Kenapa Alfafa Shaklee Wajib Ada Disetiap Rumah DiMalaysia | Pengedar Vivix Shaklee, Pengedar Shaklee Kuala Lumpur

22 January 2015

// // 1 comment

Kenapa Alfafa Shaklee Wajib Ada Disetiap Rumah DiMalaysia

Awal tahun lepas, kami buka booth di Midvalley sempena Mom and Baby Expo. Bile upline saye ajak, saye piki bagus jugak untuk increase offline selling skill dan product knowledge. Saya pun joint, dan produk Shaklee yang paling senang nak jual ialah ESP dan Alfafa Shaklee.



Semua orang yang kenal Shaklee mungkin kenal ESP dan Alfafa dulu baru tahu Shaklee ade macam-macam lagi produk lain. Terlajak famous 2 produk ni tak lain tak bukan sebab kedua-duanya boleh bantu increase milk production.



Hari ini saya nak share tentang Alfafa Complex. Betapa banyaknye manfaat yang ada dalam suplemen murah ni. Iye murah sangat compare dengan ape yang die beri pada kite. Saiz S Cume RM53 untuk 330 tablets dan saiz L pula RM97 untuk 700 tablets.



Ok sekarang jom kite zoom sikit pasal sejarah tumbuhan epik ni. Dinamakan Al-fal-fa oleh orang Arab yang bermaksud  bapa kepada semua tumbuhan. Ini kerana mereka sangat yakin dengan kebaikan alfafa pada kesihatan dan kekuatan tubuh badan.




Orang Greek Kuno menggunakan Alfafa untuk merawat pelbagai jenis penyakit termasuklah sakit buah pinggang dan pundi kencing. Manakala orang Cina pula menggunakan alfafa untuk merawat batu karang.
Alfafa telah digunakan lebih 2500 tahun sebagai makanan dan ubat herba.



Alfafa Shaklee merupakan Formula Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr Shaklee dalam tahun 1950 an. Nama saintifik Alfafa ialah Medicago sativa. Tumbuhan ini ditanam secara organik diCalifornia yang bebas pestisid, herbasid dan menggunakan baja kompos/baja bebas bahan kimia.



Medicago Sativa memiliki gred yang paling tinggi sekali dikalangan tumbuhan Alfafa. Tumbuhan ini mengambil masa 2 tahun untuk membesar dan akarnya boleh mencapai hingga 20 kaki kedalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi.



Daun Alfafa dari Shaklee hanya dituai apabila ia telah mencapai tahap kematangan mutlak. Daun Alfafa yang telah matang kaya dengan klorofil.



Daun-daun ini dikeringkan dengan cara semulajadi bagi mengekalkan khasiat yang terkandung didalamnya. Daun-daun yang telah kering dibiarkan menjadi serbuk sebelum dikompres menjadi tablet



Keseluruhan proses ini dijalankan dibawah pengawasan dan kawalan Shaklee yang sangat ketat dan teliti. Setiap tablet mengandungi 300mg Alfafa



Ok sekarang jom kite cek ape keistimewaan Alfafa Shaklee


1. Alfafa Bantu Merendahkan Paras Kolestrol 




Terdapat kajian klinikal yang menunjukkan Alfafa mampu merendahkan paras kolestrol. Serat dan bahan dalam alfafa akan menyerap kolestrol dan keluarkannya dari salur darah. Alfafa juga membantu merendahkan kolestrol jahat (LDL).

Penggunaan jangka panjang mampu menghapuskan lemak, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi


2. Alfafa Mengandungi Enzim-enzim Penting 

a. Lipase - pecah lemak
b. Amylase - ceraikan kanji
c. Koagolase - bekukan darah
d. Emulsin - bertindak pada gula
e. Invertase - tukarkan gula tebu kepada dextrose
f. Peroxidate - Kesan pengoksidaan pada darah
g. Pektinase - Bentukkan jeli sayur
h. Protase - Cernakan protein


3. Bantu Proses Pencernaan





Bagus untuk perubahan patologi didalam usus dan perut. Baiki masalah seperti kembung, 'hyperacidity', ulser gastrik, hepatitis dan sembelit. Klorofil, enzim, mineral, vitamin semua ini membantu proses pencernaan
8 enzim penting diatas membantu mencernakan semua 4 kelas makanan protein, lemak, kanji dan gula.


4. Agen Diuretik 

Bahan yang terdapat didalam Alfafa mempunyai ciri-ciri diurectik yang lembut yang menggalakkan pengeluaran air dari badan. Alfafa dapat mengurangkan bengkak yang disebabkan oleh pengumpulan air



5. Penghadang Bakteria Yang Berkesan

Klorofil didalam Alfafa membentuk penghadang yang berkesan untuk menghadang pencerobohan bakteria. Klorofil tersebut merangsang pertumbuhan tisu penghubung dan tisu 'granulation'


6. Vitamin Didalam Alfafa

  • Vitamin A - penting untuk kesihatan mata. Bina rintangan dari jangkitan terutama disaluran pernafasan. Menggalakkan tumbesaran, kulit yang sihat dan penting untuk ibu mengandung.
  • Vitamin E - melindungi sel dari rosak akibat radiasi matahari dan pencemaran udara. Menyokong kesihatan jantung, kardiovaskular dan otot. Bantu memberi nutrient kepada sel dan kuatkan dinding salur darah termasuk dinding kapilari.
  • Vitamin U - bantu atasi 'peptic ulser'
  • Vitamin B6 - bantu asimilasi makanan, metabolisme lemak dan protein. Menggalakkan kulit dan saraf yang sihat. Kurangkan loya.
  • Vitamin K - penting dalam pembekuan darah dan hati untuk berfungsi. Alfafa mampu meningkatkan keupayaan darah untuk membeku selepas kemalangan.
  • Vitamin D - mengawal penggunaan kalsium dan fosforus dalam badan. Penting dalam pembentukan tulang dan gigi yang kuat.

