5 Jenis Buah Buatkan Kulit Anda Cantik Dan Muda | PENGEDAR VIVIX SHAKLEE, PENGEDAR SHAKLEE KUALA LUMPUR

06 February 2015

// // 1 comment

5 Jenis Buah Buatkan Kulit Anda Cantik Dan Muda

Assalamualaikum semua, fuhh dah lame tak update blog, ade rase kerinduan pulak. Hari ni dah 5/2, memang terlalu banyak mase tinggalkan kite, dah berapa banyak kite rugi. Ok entri kali ni saye nak share tentang kuasa buah pada kulit kita.


Buah-buahan dan sayur-sayuran sangat sinonim dengan hal-hal  yang sihat, cantik, kurus, awet muda, penawar penyakit, gaya hidup sihat dan macam-macamla. Senang aje kalo nak lawa dan hensem, rajin-rajinkan tambah buah dalam menu makanan harian kita. 


Ketika mengandung memang saye peminat tegar macam-macam jenis buah, buah tempatan dan import semua saye suke. Saya batuk teruk ketika mengandung akibat makan buah tembikai, tapi mula-mula saye tak tahu. 


Ade sekali tu berhenti makan so batuk pun stop. Bile makan balik ha amik tak berhenti batuk dalam opis. Takut kawan-kawan saye dengar. Pastu tak makan dah tembikai sampai la ni. 


Ok jom kite berkenalan dengan buah-buah yang bertanggungjawab buat kite cun dan kacak hihi...


1. Pisang



Mungkin kite tak tahu yang buah pisang ni kaya dengan vitamin A, B Dan E dan bertindak sebagai agen anti penuaan. Buah pisang yang dicampur dengan madu boleh digunakan sebagai masker. Pisang juga sumber yang kaya dengan serat, mineral, magnesium, dan potassium. Ia juga sangat sesuai dijadikan  pengganti kepada snek/jajan yang tidak sihat



2. Lemon



Lemon kaya dengan vitamin C. Maka ia bagus dalam mengurangkan parut jerawat, bintik hitam dan kulit tak sekata. Produk Ganierkan menggunakan ekstrak lemon kerana untuk cerahkan tona kulit, ukurlah sendiri. 


Jika setiap pagi kita mulakan hari dengan segelas air suam dengan perahan lemon dan 1 sudu kecil madu, minum semasa perut kosong, Ini membantu melawan selulit dan cantikkan kulit dari dalam


3. Oren
 



Oren sangat kaya dengan vitamin C. Maka ia mampu melawan radikal bebas sekaligus memperlahankan proses penuaan. Oren juga mampu memperbaiki tekstur kulit dan mengurangkan jerawat. 


Disamping itu ia juga membantu mencerahkan kulit wajah dan mengurangkan kesan gelap matahari dengan memesongkan sinaran UV yang berbahaya daripada menyerang kulit.


4. Epal



Buah yang tinggi kandungan antioksida dan berupaya melindungi dari kerosakan sel dan tisu. Merupakan agen antipenuaan yang berkuasa mengurangkan kedutan dan garis halus.


Epal juga sangat bagus dalam memastikan sistem pencernaan lancar. Jus epal jika ditambah sedikit madu boleh menjadi masker untuk melembapkan kulit.


5. Betik



Sumber yang kaya dengan antioksida. Buah betik sangat bagus digunakan sebagai skrub. Ia mampu menghapuskan sel kulit mati dan membuang kotoran kulit. Buah betik yang dikisar dengan madu atau yogurt boleh dijadikan masker untuk membersihkan sel kulit mati dan melembutkan kulit.

1 comment:

  1. Saya suka minum air lemon tu..tak apa juga kan? leh buat kulit kelihatan cantik gak kan?

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen <3

Cari Artikel