Tahun depan mungkin lebih mencabar dengan situasi ekonomi yang kurang membantu tambah pulak kos sara hidup yang melambung tinggi? Dah bersediakah kita berdepan cabaran mendatang?
Mesti kita revise balik bajet kita. Nak melancong dengan anak-anak pun dalam negara je, jimat kos. Tutup buku cerita nak berjalan ke oversea. Muke pun moyok je...
Macammane kalau kita diberi peluang untuk berjalan, berseronok di Krabi secara free tahun depan? Nak tak?
Peluang Percutian Percuma Ke Krabi selama 4 hari 3 malam. Ada tak yang nak? Ada tak yang terliur? Ada tak yang teringin, free jangan tak percaya, dari flight, hotel, aktiviti, makan semua sponsor. Best tak? Best gilerrr....
Senyum lebar balik. Dalam kepala dah terbayang-bayang pantai Krabi yang berwarna hijau tu, angin sepoi-sepoi bahasa Siam, makanan Thailand yang super sedap dan kemeriahan berjalan disekitar pantai Ao Nang.
Pada bulan November 2011, akak penah pergi Krabi, fuhh memang best wei...Lama trip kami tu sebab mula-mula kami ke Trang dulu, kemudian baru keKrabi. Pergi pun ikut jalan darat, naik bas, naik van, naik tuk-tuk.
Akak nak story pasal Krabi je k. Sebab kalo whole trip panjang sangat plak. Bawak korang terbang sekali kesana.
Kami bertiga, abang, kakak akak dan akak. Abang dan kakak akak ni memang tinggal diThailand, diorangla tolong speak Thai so mudahla perjalanan akak. Alhamdulillah...
Kami gerak naik bas ke Krabi, sampai dalam tengahari camtu, kemudian naik tut-tut moden Thailand.
Tut-tut ni macam teksi kat sana, tapi tempat duduk penumpang memanjang kebelakang dan duduk berhadapan antara satu sama lain.
Tut-tut lama hanya beroda 3 je, tapi sekarang tayar 4 dan lebih besar so ramaila yang boleh naik. Dalam perjalanan nak kehotel dalam tuk-tuk, nampak ramai budak-budak sekolah, orang naik motor ramai, dan yang paling tak boleh lupe (apsal tah) is nampak lori angkut ba alif ba ya.
Nampak je, akak paling muke tak sanggup!
Akak snap info ni dekat stesen bas Krabi |
Dalam tut-tut nak ke hotel |
Kami bermalam kat pekan Krabi dulu sebelum ke Pantai Ao Nang, amik-amik gambar, jalan-jalan sikit. Abang akak bawak kami pergi ke mercu tanda Krabi, tempat tu macam muara sungai.
Katenye selagi takde gambar kat 2 batu ni selagi tu tak sampai Krabi lagi. Amboi...
Ha inila tempatnye, ada 2 bongkah batu besar yang berhadapan, tempat ni macam muara sungai. |
Lagi satu dekat dekat Crab giant ni, mesti amik gambar disini |
Yang special kat pekan Krabi is Night Market die, hari jumaat dan sabtu je ada. Akak suke kraftangan orang Thailand. Cantikla, pandai diorang ni.
Kalau nak beli souvenir, macam keychain, fridge magnet, t-shirt, ukiran sabun ke, ha beli sini, murah. Dekat Pantai Ao Nang mahal sikit. Ok jom kita layan gambar yang sempat akak snap sepanjang disana.
Tak pasti apa nama siput ni, ini menu wajib bila sampai diKrabi |
Ada orang menari break dance atas ni |
Esoknya kami naik tut-tut besar ke Pantai Ao Nang. Lama jugak perjalanan, tak cek plak tapi ada dalam setengah jam kot. Kemudian sampaila di Chandee Guest House.
Tapi betullah, even guest house pun, abang akak banyar rm100++ je tapi bilik tu memang lengkap. Katil xtra, ade ice box kecik, almari besar, toilet cantik, toiletries pun lengkap dengan berus gigi bagai.
Ini kat depan Guest House yang kami tinggal tu |
Ni pun depan Guest House tu...Macam-macam ada. |
Letak barang semua, kami siap-siap then terus jalan-jalan dideretan kedai dipantai Ao Nang dan cari makan, perut dah lapar, tengah jalan-jalan jumpa kedai muslim terus singgah makan. Bedal somtam sedap!
