15 March 2015

// // 3 comments

Testimoni ESP Shaklee Untuk Ibu Mengandung, Berpantang dan Menyusu

Assalamualaikum semua :), sekarang ini cuaca panas betul, kering, memang mencabar betul. Ingat dulu time saye berpantang, panas macam ini, memang kena tingkatkan kesabaran. Ok semua entri akak ke-3 untuk hari ini akak nak share Testimoni ESP Shaklee Untuk Ibu Mengandung, Berpantang dan Menyusu.



Sinonim betul nama Shaklee dengan Set Menyusu, Set Berpantang, Set Mengandung dan macam-macam set lagi. Ada persamaan antara ketiga-tiga set ini iaitu melibatkan ibu dan anak. Hubungan antara keduanya sangat rapat. Kesihatan ibu sangat terkait dengan kesihatan anak.





Untuk ketiga-tiga set ini keutamaan untuk menyihatkan ibu dahulu agar kesan positif tersebut dinikmati oleh ibu dan anak. Inilah salah satu sebab jutawan-jutawan dalam Shaklee terdiri daripada kaum ibu (bangganya) bagi standing applause 5 minit...


Shaklee sangat disukai oleh kaum ibu kerana ia berjaya membantu menyelesaikan pelbagai masalah kesihatan ibu dan anak. Bila Shaklee dah touch ibu, insyaAllah satu family akan dapat manfaat dari Shaklee samada dari segi kesihatan mahupun pendapatan.


Banyak pula akak cerita, sebenarnya nak beritahu bulan ini Mac merupakan bulan promosi ESP Shaklee beli 6 free 1, Zinc Shaklee beli 3 free 1 dan Vita Lea For Children beli 3 free 1. Akak memang suke sangat-sangat tiap kali promosi ESP Shaklee, confirm akak borong banyak-banyak.





Promosi kali ini memang menguntungkan mereka yang ingin berpantang, mereka yang berjerawat dan nakkan kulit yang bebas jerawat, licin dan lebih cerah, mereka yang baru mengalami kecederaan atau luka yang besar dan mereka yang mengalami masalah rambut gugur. Semua masalah ini memerlukan mereka mengambil ESP Shaklee dan Zinc Shaklee.


Sebelum kita zoom testimoni-testimoni hebat ini, akak suka nak share 1 video mengenai ESP Shaklee, apa keistimewaan ESP ni sampai angau habis wanita-wanita diMalaysia ni. Video ringkas ini sangat padat dengan informasi yang berguna tentang ESP Shaklee enjoy!




 

Testimoni pertama 1#

Puan Nurhidayah Musa 

Saya mula search tentang makanan yang boleh menjadi milk booster.. Yang saya jumpa asyik2 ESP.. Hari2 saya baca kebaikan ESP dan protein Non GMO.. mula2 ragu.. Setelah dapat consultation daripada Amy Nursafura yang merupakan mak shaklee saya sy yakin dan terus ambil set milk booster.

First rasa ESP memang saya suka.. tak adelah tak sedap macam orang cakap. Saya suka saya suka.. Memang saya minum ESP hari2 tanpa miss.. Kesannya susu saya makin pekat dan sampai bengkak susulah.. 


Yang paling best.. Anak sy, sewaktu lahir ada allergic.. kulitnya merah2 jika salah sabun, dan berbintik-bintik merah seperti ruam.. Setelah minum ESP yang saya perasan kulit Adam dah tiada masalah lagi.. Yang paling menarik, Ramai sangat puji kulit Adam halus, tak macam baby lain.. Alhamdulillah..

Selain itu bonus buat sy.. Sejak ambil ESP, berat saya bukan sahaja turun, tapi juga susah nak naik even sy makan banyak.. Pinggang saya ramping.. Excited sbb dpt pakai bj kebaya time umo 14 tahun u.. 


Tak tipu ok.. Dan yang paling best, husband puji stretch mark time mengandung juga dah pudar.. Syukur sangat-sangat sy dah berjumpa dengan ESP.. 
 
ESP memang buat saya jatuh cinta pada Shaklee..




Testimoni ke 2#

Puan Umee Suziana 

Umee mula mencuba produk shaklee dengan set pantang lengkap masa bersalin anak ke 6.

Kalau tanya perbezaan dengan anak-anak yang lain..memang berbeza. Sepanjang pantang umee berpantang sendiri sebab anak-anak yang lain sekolah


Alhamdulillah sepanjang pantang umee masih bertenaga untuk mengurus rumah dan anak-anak

Luka jahit cepat baik,muka ceria tak pucat dan ramai yang tegur tak macam dalam pantang
Paling best susu badan meriah alhamdulillah

Sepanjang tempoh menyusu memang umee tak tinggal esp. Kalau sebelum ni menyusu dan puasa mesti dh melepek..tapi alhamdulillah amalkan esp+kurma+susu kambing ms sahur badan bertenaga sampai berbuka.

