Vitamin C Shaklee Untuk Cantik Dan Sihat Secara Ekonomi | Pengedar Vivix Shaklee, Pengedar Shaklee Kuala Lumpur

25 June 2015

// // 6 comments

Vitamin C Shaklee Untuk Cantik Dan Sihat Secara Ekonomi

Assalamualaikum semua :) Alhamdulillah dah tiba kita kebulan Ramadhan.  Entri kali ini akak nak share mengenai Vitamin C Shaklee Untuk  Cantik Dan Sihat Secara Ekonomi.


Famous betul Vitamin C, sebab seingat akak sebelum akak kenal mana-mana vitamin lain yang ada dalam dunia ni. Mule-mule memang akak berkenalan dengan Vitamin C dulu. Banyak sumber Vitamin C yang kite boleh dapatkan dari sumber makanan kita.



Tapi untuk entri ini akak nak fokus pada Vitamin C Shaklee atau nama penuhnya . Ini la produk Shaklee pertama yang akak gune pada tahun 2003 tak silap. Sebenarnya macam-macam jenama Vitamin C yang pernah akak pernah gune tapi tak best macam Vitamin C Shaklee.


Apa yang best sangat tu nanti akak explain detail. Keluarga kami memang dah lama gune Shaklee, kakak akak selalu buat camni dan memang berkesan. Kalau malam tu die rase macam nak demam, die akan telan Vitamin C Shaklee 2 biji, memang esoknya tak jadi nak demam.


Atau kalau memang die demam atau selsema die akan ambil Vitamin C Shaklee ni lebih banyak, cepat kebah demam die. Kalau adik, member office yang memang pengguna   tegar kate mereka Vitamin C Shaklee ni bagus sebab dah jarang demam, kalau tak setiap bulan mesti demam atau selsema atau batuk.




Ha itu cuma sebahagian kecil testimoni dari orang sekeliling akak. Memang ada setengah-setengah orang tu yang tiap-tiap bulan wajib mc, kene hujan sikit esoknye mc. Kesian jugak dengan orang-orang macam ni.


Dan lagi  ramai yang cari Vitamin C Shaklee ni jugak untuk cantikkan kulit diorang. Nak kulit lebih cerah, nak kurangkan jerawat, pudarkan parut jerawat, nak awet muda dan macam-macam lagi. Orang perempuan memang sanggup berhabis duit ribu-ribu asalkan cantik, asalkan tetap nampak remaja.


Walaupun cara yang mereka guna tu berisiko, semua tu tolak tepi janji lawa dan yang paling penting jugak semua pun nak cepat instant gitu. Akak share satu cara yang mudah, murah dan selamat untuk cantik dan sihat. Tapi sebelum tu nak share jugak 1 video tentang manfaat Vitamin C kepada badan kita, enjoy!







Vitamin C atau nama saintifiknye asid ascorbic merupakan vitamin larut air. Badan kite tidak boleh menghasilkan Vitamin C maka kita wajib mendapatkannya dari makanan kita. Sumber yang kaya dengan Vitamin C tentunya buah-buahan dan sayur-sayuran.



Ok sekarang jom kita berkenalan dengan Vitamin C Shaklee atau nama sebenarnya Sustained Release Vita C. Macammana boleh ada 'sustained release' gitu, ini tak lain tak bukan untuk kite mendapat manfaat Vitamin C itu secara maksima, jadi kuranglah pembaziran (Vitamin C yang tidak diserap dibuang melalui air kencing)


So Shaklee design teknologi 'Sustained Release' atau Sains Pembebasan Berterusan Secara Semulajadi. 1 tablet Vitamin C Shaklee mengandungi 7.5 biji buah oren.


Setiap satu jam 1.5 biji oren bersamaan 100 mg Vitamin C akan dilepaskan diusus kite so 1 tablet mengambil masa 5 jam untuk diserap oleh usus kita. Canggihhh...


Selain Vitamin C, setiap tablet mengandungi 120 mg bioflavanoid (25% bioflavanoid diekstrak dari kulit buah. Bioflavanoid juga dikenali sebagai Vitamin C Complex berfungsi



Jom kite tengok ape yang best sangat dengan Vitamin C Shaklee ni :-

  • Membentuk Kolagen - Vitamin C akan membantu merangsang pembentukan kolagen, sebab tu bile kita ambil suplemen kolagen, kene cek disertakan sekali tak Vitamin C dalam suplemen kolagen tu. Sebab kalau tiada maka kurang berkesanlah suplemen kolagen yang anda beli tu..huhu...untuk stay firm kolagen need a lot of Vitamin C..
          Kolagen merupakan sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Maka ianya                       mampu mengurangkan kedutan dan menghalang otot menjadi lembik.


  • Mengurangkan Simptom Pendarahan - Bila badan kite kurang Vitamin C, gusi kite akan senang berdarah, kulit lebam, cedera pun lambat nak pulih. Kulit jadi kering, kasar dan ruam

  • Meningkatkan Sistem Imun Badan - Vitamin C membantu sel darah merah yang sihat untuk menyerap zat besi dengan lebih baik. 
          Ianya juga membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman.
          Menguatkan sistem imun    
     
          Mengurangkan asthma dan alergi hidung dan kulit.

          Menyingkatkan waktu pemulihan ketika sakit.

