Air terjun Serendah Dan Taman Layang-Layang Kepong | PENGEDAR VIVIX SHAKLEE KUALA LUMPUR

06 January 2016

// // 1 comment

Air terjun Serendah Dan Taman Layang-Layang Kepong

Assalamualaikum semua...Isnin pertama tahun 2016, untuk parents yang 1st time hantar anak ke sekolah mesti excitedkan. News Feed kat Fb pun penuh update tu je..

Ok akak nak share tempat yang kami pergi last Saturday. Picnic ke Air Terjun Serendah, plan asal . nak ke Port Dickson tapi cancel.



Lama jugak perjalanan kami kesana, husband guna apps Waze sebab memang tak pernah sampai kesana. Time kami sampai orang pun tak ramai lagi. Ade parking lot siap-siap, so senang parking.

Tempat die kecik je, ada taman permainan, kedai yang berniaga pun bukak satu je, toilet, tapi toilet gelap takde lampu, kebersihan so so...

Sepanjang jalan sebelum sampai ke Air Terjun Serendah  kiri kanan jalan penuh dengan penempatan orang Asli, tapi kira orang Asli modenla...tinggal rumah batu yang kerajaan buat.






Kami sarapan dulu, bawak nasik lemak and sandwiches. Dah makan kenyang-kenyang baru terjun air. Sejukkkkk, husband mandi kejap then naik tak tahan katanya.

Memandangkan orang tak bape ramai so akak berendamla lama sikit. Bawak Mujahid main air, die suke tapi nak rendam dalam-dalam takut pulak.


Kalau ikutkan hati nak pergi mandi bawah air jatuh tapi tak berdaya, air tolak kuat, nak pergi rapat dengan tempat air jatuh pun tak mampu. Plus sejuk sangat...

Puas main air, kami pun pulang. Penat wei main air tapi puas hati.

Petang tu selepas solat asar kami pergi ke Taman Layang-Layang Kepong.  Hajat hati nak exercise bagi keluar peluh. Tapi lain pulak yang jadi.

Perjalanan je dekat sejam. Pukul 630 petang baru sampai, alahai nak sempat buat apa sangat. Ramai orang, Melayu, Cina, India, Bangla, muda, tua, kanak-kanak, dewasa, baby semua ada.

Orang berniaga pun berderet. Ada jual rojak, air mineral, air tin, rambutan, keropok lekor, ayam uncle bob, cheese kek leleh, buah potong, ais krim dll

Permainan pun macam-macam. Ada motor sport mini, roller blade, basikal, ada jugak yang kugiran buat show, dengar dari jauh je sayup-sayup lagu Hazama.

Memang meriah!

Kami beli keropok lekor, air mineral dan buah jambu. Jalan sikit-sikit, tak sempat round pun sebab masa suntuk.

Yang best tengok layang-layang kat udara. Ada yang memang terbang tinggi betul, kagum kami tengok.



Mujahid pun enjoy jalan atas padang rumput, bukan main laju lagi seronok sebab kasut die ada bunyi.

Sebelum balik kami jenguk kat tasik tengok ikan keli besar paha banyak gila. Bergumpal-gumpal, bila bagi roti ke ape-ape makanan lagi galak, lagi banyak yang datang...




Senja pun datang, matahari nak beransur kami pun pulang sebab dah gelap. Dah sampai rumah macam nak ajak husband keluar lagi makan mee celup tapi die dah tak larat katanya hihi...

1 comment:

  1. wah satu saat hujung minggu yang indah dan relax namanya

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen <3

Cari Artikel