Orang Thai ni memang suka makan ulam, memang biasa diorang hidang apa-apa nasik dengan ulam, ha siap letak air batu tu bagi rangup |
Petang tu, abang akak bawak kami jalan dipantai sebab air tengah surut, so kami jalan jauhhhh...Kalau yang ada anak kecik tu naikla tut-tut, kami memang niat nak bakar lemak so jalanla...
Yang rare is tengok haiwan-haiwan laut kecil, cengkerang-cengkerang yang masih hidup. Biasa duk tengok yang dah matikan. Yang jadi makanan atau perhiasan.
Akak plak memang orang bandar, jakun tengok bende-bende camni. Tapi seriously memang bestla jalan kat pantai petang-petang.
Angin bayu yang mencium pipi, pasir pantai yang lembut, sinaran matahari petang yang SubhanAllah... sakan akak bergambar. Sesiapa yang akan keKrabi, wajib berjalan kat pantai time air surut ni.
Balik hotel dah maghrib, kami balik hotel, mandi, solat siap balik nak keluar. Haha...cam tak penat langsung, abang akak tido dulu...kami tak puas lagi meronda pantai Ao Nang.
Night life kat sana lagi meriah, jalan sikit je ade brader tegur, masat-masat...jalan lagi ade lagi kakak comey tegur masat-masat...
Service massage 1 badan ade, kaki aje ade, mana-mana yang kite prefer amik jela. Penuh mat salleh, tempat-tempat minum arak pun bersepah huhu....
Malam tu akak beli pancake Krabi, bagus orang Thai kat Krabi ni, pandai plak diorang speaking London. So senang la nak berkomunikasi dengan diorang...
Pancake diorang rupe-rupenya roti canai da... |
Esoknya kami beraktiviti Island Hoping. Kami tunggu kenderaan amik kami dihotel, terkejut akak yang datang rupe-rupenye lori, haha...ingatkan bas ke van ke...
Kami ambil pakej Island Hopping ke 4 pulau dari Baracuddas, salah satu pakej Muslim so makanannya pun confirm halal.
Akak tak ingatla nama-nama pulau yang kami singgah tu. Satu je yang ingat iaitu Hong Island. Kata tour guide kami tu Hong Island tu asal namanya Pulau Bilik.
Pulau ni unik, sebab ia dikelilingi oleh pokok-pokok menyebabkan ia nampak macam bilik, kemudian ada satu pintu untuk masuk. Ha gitu....
Ha nama asalnya bahasa Melayu tau, yela orang Krabi pun ramai orang Melayu. Pulau-pulau kat Thailand tu bersepah orang Melayu. Tapi ditukar namanya ke Hong=Bilik. Dalam bahasa Siam bilik is hong.
Huuu...bile tahu camtu rase sedih jugak. Mungkin sebab akak ni pecinta sejarah dan peradaban orang Melayu so terkilan cket.
Permandangan di waktu pagi, cantik tak? |
Kat sini jugak kami bertiga berkayak keliling pulau. Tapi gambar berkayak takde sebab camera mitak tolong tour guide pegang...ni la part paling menyesal.
Penat wei berkayak keliling pulau ni. Sampai satu tempat tu kami tak jumpe sorang pun peserta trip lain. Cuma kami bertiga ja.
Dalam hati akak dah risau cuak, piki macam-macam. Kayuh punye kayuh ade jugak jumpa manusia lain. Alhamdulillah lega...
Setel Island Hopping, kami diturunkan di Pulau Railey, salah satu pulau diKrabi. Cerita kat Railey lain entry la ye...
Melancong ni memang menggembirakan hatila, betul, tu yang kalau kita perasan orang yang suke berjalan ni akan selalu berjalan, ada ja, kejap update Fb ke Australia, kejap Korea, kejap India...
Die semacam ketagihan gitu. Ada sensasi yang sukar dijelaskan dan tidak terdapat ditanah air sendiri. Ewaahhhh meh pinjam ayat novel sikit.
Ok sekarang kita masuk part yang paling ditunggu-tunggu iaitu bagaimana nak dapatkan Percutian Percuma KeKrabi ni. Kata orang no pain no gain betul tak? Tapi takla pain sangat kot...Sihat walafiat ja...hihi...
Begini,
Pertama : Anda hendaklah mendaftar sebagai ahli Shaklee dibawah saya.
Kedua : Anda perlu menggunakan produk Shaklee, berkongsi pengalaman, manfaat yang anda rasa pada semua.
Ketiga : Lakukan langkah kedua secara sungguh-sungguh dan konsisten agar mampu menghasilkan jualan sebanyak RM10,000.
