Mula-mula rase takut, mcam-macam fikir sakit mase beranakla, nak bersalin hospital manela, takut ade complication, takut kene jahit, takut baby kurang cihat (nauzubillah), macam-macam bersarang dalam kepala ni.
Menangis takyah cite, husband pun pening dan risau, last-last call member baik, dan die cakap 'sakit-sakit ni semua orang akan rase, bende ni sekejap je, awak kene piki anak awak comel, awak nak jaga anak awak...' macam-macam lagi die bagitahu tapi yang highlight tu yang melekat dalam hati ni.
Sekarang dah tak pikir sangat, banyak berdoa dan tawakal disamping makan makanan berkhasiat ketika diakhir-akhir kehamilan. Paling pasti ambil ialah Set Mengandung Shaklee dan makanan-makanan lain. contohnya kurma, minyak kelapa dara, jus delima.
Entri kali ni saya nak kongsikan berkenaan motivasi untuk kurus, ape faktor-faktor yang menyebabkan kita konsisten menjaga badan. Saya bukan pakar motivasi atau kaunseling sekadar berkongsi pengalaman.
Saya mula serius dan nekad untuk kurus semasa berusia 19 tahun, di UKM tahun pertama selepas bekas marka @ ex-bf bagitau camni 'abang tak kisah da camni, tapi kalo kurus lagi suke'. Inilah ayat keramat yang dah ubah mindset saya selama ni.
Bukan die paksa pun nak saya slim, saya sendiri yang nak. Cuti 3rd sem. saya tak balik kampung sebab buat short course, petang-petang confirm free dan saya ambil kesempatan untuk jogging ditrek stadium UKM dari isnin sampai khamis, jumaat balik kampung.
Mula-mula jogging sakit habis satu badan, tambah-tambah paha dan petis , sebab tak panaskan badan, dah sakit-sakit camtu nak jogging balik rase liat.
Tapi saya lawan jugak, saya continue jogging last-last ok, jadi seronok pulak sebab badan rase fit, naik tangga buat kerja banyak-banyak pun tak mengah. Biasanya saya akan jogging 5 round, paling banyak 11 round. Kalau hujan saya akan lari sambil naik tangga, janji peluh keluar. Aii pikir balik macam tak caya je.
Malamnya saya buat part time jadi baby sitter dan maid sekali, kene kemas rumah, basuh pinggan dan lain-lain. Dengar macam senang tapi awal-awal kerja hanya Allah yang tahu, rumah tu memang sangat 'bersih dan kemas'. Sebelum tidur sempat lagi buat sit up, padahal badan dah penat sangat. Petang jogging, malam exercise bersihkan rumah, betul-betul Allah makbulkan doa nak kurus.
Masuk 2nd year, ,mula belajar subjek nutrition, bestnye subjek ni...:)), baru tahu yang selama ni saya amalkan diet yang salah. Time ni lah belajar camne nak kire kalori, cara ukur lemak, berat badan ideal dan macam-macam lagi.
Memang rasa lagi best bila buat sesuatu dengan ilmu, time 2nd year ni saya break dengan bf saya, so time ni tak perlu motivasi pun takpe, sebab kecewa makan hati, automatic tak lalu makan, letakla makanan paling mahal dan sedap pun, saya pandang macam angin lalu je...sob-sob...
Barang yang lepas usah dikenang, bila dah mula diet seronok body slim, saya jadi takut kalau saya gemuk even naik sekilo dua pun. So saya continue kawal makan, tak dapat exercise jogging atau naik tangga sambil lari, saya banyyakan berjalan kaki. Kolej jauh, kadang-kadang sengaja tak naik bas dan jalan kaki balik kolej atau nak pergi kuliah amik jalan yang kene naik tangga dari short cut, so lagi banyak boleh bakar tenaga.
Motivasi lain yang buat saya alert untuk selalu sihat dan kurus ialah arwah ayah saya, saya dan adik beradik lain adalah saksi melihat arwah ayah bertarung dengan macam-macam jenis penyakit dari saya kecik sampailah dia meninggal.
