaklee Dengan Paypal, Kredit atau Debit Kad | Pengedar Vivix Shaklee, Pengedar Shaklee Kuala Lumpur

13 September 2015

// // 8 comments

Cara Beli Produk Shaklee Dengan Paypal, Kredit atau Debit Kad

Assalamualaikum semua :) Selalu tak kita alami situasi camni, sale gile-gile murah, barang yang dah lama kite duk perati tunggu masa die murah kita nak terkam, tapi sampai mase harga runtuh duit gaji pulak tak masuk lagi...Huwaaa...menangis meroyan hamba.

Untuk entri kali ini akak nak cerita Cara Beli Produk Shaklee dengan menggunakan Paypal, Kredit Kad atau Debit Kad. Sebab tak ramai yang tahu adanya kemudahan ini. Selalunya kita beli guna cash je via online transfer atau bank in ke cash deposit machine.





Memang ada sesetengah orang yang hanya guna kad je, dalam wallet ade duit cash sikit ja. Mungkin sebab takut nak bawak cash banyak-banyak. Yela sekarang macam-macam kes...

Ok jika anda nak beli produk Shaklee, beli pulak banyak stok untuk 1 famili selama 3 bulan. Kira-kira semua total rm6355 (contoh...) kalau kita guna debit kad ada limit pengeluaran. Kalau kita set rm3000 per hari, so cuma boleh keluar atau swipe rm3000 sahaja.

Nak lebih kene reset diATM machine atau call customer service bank. Bunyi macam leceh..So cara mudah kalau kita ada kredit kad. Ha apa lagi gunalah kad kita tu. Tapi masalahnya macammana cara nak beli produk Shaklee dengan kredit kad?


Cara Beli Produk Shaklee Dengan Kredit atau Debit Kad

1. Anda boleh beri maklumat kad kredit anda pada agen Shaklee yang menguruskan pembelian buat anda.

2. Mereka akan isi satu form mengenai maklumat kredit kad anda dan pass pada counter Shaklee ketika pembayaran.

3. Setel, macam tu je...senang tak?


Jangan risau CCV code atau 3 digit nombor dibelakang kad tidak perlu anda beri pada agen hanya beri 16 digit nombor kredit kad  atau debit kad anda dan juga expired date kad. Itu sahaja yang kami perlukan. Jelas, so tak perlu risau k.


Cara Beli Produk Shaklee Dengan Paypal


Untuk pembelian menggunakan paypal pula, pun senang juga hihi... Paypal memang provide service send payment atau money request. Untuk menggunakan service paypal, anda hendaklah mencari agen yang mempunyai akaun paypal contohnya akak nila kan.

Untuk maklumat anda Paypal menawarkan perkhidmatannya ke lebih 203 buah negara. Bukan setakat kita boleh transfer duit tak kisah dalam atau luar negara malah kita juga boleh shopping

Tapi jika anda tidak mempunyai akaun paypal jangan risau, still anda boleh menggunkan service ini, cume bentuk bayarannya bukanlah send payment tapi money request. Ha camne tu?

Ok jom kita teliti satu-satu

1. Send Payment

Jika anda mempunyai akaun paypal anda hanya perlu klik - send payment dan isi maklumat yang diminta iaitu no telefon atau alamat emel penerima.

Dalam kes ini no telefon atau alamat emel agen Shaklee tu la ye. Payment tersebut akan diambil dari kad yang anda daftarkan dalam akaun paypal.

Kemudian just follow je langkah-langkah seterusnya k.



2. Request Money

Ok untuk option ni, anda tak perlu memiliki akaun paypal tapi if takde pun takpe. Cukuplah sekadar mempunyai kredit kad atau debit kad.

Agen Shaklee anda akan send Request Money kepada anda melalui emel. Anda hanya perlu cek emel yang dihantar oleh Paypal.


Dan isikan ruangan yang berkenaan, anda boleh bayar menggunakan kad kredit atau kad debit.

Bila selesai, Paypal akan emel agen Shaklee anda untuk inform yang anda dah pun sent duit berjumlah RMXXXX pada dia.




Ha senangkan, dah receive payment so bolehla proceed order.

Ha semudah ABC je

Ok sekarang takde halangan untuk anda dapatkan produk Shaklee anda. Macam-macam cara, kemudahan dah ada. Sama ada anda nak atau taknak je.

Saya akan bantu anda membuat pembelian tidak kira bila atau dimana jua anda berada (huh dah macam ayat iklan pulak).

Jika anda masih tidak jelas mengenai Cara Beli Produk Shaklee Dengan Paypal, Kredit atau Debit Kad, anda dialu-alukan untuk menghubungi saya. Saya akan cuba bantu anda beserta konsultasi pilihan produk terbaik untuk masalah anda sekali!

Mudah je untuk hubungi saya Huda di +6014-9209040, boleh call/sms/wasap dan telegram. Jika senang berhubung melalui emel boleh emelkan ke dasyifa14@yahoo.com atau boleh juga pm saya diFacebook, Norulhuda Seman.

Orait akak harap sedikit sebanyak entri ini dapat membantu tuan/puan, anda semua membuat pembelian produk Shaklee dengan menggunakan Paypal, Kredit Kad atau Debit Kad. 

Terima kasih kerana sudi membaca entri ini :)


8 comments:

  1. sekarang lebih mudah kaedah pembayarannya..thanks 4 sharing..=D

    ReplyDelete
  2. sekarang makin moden hanya guna jari sahaja ya

    ReplyDelete
  3. wahh..jadi lebih mudah dah yek..

    ReplyDelete
  4. mudah sangat dah skrg ni, semuanya hujung jari ;)

    ReplyDelete
  5. kini urusan membeli makin mudah dan menyenangkan

    ReplyDelete
  6. makin mudah sekarang ni kan. tak payah susah2 nak keluar atm pegi bank in pun

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen <3

Cari Artikel