Cube anak kita sakit, memang confirm tak tido. Gilir-gilir suami isteri jage anak kesayangan yang sakit. Luluhnya hati kita tengok simanja lemah, tak bermaya, tak aktif macam selalu.
Saya pasti yang ibubapa pasti aware pemakanan sangat mempengaruhi kesihatan anak-anak syurga kita. Kanak-kanak sedang membesar sedang develop dan kuatkan sistem pertahanan (imuniti) tubuh mereka. So apa yang mereka makan setiap hari samada menguatkan sistem imuniti mereka atau sebaliknya.
Keperluan nutrisi anak-anak sama juga seperti orang dewasa, mereka memerlukan karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan mineral hanya berbeza kuantiti sahaja. Berikut adalah contoh makanan mengikut kumpulan untuk anak-anak kite yang sedang membesar.
- Protein - pilihlah makanan laut, daging tanpa lemak, ayam, kacang dan kekacang, tempe, tauhu
- Buah - galakkan anak-anak makan buah-buahan samada yang segar, kering jauh lebih baik dari minum jus, jika mereka ingin minum jus buah pastikan yang betul-betul 100% pure juice dan hadkan kuantiti.
- Sayur - berikan anak-anak pelbagai jenis sayur terutamanya yang berwarna hijau pekat, merah dan oren seperti sawi, lobak merah, bayam, lada, tomato dan sebagainya.
- Bijirin - pilih bijirin penuh seperti roti wholemeal, oat, bertih jagung, quinoa dan beras perang.
- Tenusu - galakkan dan beri anak-anak minum susu, yogurt, keju dan susu soya
Kawal kalori anak-anak dari sumber lemak tepu, gula tambahan dan makan 'empty nutrient' seperti mentega kacang, kek, minuman bergas, jajan dan gula-gula.
Pemakanan yang sihat akan menstabilkan tenaga, menajamkan minda anak-anak. Cabaran disini apabila pengaruh rakan-rakan dan iklan makanan ringan ditv membuatkan anak-anak lebih sukakan makanan yang kurang berkhasiat
Terdapat cara yang boleh dilakukan bagi mempraktikkan pemakanan yang sihat untuk anak-anak supaya masa makan mereka tidak menjadi 'zon perang'. Dengan mengamalkan corak pemakanan yang sihat sekarang, kita mampu memberikan kesan yang besar terhadap tumbesaran anak-anak, berikan peluang mereka membesar dengan sihat dan menjadi orang dewasa yang penuh keyakinan.
Fitrah anak-anak kecil, mereka suke mengikut atau meniru apa yang dilakukan oleh ibubapa mereka. Jadi untuk menggalakkan anak-anak suke makan sayur, buah-buahan, kite terlebih dahulu perlu suke makan semua tu. Takdela kite sibuk suruh anak makan buah dan sayur kite makan mr potato dan minum air gas.
Berikut adalah beberapa tips hebat untuk menggalakkan pemakanan yang sihat untuk anak-anak
- Selalulah makan bersama dirumah - sibuk macammane pun kita makan malam dan sarapan usahakanlah makan bersama anak-anak. Duduk bersama sekeluarga untuk makan akan menjadikan anak-anak lebih seronok dan mampu tingkatkan selera mereka.
- Masak makanan dirumah - masak dirumah lebih pelbagai, bersih dan sihat. Makanan beli dikedai atau restoren biasanya tinggi kandungan lemak, garam, gula dan bahan perisa.
- Ajak anak-anak bersama - Anak-anak kite akan rase seronok bile kite libatkan mereka bersama ketika shopping pilih barang-barang dapur, ajak mereka pilih sayur, buah. Beritahu tentang nutritional value dalam makanan dan jika anak kita dah besar sikit, ajar mereka bace label makanan. Dirumah ajak anak-anak tolong siapkan makan malam.
- Pelbagaikan snek yang sihat - Sediakan macam-macam jenis buah-buahan, sayur-sayur, snek bijirin penuh seperti biskut oat, minuman yang sihat seperti air, susu, jus 100% dalam ruang lingkup yang senang dicapai oleh anak-anak.
- Hadkan saiz hidangan - Jangan paksa anak kite untuk licinkan pinggan dan jangan gunakan makanan sebagai ganjaran atau rasuah
Bagaimana memujuk anak kita yang cerewet atau 'picky eater' makan pelbagai jenis makanan?
Anak-yang cerewet makan sebenarnya melalui fasa perkembangan yang normal, mereka biasanya suke mengawal keadaan dan sukar percaya hal-hal yang baru mereka kenal.
Ramai dikalangan anak-anak yang cerewet makan juga suke bekas makanan yang mengasingkan setiap makanan (makanan tidak bersentuhan antara ssatu sama lain)
Perlukan sekurang-kurangnya 8-10 kali percubaan makanan yang baru seenlum mereka dapat menerimanya dengan terbuka. Kite boleh cube kaedah-kaedah berikut untuk bantu anak-anak makan pelbagai jenis makanan :-
- Tawarkan sejenis makanan sahaja untuk satu ketika
- Hidangkan makanan baru bersama makanan kegemaran mereka
- Makan makanan baru tu depan anak-anak, mereka suke meniru perlakuan ibu bapa
- Hadkan minuman - anak-anak yang cerewet makan biasanya suke kenyang dengan pelbagai jenis minuman
- Hadkan snek jenis/hari
- Tolong anak-anak sediakan sendiri makanan mereka. Biasanya mereka lebih senang mencube makanan yang mereka sediakan sendiri.
Saya harap sedikit sebanyak panduan ringkas ini dapat dipraktikkan oleh ibubapa dalam usaha mendidik dan melatih anak-anak makan makanan yang berkhasiat.
Sabarlah dalam melayan kerenah mereka dan jangan mudah mengalah atau menurut kehendak mereka jika mereka meraung-raung nak makan jajan atau minum minuman bergas dalam kekerapan yang tinggi. Contohnya hari-hari mesti minum air FnN Strawberri selepas makan malam.
Saya sangat mengalu-alukan perkongsian pengalaman, cadangan atau komen bernas agar dapat dijadikan panduan bersama.
Salam kenal... terima kasih atas informasi yg berguna untuk ibubapa yg pentingkan kesihatan anak2nya
ReplyDelete