Dulu pernah saya nak argue dengan ayah saya pasal pemakanan, kate ayah saya takpela muda-muda ni makanla macam-macam tua sakit, saya memang tak agree langsung pasal tu, saya jawab kite kene jage makan dari muda, habis tu kenapa dianjurkan puasa sunat....tak sempat habiskan ayat kakak saya dah potong, jangan argue....(dalam hati panasnyeee...)
Arwah ayah saya ada penyakit gout, darah tinggi, kencing manis, batu karang last-last strok, yang buat die lumpuh separuh badan... Tengok betapa deritanya nak menghadapi pelbagai penyakit buat saya takut...takut sakit macam ayah saya.
Bila saya mula berdiet, secara tak sedar saya mula ambil makanan berkhasiat, makan banyak sayur, minum air banyak, makan makanan tinggi serat, kawal pengambilan makanan segera, mampu kawal keinginan untuk makan ikut nafsu sebab fikir nanti gemuk tak cantik dan senang sakit.
Time goes by... Masuk alam kerja, lagi mencabar nak kekalkan berat badan, sebab seharian dipejabat duduk je mengadap komputer. Makan pulak macam-macam, ikut hati nak beli apa, maklumla time ni merasa ade duit sendiri, takdela kawal belanja sangat macam student dulu.
Ramai customer yang wasap saya banyak melalui fasa (carahidup sedentari) ni dan mereka failed untuk kawal diri dari makan sedap-sedap. Al-hasil terbinalah lemak berkoyan-koyan, sedar badan naik bila baju dah tak muat, ade orang tegur dan lain-lain.
Time ni memang lajula search produk kurus, so jupela blog saya, terima kasih ya...:)). Kalau kira dari sudut cost, nak naikkan berat mahal nak turunkan berat pun mahal. Makan macam-macam bukan beli gune duit ke baru boleh terhasil lemak 10-20 kg, time makan sedap je tak ingat...So nak kurus pun akan makan kos juga, cari produk yang selamat, berkesan untuk kurus untuk dibeli dengan duit...
Cara terbaik sentiasa kawal makan, banyakkan bergerak, dan berpuasa. Duit jimat dari naikkan berat mahupun turunkan berat. Cerita sikit tentang puasa, saya sebenarnya seorang yang agak rajin berpuasa (mitak jangan muntah ye).
Teruja betul dengar, so rajinla saya puasa, puasa buat kita sihat, slim secara tak langsung dan jimat duit...sangat sesuai dipraktiskan oleh pelajar-pelajar yang nak kurus. Banyak juga customer saya pelajar universiti dan kolej.
Jujur saya cakap, saya agak pelik jika badan naik ketika belajar, sebab jadual sebagai pelajar memang sibuk, makan pun ala kadar sebab kene jimat duit, dah dapat ptptn memang takde lagi duit dari ayah. Tapi cakap macammana pun if rutin harian suka makan supper berat-berat, makan nasik goreng patayya kat kedai tomyam, good byela body slim.
Mungkin keadaan sekarang berbeza dengan zaman saya dulu sekitar tahun 2002-2005, ada yang call mitak cara diet yang betul, selepas menggunakan produk lain tapi tetap tak turun, harga produk tu pulak mahal yang amat, bila tanye amik duit mane katenye duit ptptn...hadoiii sedih hati akak dik. Duit tu untuk belajar tapi dah kelaut gunanya....
Dah lari dari cerita asal, pasal diet ketika bekerja, sekarang sambung balik. Saya sedar yang cara hidup sedentari akan bawa saya pada saiz badan L atau XL, dan saya takmo sume tu..Apa yang saya lakukan ialah:-
- masih kawal makan
- berpuasa isnin dan kamis
- pilih untuk naik tangga daripada naik lif
- lari setempat selama 30 minit sambil dengar lagu rancak selepas pulang dari kerja
- jalan kaki ke stesen lrt daripada naik kereta
Inilah antara cara yang saya guna untuk kekalkan berat. Pejabat saya ditingkat 7, so setiap hari isnin hingga jumaat saya akan naik tangga, saya lawan keinginan untuk naik lif. Mula-mula memang mengah lama-lama biasa.