Masa mengandung anak ke 7 pun sama..mengandung dalam masa sama berpuasa..kita masih ada tenaga

Bila badan kita cukup nutrisi..kita akan cepat sihat dan bertenaga..dan tidak stress. Bila tak stress susu badan akan dihasilkan dengan meriah insyaallah




Testimoni ke 3#

Puan Lailatuakma Binti Kamarazaman

 
Saya mengenali ESP tahun 2012...penyelesai masalah susu merudum pada usia anak kedua 9 bulan...yang bestnya walau saya mengepam susu pada bulan puasa...susu tetap pekat...dan biasanya saya akan dapat 2 botol penuh susu....bagi botol yg bersaiz 5oz....

Selain tu saya perasan kulit perut yang gelap akibat kesan regangan sewaktu mengandung semakin cerah...begitu juga dengan kulit muka yang berminyak dan kusam...semakin lembut dan cerah...bukan putih melepak pun tapi cerah semulajadi....kalau pakai make up lagi terserlah sebab kulit kusam dah pulih....

Sekarang dengan izinNya saya baru disahkan hamil beberapa minggu anak ke-3...apa yang amazingnya dengan ESP ni...saya ambil ESP dan 2-3 keping biskut sewaktu sarapan..saya boleh bertahan sehingga malam dengan tidak makan nasi...hanya banyak minum air kosong juga makan beberapa keping biskut lagi...@ 3-5 keping pisang goreng...diri saya masih energetic....walhal bekerja dilapangan yang terdedah dengan cuaca panas selalunya membuatkan saya cepat letih dan dahaga...


Walau dalam keadaan biasa pun saya jarang makan nasi tengahari tapi saya mesti gantikan nasi dengan mi kari..laksa @ bihun sup....tapi kini tak perlu pun...mungkin bila teringin saya akan makan juga...sesungguhnya ESP sangat sesuai untuk saya...

In shaa Allah akan kekal dengannya selagi hayat masih ada....ESP sangat membantu insan seperti saya yang kurang kemampuan untuk dapatkan rawatan luar dan dalam tubuh di spa @ juga klinik-klinik kecantikan setiap bulan di luar sana....1 container ESP 1001 penyelesai masalah.... ESP.... 




Testimoni ke 4#

Puan Sasuzana Zanudin

Saya kenal ESP pada July 2013, selepas habis pantang anak kedua. Alhamdulliah, kawan saya bagi half price atas tangungjawab sosial sebab masa tu saya ada masalah kewangan. Tak lama lepas tu puasa. saya bersahur dengan ESP plus Oat & MILO. anak saya meragam sampai ke waktu sahur dan itu sahaja yang sempat saya makan.

Alhamdulliah, saya puasa penuh 30hari tanpa gagal dengan breastfeed sepenuhnya anak. pada Nov 2013, kawan saya tadi offer pulak jadi member shaklee dan dia juga bayarkan dulu fee masuk rm75. sejak hari itu saya konsisten dengan shaklee dan sehingga sekarang dah supervisor dan boleh menjana income dari rumah. saya rasa kalau tak kerana ESP , saya mungkin tidak berada dirumah dengan ada pendapatan sendiri. terima kasih mentor saya. anda tau siapa ada. Jom subuh..assalamualaikum




Testimoni ke 5#

Puan Mashitah Mamat

ESP.... Bende wajib ada...habis ja, terus buka canister baru..tak boleh miss...lagi2 tengah breastfeed baby...

Tak minum ESP, susu bdn cair macam air paip klorin tu haa...anak pon tak kenyang..kejap2 nak menyusu...penat giler rasa....


Biarlah org kata, tak der istilah susu pekat susu cair sebab esp....

Sape yg dah rasa ESP tu, dia tau la camna kepekatan susu badan tu....

Memang beza....kalau cukup minum ESP hari tu, malamnya sure boleh tidur lena...baby akan bangun 1x je, dlm 3,4pagi nak nyusu..lps tu dia tidor sampai siang....

Kalau tak, kejap2 bangun nak susu..kita penat kan, keje seharian..x cukup tido, stress la tak psl... Hehehehhe..

ESP tu dah jd makanan ruji...wajib ado... ESP
 





Testimoni ke 6#

Puan Wan Aina Syahiida

Salam,nak share tentang ESP. Saya start kenal Shaklee semasa pantang 2013, kakak belikan set pantang termasuk ESP, mula-mula start ESP memang sangat miracle je rase sebab rasa bertenaga walaupun saya bersalin czer. Boleh bangun berjalan macam orang tak pantang. luka sangat cepat sembuh.

