Kenapa Saya Memilih Shaklee Berbanding MLM Lain | Pengedar Vivix Shaklee, Pengedar Shaklee Kuala Lumpur

08 November 2016

// // Leave a Comment

Kenapa Saya Memilih Shaklee Berbanding MLM Lain

Assalamualaikum semua :) Ape khabar orang kl, orang utara, ore kelate, orang johor, orang melaka, orang London, orang German hihi gurau sekali sekala. Ok entri kali ni akak nak share Kenapa  Saya Memilih  Shaklee dari segala macam MLM   lain diluar sana...

Ceritanya bermula begini...

Sebelum buat keputusan untuk serius biz Shaklee, akak dah pun serius dalam macam2 MLM lain. Antaranya OT, HO, UT, USN tulis short form jela ye...




Dan bertitik tolak peristiwa MLM la akak kenal dengan sahabat baik merangkap upline saya Salwa Al'Izzah . Time tu kami 2nd year. Boleh tak akak tak pernah kenal pun dengan die padahal kami pernah 1 kuliah.

Dari segi penampilan, perwatakan, tutur bicara dan ilmu dunia akhirat jelas die lagi advance dari akak. Dia ajak akak join OT. Dari situ kami mula rapat, kenal hati budi masing-masing, share rahsia macam-macam, menangis, ketawa, bergurau, kecewa, sakit hati, tension, bengang, terharu, gembira kami alami sama-sama. 

Dan dari OT kami failed, kami berganjak ke MLM lain, then failed lagi, macam tu la. Akak pun tak paham kenapa akak selalu ditarik dan tertarik dengan MLM.




Tiap kali join MLM memang akak teruja sangat.Teruja dengan talk berapi-rapi yang diberi tapi paling buat rase semangat melonjak kelangit is income yang luar biasa...




Banyak kenangan, kalau nak cite kang jadi macam drama sinetron Indonesia sampai beratus-ratus episod tak habih hihi...

Dan dari macam-macam pengalaman, macam-macamla yang akak belajar. Belajar dari kesilapan, yang lepas takle nak buat ape dah. So kita betulkan diri sendiri untuk sekarang dan akan datang.




Dan sekarang akak nekad dengan Shaklee and tak plak tertarik dengan pelbagai MLM lain diluar sana. Even ramai yang ajak, tapi dengan macam-macam pengalaman dengan pelbagai MLM, saringan untuk join tu jadi lebih strict. Sebab taknak pisang berbuah berkali-kali, akak stick dengan Shaklee je.

Family akak pun dah lama guna produk Shaklee, kepercayaan dan keyakinan tu dalam. Bila upline akak ajak serius buat bisnes Shaklee akak pun takde nak tanye banyak. Time tu tahun 2013, tahun Shaklee tengah melonjak naik.

Akak boleh rumuskan kenapa akak suka dan Kenapa Saya Memilih Shaklee Berbanding MLM Lain, antaranya

  • Bisnes Shaklee ni telus, dari upline atas-atas sampai ke kita. Management Shaklee dengan SID (Shaklee Independent Distributor) masing-masing beri yang terbaik untuk manfaat bersama.
  • Majlis ilmu yang lebih santai, tak protokol sangat tapi perkongsian sangat padat dan tepat betul - betul menusuk kehati.
  • Unlimited income, betul-betul luarbiasa, rekod 7 angka pun ada, tak sampai 5 tahun buat bisnes


  • Jumpa dengan insan-insan yang kaya harta dan jiwa, sangat humble so tak rase jurangnya padahal diorang dah jutawan. 
  • Bile buat biz online kita tak terikat sangat dengan apa-apa aturan, yang penting kita pandai atur diri, famili and bisnes. 
  • Dan paling saya suke is boleh bawak anak. Even event yang boleh bawak anak akan jadi havoc luarbiase tapi itulah kekuatan utama dan boleh jadi sebab untuk buat bisnes Shaklee sebenarnya iaitu anak-anak tercinta.
  • Lagi satu yang paling penting is kualiti produk yang tiada kompromi. Tapi kalau nak cerita pasal kualiti produk Shaklee kene buat entry lain sebab macam-macam skop yang akan keluar dan memang panjang kisahnya.


Target terdekat akak is konsisten income 5 angka, nak balik Johor and bukak cawangan group akak di Batu Pahat, Johor plak. Nak husband pun sama-sama bisnes Shaklee so tak perlulah die terkejar-kejar buat keje die sekarang.

Value yang mahal dalam Shaklee is kita tolong orang improve kesihatan mereka. Dan kita bukan jual minyak tambah-tambah perisa lebih-lebih semata-mata nak jual barang

Kita telus dan jujur bukan tabur janji yang makan Shaklee macam telan pil ajaib dari langit semua yang kita nak tercapai...

Bukan gitu, tapi kita tolong dengan beri mereka produk terbaik dipasaran, selamat terbukti secara klinikal dan ade ramaiiii living proof serta semulajadi seiring dengan aturan yang Allah cipta...

Ini kisah Kenapa Saya Pilih Shaklee, anda nak join saya?

Pucuk dicita, selori ulam saya tadahkan




Cari Artikel