Percutian di Taiping Perak, Pulau Pinang dan Pekan Pahang Sempena Cuti CNY Part 2 | Pengedar Vivix Shaklee, Pengedar Shaklee Kuala Lumpur

14 February 2017

// // Leave a Comment

Percutian di Taiping Perak, Pulau Pinang dan Pekan Pahang Sempena Cuti CNY Part 2

28 Januari 2017, Tahun Baru Cina, petang dalam jam 3 kami gerak ke Pulau Pinang naik Jambatan ke-2 tau nama rasminya Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah sebab katanya Jambatan Pulau Pinang confirm sesak time ni. Ramai masuk Penang melalui Jambatan Pulau Pinang sebab terus tembus Goerge Town.

Kalau lalu jambatan ke-2, sampai dikawasan industri huhu patutla time naik jambatan tak sesak.





Sampai je Pulau Pinang, kami pergi tengok ikan di Akuarium TAR (Tunku Abdul Rahman) Penang di Batu Maung. Husband la yang excited, family mertua memang seronok dengan ikan. Hobi diorang sume mancing. Akak tak geng sangatla dalam hal gini hihi...

Tiket masuk murah je rm 5 untuk dewasa, kanak-kanak rm 2, veteren free. Cantik sangat-sangat ikan kat sini. Jom tengok, gambar akak amik dari Facebook Akuarium Tunku Abdul Rahman hihi...














Last part is kolam terbuka dengan macam-macam jenis ikan and penyu pun ada. Mujahid and ayahnya bagi makan ikan. Akak perati jela huhu...

Nak balik tu kami diperdaya tuk beli gambar famili kat cni. Biasalakan masuk mane2 mesti ade jurugambar berminat dengan kita, diajaknya bergambar ramai-ramai 1 keluarga. Sebelum ni haram kami tak beli.

Harga lak memang cekik darah, yang besar sekeping rm50, kecik rm40. Ha kau memang semput akak dengar harga die tu. Nego punye nego dapatla sekeping rm30 tuk gambar besar saiz A4. Okla tu...











Keluar dari Akuarium Penang, kami pergi Muzium Coklat, tapi malangnya dah tutup sebab kami sampai tu dah dekat kul 6 huhu sedih and keciwa diriku.

Kami pun sambung-sambung jalan kat Penang and singgah sekejap kat Padang Kota. Ramai orang almaklum cuti. Duduk kejap je sembang-sembang, makan ice cream then balik. Time ni pun dah penat sebenarnya huhu...



Balik tu husband kakak ipar nak merasa naik feri, so kami pun tunggula turn naik feri. Gabra takut naik feri lain-lain je, sebab kami konvoi 3 kereta. Last2 kereta kami paling depan sekali. Fuhh excited, best jugak naik feri malam-malam.

Angin sejuk, air laut berlari-lari dicium feri, nampak Jambatan Pulau Pinang yang dipagari lampu indah...

Time ni muka masing-masing macam lepat huhu ...

Sebelum balik rumah kami singgah makan di Alka Ria. Diorang ni pioneer jual Char Kuey Teow. Sedap Char Kuey Teownya tapi pada akak cam manis cket. Akak ade buat video tapi takmo upload muka dah minyak2 habis huhu...

Sampai rumah jam 12 malam, fuhh memang penat habis, lembik semua orang. Sakit habis badan, lenguh bahu, tangan seharian dukung Wafa Nurhani. Sebelum tido tak lupa akak makan Ostematrix Shaklee supaya segar bangun pagi esok, sakit-sakit badan hilang, pembuangan esoknya lancar.

Ok nanti kita sambung story tuk part jalan-jalan kat Taiping k

Cari Artikel