Keempat : Ulang langkah kedua dan ketiga dan maintain hasilkan jualan sebanyak RM8000.
Kelima : Lakukan langkah keempat selama 5 bulan berturut-turut, maka ganjarannya ialah Percutian Percuma ke Krabi 4 hari 3 malam.
Saya yakin mesti dalam kepala anda fikir alamak susahnya...padam perkataan susah. Tak susah pun sebenarnya. Persoalan die anda nak atau taknak itu aje.
Kalau nak bukan setakat RM10,000. Rm20,000 pun tak jadi hal. Plus dengan jualan yang anda lakukan, anda akan dapat bonus setiap bulan dari Shaklee.
Boleh tampung belanja rumah, bayar duit kete, sewa umah, personal loan, belanja anak-anak semua.
Ha untung tak? Time orang lain berjimat cermat, tolak duit itu ini kita boleh buat saving xtra plus menabung untuk berjalan lagi ha apemacam?
Jom cabar diri. Jika anda seorang yang bersungguh-sungguh, fokus bekerja, fokus pada matlamat, tidak putus asa, rajin, suka belajar, mampu rendahkan ego untuk belajar, tiada alasan dan pantang menyerah.
Maka tak lain tak bukan andalah orang yang selayaknya berjaya dalam apa jua lingkungan, bidang atau apa saja yang anda lakukan.
Akak takmo bagi janji manis-manis sangat, sebab berniaga ni kene ada hati yang kental, tapi kalau difikirkan semula buat bisnes Shaklee banyak dah yang senang.
Produk dah popular dan dah sangat diyakini kehebatannya, kesannya, kualiti dan tahap keselamatan yang tiada kompromi.
So kita tak perlu nak intro, nak kenalkan produk pada market sebab orang ramai dah tahu.
Produk Shaklee dah 59 tahun dipasaran, lagi berapa hari je masuk 60 tahun. Ingat mudah ke nak bertahan 60 tahun?
Disebabkan produk Shaklee bagus dan popular so natijahnya is customer cari kita. Tapi kite perlula buat marketing jugak yang kita ni Shaklee Independent Distributor.
Iya, memang customer cari. Even kadang-kadang kita dah market baik punya. Still ada customer kata susah nak cari pengedar Shaklee berdekatan.
Ha nampak tak? Produk Shaklee high demand! Mustahil ke untuk dapatkan trip ni. Sangat tidak mustahil.
Kalau kita kerja berhempas pulas achieve level demand by company tempat kita kerja consecutively setahun pun belum tentu company nak bagi free trip. Akak sendiri experience... hmmm...
Trip special ni dibawah kelolaan MASTER SALWA, iaitu upline akak. Bukan insentif dari Shaklee. Harap jangan ada yang salah paham. Ini inisiatif Master Salwa untuk bagi rewards special untuk anak-anak Shaklee die yang kuat berusaha.
So jom sahut cabaran ni, cabaran 2016, pastinya lebih mencabar. Tapi bukan untuk kita terima je, hadap je ape pun.
Tapi untuk kita cari jalan, ikhtiar dengan segenap anugerah yang Allah dah bagi. Tubuh badan yang sihat, ibubapa, anak-anak, isteri/suami.
Semua ini adalah ledakan semangat kita untuk terus berusaha apapun badai yang bakal datang.
Dengan latihan, sokongan, ilmu yang bakal dikongsi dengan anda. Anda bagi 100% effort. Ucapan selayaknya untuk anda ialah...Selamat Datang Ke Krabi.
Cepat - cepat ambil iphone, smartphone anda, boleh call/sms/wasap/telegram akak, Huda di +6014-9209040. Akak dah ready nak reply ni ;)
Jika anda senang berhubung melalui Facebook pun boleh. Pm akak kat Fb Norulhuda Seman. Akak reply asap.
Ok jumpa di Krabi.
Disclaimer : Trip Percuma Ke Krabi adalah dibawah kelolaan MASTER SALWA. Bukan dari pihak Shaklee. Sebarang persoalan sila hubungi saya sendiri Huda di +6014-920-9040.
wah bestnya dapat percutian percuma, kalau usaha rajin dan konsisten pasti boleh ke sana ;)
ReplyDeleteMenariknya percutian ke krabi, lautnya membiru
ReplyDeleteTerima kasih atas info yang sangat berguna. Jika anda berminat untuk mendapatkan pakej cuti bajet ke Krabi Thailand serendah RM180 seorang, layari laman web kami (www.ohtravel.my) untuk maklumat lanjut. Terima kasih!
ReplyDelete