Tambah Ilmu diBengkel Nutrisi Shaklee Jun 2015 | Pengedar Vivix Shaklee, Pengedar Shaklee Kuala Lumpur

25 June 2015

// // 1 comment

Tambah Ilmu diBengkel Nutrisi Shaklee Jun 2015

Assalamualaikum semua...sebelum puasa ni memang berderet-deret event Shaklee yang akak join. Pada 14 Jun lepas akak berpeluang attend Bengkel Nutrisi Shaklee yang berlangsung di HQ Shaklee Pinnacle Sunway. Dah lama nak pergi Bengkel Nutrisi ni cume baru kali ni berkesempatan, Alhamdulillah.


Nutritionist Shaklee iaitu Puan Sarah yang bertanggungjawab kendalikan bengkel. Kami diterangkan mengenai setiap produk dengan lebih detail, bermula dari Phytocoll-ST hinggalah ke Get Clean Water Pitcher.



Alhamdulillah husband datang sekali, so kami gilir-gilir jaga Mujahid so that bolehla akak concentrate sikit. Ni la salah satu sebab akak senang dengan biz Shaklee, kite boleh bawak sekali anak kite attend class yang Shaklee anjurkan.


Detail penerangan yang kami dapat, tapi still akak tak puas hati rase kene pergi lagi. Yela kadang-kadang kene bagi Mujahid makan, tidokan die dan etc. Tugas-tugas macam ni ayah Mujahid tak boleh buat. So adela certain part yang akak miss.


Dari Phytocoll-ST, Coq Health, Vivix, Shaklee Collagen Powder, Advanced Joint Health Tablet (AJHT), ESP, Mealshake, Performance, Nutriferon, Carotomax, Sustained Release Vita C dan Vitamin E Complex.


Semua ni dicover oleh Sarah sebelum rehat. dan selebihnya selepas rehat. Bila setiap produk diterangkan secara detail kita akan ada rasa yang semua produk sangat perlu diambil sebab semua penting.


Semua ada fungsi tersendiri untuk badan kita. Contohnya Vivix, kita perlu ambil sesudu setiap hari untuk mencegah diri kita terkena kanser. Tapi yang jadi isu sekarang bile dah sakit teruk kanser stage ke-3, ke-4 baru kite nak cari penawar.


Konsep suplemen is mencegah sebelum terlambat. Cara hidup kita sekarang yang sedentari  dengan food industry yang banyak kontroversi memang sangat tidak mustahil kite adalah calon-calon sakit macam-macam...Nauzubillah mintak Allah jauhkan...


Nutriferon produk yang sangat penting untuk diambil walaupun kite sihat takde sakit-sakit, fungsi Nutriferon untuk trigerred sistem imun badan kite bagi melawan penyakit. Dihospital ada menyediakan suntikan interferon jika benar-benar perlu, tapi harga satu suntikan ialah RM6000, ha terkejut tak? Harga Nutriferon RM 200 pun tak sampai!


Banyak kali Sarah ulang bersyukur banyak-banyak kite kenal Shaklee in early stage. Kita boleh take pre-caution action sebelum apa-apa jadi worse.


Kami berhenti rehat jam 12:30 tengahari, lunch di restoren Marhaba, restoren makanan Arab yang mengasyikkan amboi...




Camne pun best tetap akak tak dapat enjoy sangat. Sebab lauk yang ada cuma ayam je, akak pulak tak boleh makan ayam sebab nanti pipi Mujahid makin merah dan gatal, kesian die...so akak pun cuci mata jela dengan hidangan ayam tu...





















Inilah sup kambing yang sangat sedap tu, dan teh pudina yang rasenya macam ubat gigi...huuu...


Pada akak makanan direstoren Marhaba ni semua sedap. Nasi die sedap, sup kambing sedap paling sedap yang akak pernah rasa, roti sedap, air jus sedap dan mint tea pun sedap. Cumenya rasa mint tu kuat sangat sampai rasa macam minum ubat gigi...huhu...


Setel makan dan bergambar sikit-sikit kami solat dan teruskan bengkel. Untuk sesi petang ni penerangan lebih kepada produk dalam Set Prenatal dan Postnatal Shaklee contohnya Vita Lea, B-Complex, Sustained Release Vita C, Alfafa, Omega Guard, Ostematrix dan lain-lain.


Kami habis cepat pada jam 4:30 petang, kalau ikutkan sepatutnya pukul 6 petang baru habis. Selepas selesai kami diberi sijil Shaklee Wellness Workshop 2015 dan ada sesi bergambar dengan Sarah. Masing-masing pegang sijil hihi...





1 comment:

  1. Huhuhu..tergugat rasa nafsu tengok makanan macam tu..emm bagus la kan..suami pun leh turut sama mendengarnya..nanti leh bantu bisnes kita juga..hehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen <3

Cari Artikel