Saya jugak pilih untuk berjalan kaki dari rumah kestesen lrt daripada naik kereta, awal-awal memang naik kereta, then saya realize badan saya makin tembam...tak mahuuuu....so dengan berat hati saya jalan kaki pergi balik, tempoh dalam 10-15 mnit, exercisela jugak tu, ok dari takde langsung.
Apa yang buat saya rajin sangat bersenam selepas pulang dari kerja jam 8-9.30 pm, dah penat-penat balik keje nak berlari-lari setempat lagi, sebabnya ialah nak nampak cantik time melancong...hihi...Sebab time berjalan bolehla melaram pakai baju lawa-lawakan...So body wajibla saiz S, barula confident sikit.
Biasa 2-3 minggu sebelum bercuti memang saya disiplin bersenam, nak kecikkan bahagian-bahagian yang besar, so kenela kerja keras. Penat tu sudah pasti, tapi nak cantik punye pasal kugagahkan jua diriku, tolak bantal dan tilam empuk dulu...exercise dah penat-penat mandi, solat dan tidur. Kadang-kadang online dulu pukul 1-2 pagi baru tido....
Memang berkesan lari setempat 30 minit ni, berpeluh sakan lagi best sambil dengar lagu rancak. Sebab badan dah penat lepas balik keje so nak kuatkan diri nak lari memang payah, tapi bila dengar lagu best2 n fast beat so laju cket kaki.
Dan hal yang paling penting sekali ialah kawal makan, saya takkan makan lewat malam, lebih kul 10 malam, kalaupun kebulur sangat saya akan makan sup-sup atau tomyam je itupun amik kuah n sayur, lauk amik sikit je.
berita 8 tahun lepas tentang budaya makan rakyat Malaysia, tak kira siang atau malam makannnn je... |
Pagi saya makan oat segera campur dengan ape2 lauk yang ada dirumah, lama jugak saya bedal oat sebagai ganti nasik, last2 saya boring, so makanla nasik tapi masih jaga kuantiti, biasa nasik saya amik 1 senduk je.
Untuk lunch saya, saya suka amik ulam banyak2 sampai nak tutup polisterine, amik nasik separuh je, kalau tak makan ulam saya akan amik sayur banyakkkk....sampai lenguh jugakla mulut ni mengunyah. Lauk biasa saya pilih yang masak tak banyak minyak sangat. Tapi kalo betul2 nak jaga, kene pilih lauk yang dimasak secara kukus atau bakar atau sup-sup, masak asam pedas, tomyam, masakan yang tanpa santan. Jangan amik yang bergoreng,.
Apemacam sanggup tak?? Maknanya pisang goreng, cekodok, jemput2, keladi goreng, keropok lekor semua termasuk kategori goreng2. Sebab banyak yang saya perhatikan orang-orang yang nak slim ni diorang akan beli makanan-makanan bergoreng sebagai ganti makan nasik. Bagi saya sangatla rugi tindakan ini.
Kenapa rugi?? Sebab makanan bergoreng kalori tinggi sedangkan kandungan nutrisi yang kita dapat dari makanan bergoreng lebih kepada lemak, karbohidrat atau protein, zat-zat makanan lain sikit je... Saya bagi contoh keropok lekor, biasa kita beli rm1 dapat 4 kan, 1 keping bersamaan 90 kalori, kalo 4 keping tak ke 360 kalori...
sedapnyelaa...terliur cheq |
Orang diet biasanya pengambilan kalori dalam sehari sebanyak 1500-1000 kalori, bergantung pada berat badan asal. So dalam 1500 kalori, 360 dah habis pada 4 keping keropok lekor, belum kira makan pagi, lunch dan dinner. Sebab tu saya kate rugi...
