10 June 2017

// // Leave a Comment

Impian Yang Kuhembuskan Nafas Setiap Hari

Assalamualaikum salam Ramadhan, dah nak separuh madrasah Ramadhan kita lalui. Bagaimana prestasi kita berbanding tahun-tahun sebelumnya?

Akak pulak nak improve and tingkatkan amal supaya tak menyesal macam tahun-tahun sudah. Alahai diriku yang penuh cacat cela dalam ibadah pada Allah. Mintak-mintak Allah terimala sekelumit yang kta buat. Ya Allah malunya rasa....

Ok jom kita cerita pasal impian kita. Best tak berangan ni? Best, best sangat-sangat. Akak nak share impian akak yang setiap hari akak hembuskan nafas padanya. Agar 1 masa nanti ia menjadi nyata, hidup dengan akak.

Mula-mula akak nak ada cash yang banyak sampai takat hutang PTPTN and hutang kereta ke, rumah ke, personal loan ke jadi cam bayar tol je haha ambik ko. Sebulan rm500k setiap bulan cash akak, ha tak ke hutang-hutang tu jadi cam bayar tol je.



Setel hutang-hutang ni bagi rasa bernafas lega cket, takde la rasa sendat. Cam zaman akak banyak hutang dulu selalu rasa ade belenggu kat leher ni even gaji banyak. Alhamdulillah sekarang slowly makin cket hutangku.

Yang kedua is rumah impian. Akak nak rumah atas tanah kat bandaraya KL, tanah akak sendiri kat KL.  Ha korang boleh bayang berapa rege tanah kat KL ni. Akak taip ni pun meriding rasa.

Rumah tu luar macam rumah kampung (ini impian husband) tapi interior die rumah moden (ini impian akak). Ruang favorite akak is dapur yang ni memang crystal clear ape akak nak.




Dapur rumah lengkap kabinet, peti ice 2 pintu besar dah macam almari. Lauk mentah, sayur, buah semua organik, Vivix berderet dalam freezer. Kalau berkumpul semua saudara mara pun tak luak makanan dalam ice box akak.

Ada oven besar 2 tingkat, boleh masuk 2 tray besar serentak. Pinggan mangkuk akak yang basahan je jenama Corelle, ini memang dah lama nak sangat-sangat. So anak baling ke terjatuh terpelanting ke semua tak pecah.




Ada mesin basuh pinggan attach sekali dengan deretan kabinet. Mesin basuh kain jenama Electrolux 10 kg pintu depan, sebelah mesin basuh ada pulak mesin kering 15 kg sama macam kat dobi layan diri.

Ini baru dapur, belum masuk ruang tamu, bilik tidur anak-anak, balkoni, kolam renang luar and dalam rumah, karaoke, ruang paling special is library and ruang solat. Dah lama sangat nak ada library sendiri.

Sebab akak and husband sama-sama suke membaca. Ruang solat ni pun penting, akak nak tempat ni hidup, bila berkumpul dengan family semua, solat jemaah setiap waktu.




Okla setel bab rumah, kalau ikutkan tak setel lagi takpelah bagi ruang kat yang lain, kang entry ni berjela-jela cite pasal rumah je.

Hal yang dah lama akak nak buat is bercuti. Bestnya bercuti ni rasa release sume masalah sebab bercuti ternyata memang menggembirakan hati. Husband akak tempat yang die nak sangat pergi is Republic Czech.


Akak plak nak sangat pergi Turkey. Sebab banyak sangat hal-hal yang rase cam meloncat gembira kat sana. Nak pergi masjid Sultan Ahmad, Hagia Sophia, Pamukkale, Cappadocia, macam-macam tempat lagi.



Nak makan street food kat Istanbul, nak pergi pasar pagi diorang, nak pergi tengok ladang Saffron eh banyakla. Then tempat wajib pergi every year is Mekah and Madinah, umrah 1 family.






Selain tu akak and husband simpan impian tuk kembara 1 dunia, sebab pelajaran yang kita dapat dari berkelana ni takkan dapat dari mana-mana sekolah atau buku pun. It's a university of life. Berkelana ni pun bagus tuk pembesaran anak-anak.

If takde aral, insyaAllah kami nak tukar kereta amik Alza dalam tahun ni jugak. Banyak dah kereta duk timbang-timbang tapi hati rasa berkenan dekat Alza jugak. Sebab akak ni tak tau sangat bab2 kereta tapi yang pasti nak selesa anak beranak if jalan jauh. Dapat tukar Alza tu rase nikmat sangat dah.



Saving selamat yang kalis inflasi is emas. Impian akak nak ada emas 999.1 berat 1kg. Boleh menabung sikit-sikit. Untuk long term saving lagi suka emas 999, even kalau nak pakai pun suka emas 999 even design limited.




Shopping yang akak rase betul-betul nak lepas geram is penuhi keperluan dan kehendak anak-anak. Beli insuran premium untuk diorang, beli emas tiap-tiap bulan untuk diorang. Beli baju, mainan, bawak pergi theme park sebab Mujahid excited tengok theme park kat youtube.

Masukkan kelas memanah, berenang and berkuda. Nak diorang faqih Al-quran tapi konsep pembelajaran lebih santai and creative, ade ke sekolah gini. Yang pasti apa-apa pun perlukan kos. Sekarang pun mengah tengok rege barang.




And paling akak nak shopping sakan bila duit berkepuk is produk Shaklee. Paling suka Vivix sebab rasa die yang sedap. Tak piki dah khasiat die ke ape. Nak makan sebab terliur sedap sangat rasanya.

Kalau ada makan-makan kat rumah. Akak nak bancuh air performance drink banyak-banyak bagi kat tetamu. Air panas plak nak hidang Cinch Tea. Collagen and Nutriferon tu macam jajan je akak telan. Ha takdela catu-catu huhu...



Mohon doa semua, agar impian akak tercapai. Akak pun doakan impian anda semua menjadi nyata 1 hari nanti aminnn...

Cari Artikel