Nurse KK yang datang cek kat rumah pon puji. Susu apetah lagi,melimpah ruah,tak sah tak basah baju kalau tak pam.baby memang berat naik cun je sbb kenyang dengan susu yang cukup khasiat,pekat dan sangat banyak. Kali ni 2015 ,tak lama lagi nak bersalin anak ke-2 insyaAllah..

Memang amalkan ESP tak tinggal sejak pantang haritu untill now dan akan terus amek ESP ! In in love with ESP! Hoho.. Kulit rasa sangat moist bila amalkan ESP,yang tak boleh telan ESP tu,bancuh la dengan pape minuman yang anda suka,start dengan 1 scoop dulu ke kan..sedap tau!!dah la byk khasiat sangat2!


Lagi rahsia ESP ni kan..yang paling2 best,berat saya turun 20kg dalam masa 2 bulan!!! Makan tak da tahan pon.haha.best sgt!

Ni bukan tipu..ni apa yang saya rasa ..lepas dah kenal shaklee bukan takat ESP teruskan..saya memang rasa nak amek semua produk shaklee ,yang dijamin 100% semulajadi.

Rugi tak cuba ESP ni!






Testimoni ke 7# Set Mengandung Shaklee

Puan Nurul Imma Mansor

Kisah cinta saya dengan ESP adalah pada tahun 2012, apabila saya disahkan mengandung anak pertama.

Waktu tu HB low, sering pitam dan tidak bermaya. Takdir Allah, saya jumpa Shaklee melalui Master Nini, dan saya beli set mengandung melaluinya.

Mula-mula minum ESP rasa janggal, tapi bila campur dengan susu anmum rasa sedap sangat-sangat. Setiap pagi sebelum ke tempat kerja memang wajib minum ESP.

Perubahan saya disedari oleh rakan sekerja, sampai saya ditegur, saya bertenaga tak macam orang mengandung. Dari pagi bekerja sampai ke petang, tenaga saya maintain dan cergas. Fokus saya pada kerja juga meningkat, semangat kerja bertambah. Masya Allah, hebat penangan ESP ni.

Bila lahirkan anak pertama, saya teruskan consume ESP, dan menyusukan anak, kulit anak saya kelihatan gebu, dan ramai yang cakap sebab saya minum ESP. Saya anggap ia 1 bonus!


Alhamdulillah, sehingga sekarang saya masih lagi SETIA dengan ESP, sehinggakan pada 19.2.2015 yang lalu, dalam bilik bersalin, sedang menahan sakit contraction, sempat bagitau suami, "Abg, bancuhkan ESP Nak minum". Suami buatkan dan cepat-cepat saya minum. Semasa teran saya rasa bertenaga dan mudah melahirkan anak kedua saya. Alhamdulillah..

Hari ini hari ke 12 berpantang, saya SETIA menggunakan ESP dalam Pantang dan menyusukan anak. Lena betul anak tidur dalam kekenyangan. Ingat ye, ibu baru lepas bersalin sangat perlukan protein untuk pulihkan luka dan perlukan tenaga.

Pada saya, sangat rugi jika ibu-ibu di luar sana tak merasai keajaiban ESP.

"TAK KENAL MAKA TAK CINTA"






Testimoni ke 8# Set Mengandung

Puan Aneng Hitchies

Shaklee mengubah hidup saya

Setiap kali bila dengar promo ESP, hati pasti sebak. Sepertimana saya cakap, ESP mengubah hidup saya.

Satunya... Sebab ESP lah saya naik SUPERVISOR. Allah murahkan rezeki saya sebab saya SEDEKAH kan 1 tong ESP kepada warga emas di pusat asuhan di Puchong. Waktu itu saya menemani ibu mertua saya melawat rumah orang tua. Allah.

Betapa sebak bila anak perlakukan ibu bapa seperti itu. Sehinggakan ada yang langsung tak jenguk ibu nya lepas meninggalkan di rumah asuhan. Ibu nya takmau makan. Tak mau minum sehingga terpaksa masuk makanan melalui wayar. Langsung tak terdaya.

Seperti yang saya paham, ESP memang membekalkan simber protin yang bagus. Kebetulan pada tika itu, saya ada 1jar ESP di dalam kereta. Sungguh saya mengharapkan duit jualan ESP itu untuk belanja harian saya. Tapi bila memandang wanita tua itu, hati saya kalah. Lalu saya sumbangkan ESP tersebut.

