Produk Terlaris ESP Shaklee | PENGEDAR VIVIX SHAKLEE, PENGEDAR SHAKLEE KUALA LUMPUR

27 October 2013

// // 2 comments

Produk Terlaris ESP Shaklee

Assalamualaikum :)) Hari ni petang ahad yang sejuk sebab  hujan turun, lamenye saye piki  nak tulis  entry ni dari pagi sampai petang huhu.... ESP Shaklee(Energizing Soya Protein)  adalah produk paling hot, bestseller dalam banyak2 produk shaklee. Kalah GLA Complex, Alfafa, Lecithin dan lain-lain.

Kelebihan ESP berderet-deret keluar bile kite search digoogle. Nape yang ramai  orang  sibuk nak beli ESP ni?? Best  sangat ke?? takat air soya je banyak jual kat tepi jalan, pasar malam and shopping mall.




Ramaiiii yang da experience  sendiri kebaikan ESP Shaklee pada diri mereka,  kalo ESP tak bagus mesti takle jadi bestseller produk betul  tak? Suke saya kisahkan ape keje ESP sampai  ramai yang tergila2kannya, cam da dari barang wajib ade kat umah huhu...


Kenapa ESP Shaklee berbeza dari produk-produk berasaskan soya lain??

  1. ESP diiktiraf diseluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif  serta memiliki kualiti protein yang tinggi.
  2. Kacang soya yang digunakan adalah non-GMO (non-Genetically Modified Organism) 
  3. Diproses pada suhu yang rendah bagi memastikan setiap khasiat yang ada tidak musnah kerana suhu yang tinggi.
  4. 30 kg  kacang soya diperlukan  untuk menghasilkan satu  canister ESP dengan berat 850 g
  5. ESP menyediakan 9  asid amino penting tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia, ini adalah satu jaminan dan tiada produk lain  yang mampu menandinginya  setakat ini.
  6. Sesuai untuk  semua peringkat umur  muda hingga tua
  7. Mempunyai indeks glisemik rendah  (G.I) iaitu 39,  sangat sesuai digunakan oleh pengidap kencing manis
  8. 1 hidangan ESP (3 sudu  besar dibancuh dengan air sejuk) bersamaan 2x hidangan daging, 4x hidangan telur, 12x hidangan susu, sebab itu siapa yang mengambil  ESP berasa kenyang dalam tempoh yang lama dan sangat sesuai untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan :)
  9. Tiada kolestrol, asid urik dan rendah lemak, ianya juga sangat mudah diserap oleh badan.
  10. Dicuci menggunakan air bukannya alkohol bagi mengekalkan  isoflavones genistein dan daizdein yang kritikal demi membekalkan anda dengan keseluruhan kebaikan  soya


Mengapa penting untuk memastikan soya yang kite makan bukan - GMO??


* produk GMO membahayakan kesihatan -  gen yang dimasukkan kedalam  soya GM boleh memindahkan DNA bakteria hidup pada manusia


* terdapat kajian yang dijalankan menunjukkan pengambilan produk GM  yang berterusan boleh mengakibatkan kerosakan organ, gangguan pada sistem imun, proses penuaan yang lebih cepat dan ketidaksuburan



* tanaman GMO memerlukan lebih penggunaan racun serangga


* GMO produk boleh memusnahkan alam
sekitar. Ia membahayakan hidupan lain seperti burung,
serangga, katak, ekosistem  laut dan mencemarkan sumber air


* Kejuruteraan genetik menimbulkan kesan sampingan
yang berbahaya. Dengan mencampurkan gen-gen dari
spesis yang langsung tidak berkaitan telah mengakibatkan
kesan yang langsung tidak dapat dijangka seperti
pengeluaran toksin baru, karsinogen dan kekurangan nutrisi


Apa yang pengguna-pengguna ESP Shaklee dapat bile konsisten menggunakannya??

  1. Awet muda - asid  amino penting  untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar dan lain-lain. Pengambilan yang kerap adalah  kunci kepada awet muda
  2. Baik untuk hormon - kacang soya kaya  dengan isoflavones yang berfungsi seakan-akan hormon wanita yang mana boleh membantu merendahkan paras kolestrol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung.
  3. Sangat baik  untuk pemulihan uterus, ovari dan pembesaran prostat
  4. Kulit remaja - merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, mengembalikan keserian kulit dan kepejalan otot yang telah lembik dan  menggeleber. Mempercepatkan proses penyembuhan luka dan mengurangkan kesan parut. (sebab ni la ramai suke ESP)
  5. Pembekal  tenaga - membekalkan tenaga berpanjangan dan meningkatkan sistem imun. Mencegah migrain, insomnia dan tekanan.
  6. Memulihkan pigmentasi - membaiki masalah rambut beruban dan gugur. Membaiki pigmentasi pada kulit seperti kedutan dan jeragat.
  7. Meningkatkan daya ingatan, dorongan seksual dan rangsangan.





Apa yang akan terjadi sekiranya tubuh kite kekurangan protein??

  1. Melemahkan sistem imun badan untuk melawan penyakit.
  2. Badan akan mengalami masalah lebihan air yang tinggi  (edema)
  3. Otot tidak pejal.
  4. Warna rambut cepat luntur (beruban),  gugur dan senang putus.
  5. Pertumbuhan terbantut.
  6. Bermasalah dalam penghadaman, penghasilan darah dan hormon.
  7. Kulit yang kering dan 
  8. Kesakitan otot  dan kerap kejang
  9. Sukar tidur, pening kepala, mual-mual, kemurungan dan boleh pengsan.
  10. Kekurangan protein yang kritikal boleh menyebabkan penyakit kwashiorkor.

contoh pesakit kwashiorkor


















Protein terdiri daripada lebih 20 jenis asid amino. Terdapat asid amino yang boleh dihasilkan oleh tubuh yang dikenali sebagai asid amino tak perlu. Manakala terdapat beberapa jenis asid amino  yang tidak dapat dihasilkan oleh badan dan ini  dinamakan sebagai asid amino perlu.

Shaklee memberi jaminan ESP yang dikeluarkan mampu membekalkan kesemua asid amino perlu, ini kerana Shaklee menggunakan proses pensijilan tersendiri yang dikenali sebagai Identity Preserved Program.

Ini penting bagi memastikan kacang soya yang  digunakan bebas dari sebarang perubahan genetik daripada benih sehingga pengeluarannya. :))



Asid amino perlu =essential acid amino





Sekian  sahaja perkongsian tentang ESP Shaklee, testimoni-testimoni  ESP Shaklee yang sangat memberangsangkan akan saya share di entry lain. Jika anda juga ingin merasakan manfaat ESP Shaklee sendiri, boleh menghubungi saya terus :))


Terima kasih  kerana sudi membaca entri ni :))


2 comments:

  1. bestnye info.. terima kasih yer..

    http://duniakecantikankesihatan.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. same2 terima kasih sudi bace :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen <3

Cari Artikel