Kita kene pandai pilih makanan, makanan yang kenyang tapi low kalori dan biasanya akan kita dapati dari sayuran hijau, bijirin, kekacang, sup sayur, yogurt tanpa lemak dan macam-macam lagi. Tapi tak bermakna kita kene tinggalkan nasi dan lauk ye, perlu makan tapi kuantiti yang sedikit. Saya rasa kene buat entri tentang pengiraan dan penggunaan kalori la...
Ok dah panjang saya membebel, if sudi bace saya ucapkan terima kasih. Ini antara pengalaman saya berdiet dan mengapa saya selalu semangat untuk kurus. Push factor setiap orang tak sama, ade orang kene maki n hina dengan orang yang die admire buat die bangkit untuk kurus. Nak buktikan pada orang yang hina dia yang dia tu sebaliknya...
Dan ade macam-macam alasan lagi yang kuat untuk kita kurus. Paling penting sihat jangan amalkan diet yang merosakkan diri sendiri, saya dulu pernah lakukannya dan ianya amat menyeksakan. Ok jom senaraikan balik ape yang saya cerita dari awal.
Motivasi terkuat untuk saya kurus ialah :-
- nak gembirakan hati insan yang kita sayang
- diet berilmu
- kecewa
- berusaha jaga kesihatan sebab takut sakit macam arwah ayah
- nak nampak cantik bila join trip melancong..(boleh melaram macam-macam baju)
Dah sampai sini je entri ni, lain kali saya cube buat entri ajar macammana nak kira kalori so that kita akan hati-hati untuk makan sesuatu agar tak menyesal di kemudian hari.
Boleh hubungi saya untuk membeli produk Shaklee pada bila-bila masa, saya akan cube reply secepat mungkin, jika lambat saya dahulukan dengan ucapan 'mintak maaf sesangat..' Konsultasi hanya untuk customer yang membeli produk Shaklee dengan saya.
Pesan saya buat mereka yang ingin kurus, jangan sesekali putus asa, pedulikan cakap-cakap orang yang kadang-kadang datang dari orang terdekat yang kita sayang. Mungkin mereka taknak kita susah sebab mereka sayangkan kita.
Tapi kita ade matlamat dan pendirian sendiri, so kene bertegas jangan mudah layu sebelum capai target k. Selalula menambah ilmu tentang cara diet yang betul dan selamat bukan main hentam je. Yang terima nasibmya adalah badan kita sendiri...
Orait, nanti kita sembang lagi k, saya kene stop ni sebab jari asik nak menaip je. Bye...Assalamualaikum...
salam,
ReplyDeletesis dietitian ke? if yes, same like my eldest sister... beliau dr dulu sampai sekarang sangatlah menjaga makan... tak pernah gemuk... huhu...
nice story-sharing ;)
Waalaikumussalam...
DeleteTakdela bukan dietitian pun, cume obses nak kurus je..dulula, sekarang lebih pada nak sihat, so mesti kene amalkan cara hidup sihat, takutla sakit, tak tahan nak tanggung..
lagi satu saya suke nak bergaya pakai baju bajet lawa, so kenela jage badan huhu...
Obesitas menjadi masalah sebagian besar orang di dunia termasuk saya, tidak banyak yang saya lakukan untuk menurunkan berat badan, terutama lari pagi, sarapan sehat, puasa dan minum air putih. Itu beberapa langkah yang saya lakukan selama ini dan hasilnya bagus walaupun perlahan.
ReplyDeleteRamai org yg give up nak kurus sebab diorg tak jadikan permakanan sihat dan sederhana sebagai habit diorg.
ReplyDeleteBoleh baca kat Sado Street tentang mencipta habit untuk kurus.
Dengan menjadikan permakanan sederhana tu satu habit, kita akan lebih konsisten.