Kursus Roti Bergerak Di Muar Johor | Pengedar Vivix Shaklee, Pengedar Shaklee Kuala Lumpur

11 September 2018

// // Leave a Comment

Kursus Roti Bergerak Di Muar Johor

Assalamualaikum semua, apa kaba? Hari ni akak nak share pasal Kursus Roti Bergerak di Muar, minggu lepas. Fresh lagi ni, alhamdulillah semua berjalan lancar.

Customer wasap akak nak belajar buat roti, tapi die kata ade masalah nak datang Batu Pahat and request buat kat Muar. Tapi kami tanye dulu pasal oven and mixer yang die ada.

Oven die kecik so kami bawak oven kami sebijik. 1st time ni buat kelas bergerak, memang banyak betul barang nak diangkut.

Awal-awal pagi lepas breakfast kami gerak ke Muar dalam hujan renyai-renyai, memang sejuk pagi tu. Customer kami tu pengusaha kantin, kalau anak-anak tak balik, die tinggal berdua dengan suaminya, pencen cikgu.

Puan Rasidah namanya. Time kami sampai die beritahu yang anak die baru sampai dari KL, and biar anak die lah yang belajar. Anak sulung dan menantu die.

Susun-susun barang, terus kami mulakan dengan ajar uli roti dengan tangan dulu. Uli roti setengah kilo, hmm memang baling-baling, hentak-hentak dibuatnya.




Setengah kilo tepung lagi tuk diuli dengan mesin tapi malangnya mesin roti tu memang tak kuat nak uli doh, sudahnya memang kene uli dengan tangan.

Nasib baik ada 2 orang yang belajar so due-dua kene uli tangan. Bila setel means doh dah ready. Kita buat next step, timbang and bulatkan doh, kemudian rehatkan biar doh naik.




Sementara tunggu doh naik, kami buat inti apple. Disebabkan proses buat roti tu kami buat diluar rumah, memang cepat je doh naik.

So Kak Zarah (kakak ipar merangkap cikgu roti) tunjukkan cara-cara bentukkan roti berdasarkan semua roti yang kami janji nak ajar.

Akak plak kat dapur siapkan inti apple. Sempat bersembang-sembang dengan Puan Rasidah atau lebih mesra dipanggil Mak Long. Mak Long time tu tengah masak lauk tengahari, asam pedas yang sangat mengancam baunya.

Tugas akak buat inti apple, buat sos butterscotch and pes mexican bun. Dan macam-macam lagi tugas lainla. Bila semua jenis roti dah diajarkan caranya, sementara tunggu roti naik, kami dijamu dengan menu makan tengahari yang sangat best.

Asam pedas, kari ikan, sup ayam and sayur masak sos tiram. Memang berselera kami makan sebab penatkan. Terharu betul dengan tuan rumah.

Bila roti dah naik, ade ujian time nak bakar sebab oven memang tak cukup nak kejarkan roti-roti yang dah naik tu.






Oven tuan rumah plak panas sangat roti terlebih gelap plak, try adjust suhu pun kurang menjadi, bila adjust buat api bawah, dah hangus plak roti bahagian bawahnye.



Roti Golok terlebih bakar




Aduss sayang betul, sebab oven terhad so amik masa yang lama tuk bakar roti-roti sume. Dalam kul 3 kami setel bakar roti kemas-kemas semua and balik.

Dari kelas ni banyak gak pelajaran yang akak boleh ambil, and next time kalau ade kelas bergerak kene pastikan hal yang sama tak berulang lagi.

1. Kene bawak oven yang lebih besar if tuan rumah punye oven kecik
2. Kene bawak mixer kami sebab dibuatnya mixer tuan rumah memang tak boleh uli doh roti
3. Segala inti kami prepare kat rumah lagi senang sebab kene bersaing dapur plak nak masak inti sebab tuan rumah pun tengah sibuk kat dapur huhu
4. Kene bawak mainan lebih untuk anak-anak kesian dengan diorang tunggu lama.

Setakat ni itu je yang perlu diperbaiki, buat kelas bergerak ni memang berganda-ganda penatnya, cas kelas pun kene revise balik sebab memikirkan masa, tenaga, nak angkut segala barang, kos minyak segala.

Tapi apa-apa pun ini adalah permulaan yang baik buat kami. Akan datang kami akan baiki lagi Kursus Roti Bergerak ni supaya perjalanan kelas lebih lancar insyaAllah.


Gambar kenang-kenangan dengan pelajar kak emi dan bard

Cari Artikel