3 hari kemudian, saya emailkan kepada asuhan untuk bertanyakan khabar. Betapa gembira hati saya bila ketua asuhan kata wanita tua itu sudah boleh menggerakkan tangan. Subhanallah! Ketua asuhan oder 4 tong ESP pada awalnya. Dan saya maklumkan kepada ketua asuhan pada bulan tersebut ada promosi ESP. Lalu dia borong ESP 14 tong ESP. Allahuakbar.

Kisah kedua saya dengan ESP bila saya preggy. Yang membuatkan saya terus consume ESP sehingga hari ini. Dipertengahan bulan yang sama dengan kisah di atas, saya start alahan teruk. Sehinggakan pedih anak tekak.

Suami menangis di sisi sebab dah pelbagai cara dia cuba ikhtiar untuk melegakan muntah. Bayanglah dari jam 11mlm sampai lah 3pagi muntah tanpa henti. Terasa terbakar dalam badan. Sampai dah tak mampu nak keluarkan apa yang ada dalam badan kecuali air. Lalu saya minta suami bancuh ESP dicampur madu. Saya minum & selawat. Alhamdulillah. Saya boleh tidur dengan lena di sisi suami.

Dan yang paling best, sepanjang preggy kulit langsung tak kusam malah lebih flawless bak hang. Sampai staff lain pon turut tegur dan mencubanya.

Bulan Mac 2014, pengalaman yang paling segar dalam ingatan sehingga hari ini.

Aku, ESP & Shaklee.





Amazing betul dengan macam-macam kisah ibu-ibu dengan ESP Shaklee, setelah kite go through setiap satu testimoni ni, pasti kite faham kenape Shaklee sangat dekat dihati ibu-ibu diMalaysia.


Ini yang cerita, yang tak cerita open macam ni supaya boleh crop dan letak dalam blog lagiiii banyak. Kepada ibu-ibu yang sedang mengandung, menyusu atau sekarang sedang berpantang tolong diri kite sendiri dengan berikan nutrient terbaik.


Bila ibu sihat 1 famili sihat, bile si ibu sakit,  famili malap.Ibu adalah jantung, nadi kepada keluarga. So sangat penting untuk ibu-ibu menjaga kesihatan. Jangan tunggu sakit dulu, ketika sihat ini kite jaga supaya kurangkan risiko sakit.


Peranan wanita sekarang dah makin luas, cari rezeki bukan dipikul oleh ayah seorang je. Ibula yang gigih keluar bekerja, berdepan dengan tekanan dan cabaran kerja, kalau yang menyusukan anak kene perah susu buat stok ebm, balik rumah kene kemas rumah memasak, uruskan anak-anak macam-macam tugas ibu.


Jadi untuk badan yang tak berhenti bekerja salah ke kalau kite belanjakan RM150 setiap bulan untuk bantu diri kita yang penat, lesu, emosi pun kadang-kadang tak stabil, wajah kusam, pucat.  RM150 untuk badan kita dapatkan sumber tenaga, sumber protein tumbuhan terbaik tanpa kolestrol, sumber 9 jenis asid amino perlu untuk pelbagai fungsi tubuh, untuk kulit lebih sihat, cerah berseri...


Then barulah ready to face all the challenge as a mom in this 21st century.  Kalau kita masih berkira untuk jaga kesihatan kita sekarang, takut nanti tidak terkira pula duit yang habis jika sakit akan datang Nauzubillah...




So come on mom, chill up! jom dapatkan ESP Shaklee dari pengedar favorite anda  siapa lagi kalau bukan puan Huda ;) Promosi bulan ni so harga ESP Shaklee lagi ekonomi, memang strategi baik untuk buat stok (buat peace sikit), boleh call/wasap/telegram/sms ke +6014-9209040


Boleh juga emel saya di dasyifa14@yahoo.com


Atau pm di Facebook Norulhuda Seman

*Sempena Aidilfitri 2016, akak nak bagi hiasan dinding Khat Kufi bernilai RM420 kepada sesiapa yang bertuah, nak tahu caranya klik link dibawah :)

Menangi Cabutan Bertuah Khat Kufi RM420




3 comments:

  1. Kontraktor ubahsuai HOUSE RENOVATION rumah kawasan kajang, bangi, cheras, serdang dan kawasan sekitarnnya. Membuat kerja-kerja memasang tile, plumbing, tabletop/meja dapur, mengecat DLL 》 BLOGFACEBOOK Hubungi/WhatsApp: 0182233854 KHAIDIR

    ReplyDelete
  2. Kontraktor ubahsuai HOUSE RENOVATION rumah kawasan kajang, bangi, cheras, serdang dan kawasan sekitarnnya. Membuat kerja-kerja memasang tile, plumbing, tabletop/meja dapur, mengecat DLL 》 BLOGFACEBOOK Hubungi/WhatsApp: 0182233854 KHAIDIR

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen <3

Cari Artikel