          Terdapat bukti yang menyatakan pengambilan Vitamin C untuk mengatasi masalah batuk dan selsema mampu mengurangkan simptom sakit yang lebih serius seperti pneumonia dan            jangkitan paru-paru

  • Memerangi Kanser - Vitamin C merupakan satu-satunya antioksida yang berkuasa meningkatkan interferon semulajadi badan.  
          Merangsang pengeluaran T-sel untuk melawan sel-sel kanser 

          Membuang bahan kimia berbahaya dari badan kita dengan berkesan.

          Menghapuskan radikal bebas seperti sisa toksik bahan kimia  dan pencemaran asap rokok               sebelum ianya menyerang sel-sel kita.

          Radikal bebas boleh menyumbang kepada masalah kesihatan seperti kanser, sakit jantung               dan artritis

  • Mencantikkan Kulit - Jika setiap hari kita mengambil Vitamin C secara konsisten, ia mampu menjadikan kulit kita lebih cerah.  

Melambatkan proses penuaan dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen penyebab utama kejadian jeragat. So cara kawal jeragat ialah dengan mengambil Vitamin C setiap hari!

Terdapat satu kajian yang diterbitkan oleh American Journal of Clinical Nutrition, kajian               tersebut menguji kaitan antara pengambilan nutrien dengan proses penuaan pada 4025 wanita yang berusia dari 40-74 tahun.

Kajian tersebut menunjukkan pengambilan Vitamin C yang tinggi mampu mengurangkan kedutan dan kekeringan kulit. Kulit juga kelihatan lebih baik.


  • Mengurangkan Insomnia - Mampu memperbaiki insomnia dan tekanan berkaitan mental seperti keresahan. 

  • Tekanan - Sangat perlu diambil oleh mereka yang sistem imun badan rendah kerana tekanan - masalah yang biasa dihadapi oleh masyarakat kita hari ini. 

Vitamin C  sangat sensitif dengan tekanan, dan ia merupakan nutrient pertama yang mudah hilang pada perokok, peminum alkohol dan mereka yang obes. Mereka yang selalu tertekan memerlukan lebih Vitamin C setiap hari.

  • Mengekalkan Kolestrol Sihat - Vitamin C mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah.  Ia juga mampu mengekalkan kapilari yang sihat dan menghindari arteriosklerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi.



Terdapat pelbagai sumber makanan yang kaya dengan Vitamin C seperti buah-buahan sitrus, strawberri, tomato, brokoli, kentang dan ubi biru (sweet potato). Sumber lain pula seperti sayuran hijau tua, betik, mangga, tembikai, kobis bunga, kobis, cili merah, resberi, blueberi, nenas dan labu.



Untuk mendapat kebaikan pelbagai jenis vitamin dan mineral kita perlu mengambil 5-7 hidangan buah dan sayur-sayuran. Atau dalam bahasa yang lebih senang dalam sehari kite perlu mengambil 3 mangkuk sayur dari 4 jenis warna.


Ha camne? Sehabis baik pun kite makan sayur dan buah ialah waktu lunch dan dinner. Breakfast adalah sikit itupun timun dalam nasi lemak, huhu... secara praktikal dan sukar kita tengok orang yang betul-betul dapat mengambil sayur dan buah-buahan mengikut kadar yang ditetapkan bagi mendapatkan nutrient penuh untuk tubuh kita.


Maka pengambilan suplemen adalah lebih praktikal untuk mengisi lompang-lompang nutrisi penting seperti Vitamin C. Jika kita ingin mencuba suplemen yang murah, penting dan berkesan, maka saya sangat mengsyorkan Vitamin C Shaklee sebagai pilihan anda.


Tambah-tambah pula, bulan ini memang tengah promosi, so bolehla kita ambil untuk cantik berseri dipagi raya. Harga Vitamin C Shaklee sebotol hanyalah RM98 (tambah GST) untuk 180 tablets. Maka 1 tablets jatuh kepada RM0.54 sahaja.



Dan sekarang ada promosi beli 7 botol pada harga 6 botol maka bertambah-tambahla jimatnya...Setiap sen yang kita laburkan untuk kesihatan memang sangat berbaloi. Ada harta berjuta-juta pun tak bermakna kalau diakhir usia kita terlantar dihospital kerana strok, sakit jantung, diabetes dan macam-macam lagi.


Kita pelihara kesihatan kita sekarang agar tak muncul penyesalan dimasa akan datang. Ha so tunggu ape lagi, jom grab Vitamin C Shaklee dari pengedar sah Shaklee anda. Boleh hubungi saye Huda melalui call/sms/wasap/telegram ke 014-9209040 atau emel ke dasyifa14@yahoo.com


Boleh juga berhubung melalui Facebook Norulhuda Seman. Sebelum berakhir saye share pelbagai testimoni yang benar, positif dan sangat meyakinkan mengenai Vitamin C Shaklee :)














Ha jangan piki lama-lama, jom hubungi saye sekarang jugak !

*Sempena Aidilfitri 2016, akak nak bagi hiasan dinding Khat Kufi bernilai RM420 kepada sesiapa yang bertuah, nak tahu caranya klik link dibawah :)

Menangi Cabutan Bertuah Khat Kufi RM420



6 comments:

  1. makan vitamin ni memang kene konsisten, baru nampak hasilnya kan

    ReplyDelete
  2. Emmm nampak gayanya saya nak kena perbanyakkan makan vitamin C ni..selsema aje sejak dua menjak ni..

    ReplyDelete
  3. salah satu suplement wajib kita ambil setiap harikan

    ReplyDelete
  4. salah satu supplement yg saya suka adalah vit c!

    ReplyDelete
  5. Best supplement yang wajib ada dalam koleksi

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen <3

Cari Artikel