 6. Mineral terdapat Didalam Alfafa

  • Kalsium - membina dan kekalkan tulang dan gigi. mengawal rentak jantung, menenangkan saraf
  • Zat Besi - diperlukan untuk pembentukan sel darah merah - mengangkut oksigen dalam darah
  • Mangan - unsur surih yang terlibat dalam penggunaan karbohidrat dari makanan. Hal ini dapat membantu alfafa merendahkan paras gula dalam darah.
  • Kalium - diperlukan oleh otot, saraf, pergerakan jantung, tindakbalas enzim dan pencernaan lemak.
  • Fosforus - diperlukan untuk tulang dan gigi
  • klorin - elektrolit penting untuk membersihkan badan, mengawalatur lemak, gula dan metabolisme kanji.
  • Natrium - mengawal imbangan cecair dalam badan, neutralkan asid, menghalang pembekuan darah, aktifkan fungsi limpa, usus dan perut.
  • Magnesium Silikon - bantu mengatasi sembelit, menenangkan saraf, melindungi tubuh dan kulit, merangsang fungsi otak.
  • Alfafa mempunyai akar yang panjang jauh kebawah tansh ysng tidak dicapai oleh tumbuhan lain. Purata panjang akar alfafa ialah 10-20 kaki atau lebih.

6. Alfafa kaya dengan protein

Alfafa mempunyai 18.9% protein berbanding daging 16.5%, susu 3.3% dan telur 13.1%. (kekurangan protein di otot menyebabkan badan cepat penat dan lemah)


7. Milk Booster

Alfafa mempunyai sejarah yang panjang dalam memperbaiki kesihatan wanita. Ia telah digunakan oleh ramai ibu-ibu untuk menambah susu badan. Alfafa juga dikira sebagai galactagogue (sesuatu yang boleh membantu menambah jumlah pengeluaran susu, ia boleh jadi tindakan., makanan, herba atau ubat.


8. Agen Detoks


Mencuci hari, darah dan usus. Makanan yang sangat beralkali yang mampu mengembalikan kenormalan badan yang berasid. Menghilangkan toksin yang berbahaya dari badan.


9. Masalah Sendi Dan Otot

Alfafa berkesan melegakan kebas-kebas dan sakit yang disebabkan oleh masalah otot, artritis dan bursitis.


10. Melawan Alahan

Baiki keadaan kulit, hidung yang sensitif, kurap, bau badan dan ulat air dengan berkesan


11. Melawan Tumor

Pengambilan 30-50 tablets untuk mengalkalikan badan, dengan itu memperbaiki sel-sel kanser dan membuang tumor.


12. Manfaat Lain

Bagus untuk membantu masalah buah pinggng, pundi kencing dan prostat. Ianya juga berkesan untuk merawat jangkitan saluran kencing. Alfafa juga mampu meningkatkan tenaga dan mengurangkan keletihan.



Saya sendiri sangat suke Alfafa, setiap hari mesti amik, memang lawas dan banyak buang angin. Susu badan  pun maintain je setakat ni. Baby banyak buang angin, so far anak saye jarang meragam sebab sakit perut, Alhamdulillah.



Bulan ini harga Alfafa yang dah sedia kala murah tu jadi lagi mengancam sebab bulan ni promosi. Jom beli 1 set terus, 1 set = beli 6 botol free 1 botol. Canggih, boleh hadiahkan pada mak, abah, husband, wife, bff dan macam-macamla.






Biasa Alfafa ni orang tahu untuk tambah susu badan je ataupun untuk slim. Sebenarnye Alfafa sangat perlu diberi pada orang yang resdung, ade alergik, sembelit, jerawat, kuat bau badan, selalu kebas-kebas dan kejang, orang yang edema atau gemuk air, orang yang gastrik, hipoglisemia (tahap gula rendah), hipotiroid, orang yang sakit gout dan macam-macam lagi la.



Panjang nak taip semua...So kalo list semua memang wajar sangat Alfafa ade disetiap rumah diMalaysia ni. Rata-rata orang kite habis-habis sihat mesti ade resdung, kuat atau tidak je. Sebab makanan kite yang paling seru kene ade time makan ialah sambal belacan, cencaluk. Masakan kite pun banyak yang taruk belacan.





Nak buat camne, tak sedap asam pedas takde belacan, sambal pun lagi sedap tambah belacan sikit. So boleh ke kite elak makan belacan, tak mungkin dan taknak!





So cara senang nak atasi masalah resdung ialah gunakan Set Resdung Shaklee, ade Zinc, Alfafa dan B-Complex. Murah je set ni sebab tahan lame...



Untuk masalah-masalah lain, boleh roger saye untuk konsultasi lanjut, cadangan produk yang tepat untuk masalah yang menyelubungi anda. Saya akan cube sedaya upaya membantu customer saya :)



Boleh call/wasap/sms/telegram ke 014-9209040 atau hubungi saye melalui emel ke dasyifa14@yahoo.com.
Atau jika lebih senang pm saye di Facebook Norulhuda Seman 




1 comment:

  1. cahayacinta datang..

    nak sihat nak cantik nak makan sedap boleh tapi kena ingat juga sesekali kans heee..

    salam jumaat sis ;)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen <3

Cari Artikel