B Complex Shaklee Paling Lengkap, Murah dan Diakui KKM | Pengedar Vivix Shaklee, Pengedar Shaklee Kuala Lumpur

13 April 2018

// // Leave a Comment

B Complex Shaklee Paling Lengkap, Murah dan Diakui KKM

Assalamualaikum semua, apa khabar? Hari ni akak nak share pasal vitamin penting yang selalu orang abaikan iaitu vitamin B Complex. Kalau kita nak membeli vitamin B Complex, pilihlah B Complex Shaklee kerana B Complex Shaklee lah yang Paling Lengkap Murah dan Diakui KKM.

Kenapa akak cakap yang B Complex Shaklee Paling Lengkap Murah dan Diakui KKM, nanti akak terangkan dalam entry ini. Sabaq naa...

Secara umumnya B Complex berfungsi menukarkan makanan kita menjadi tenaga, menjadikan kita bertenaga sepanjang hari.

Dari sekecil-kecil DNA, hingga menjaga kulit, rambut yang sihat, menghalang kemurungan, migrain, kesihatan mata hinggalah kepada kuatkan memori. Semua ini ada peranan B Complex.



Sepertimana yang kita tahu vitamin B ni vitamin larut air, sebarang lebihan memang akan dibuang takde yang disimpan.

Badan kita pun memang tak mampu nak bina sendiri vitamin B, so nak taknak memang kita perlu dapatkan dari sumber makanan kita.

Biasa orang mengandung doktor bagi asid folik kan? Mungkin ada yang tak tahu yang asid folik adalah sebahagan dari kumpulan Vitamin B Complex.

Kalau kita tengok iklan shampu Panthene sibuk die duk canang vitamin B5, vitamin B5, so vitamin B5 tu apa and apa fungsi die untuk rambut? Sama macam asid folik, apa peranan yang sangat besar sampai mak mengandung je memang doktor wajibkan amik asid folik?

Banyak asid folik dipasaran tetapi asid folik dalam B Complex Shaklee pertama kali dicipta secara semulajadi dengan keboleh serapan (bioavaiability) yang sangat tinggi dan berkualiti. Dipasaran lebih 90% asid folik adalah sintetik!

Vitamin B Complex terdiri daripada 8 jenis vitamin B iaitu

  • Vitamin B1 (thiamin), 
  • Vitamin B2 (riboflavin), 
  • Vitamin B3 (niacin), 
  • Vitamin B5 (asid panthothenic), 
  • Vitamin B6 (pyridoxine), 
  • Vitamin B7 (biotin), 
  • Vitamin B9 (asid folik) 
  • Vitamin B12 (cobalamine).


Kesemua 8 komponen ini perlu ada pada B Complex untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna.

Jumlah Biotin dan Asid Folik adalah 100% mengikut saranan RDA (Recommended Dietary Allowance). Special sangat B Complex Shaklee sebab disahkan selamat dan terbaik  olek KKM sendiri.

Beli B Complex Shaklee ni tak kene GST tau, ha untung tak? Pasai pa takde GST sebab B Complex Shaklee dah disenaraikan sebagai National Essential List Medicine.

So jom kita tengok setiap fungsi vitamin dalam vitamin B Complex

Vitamin B1 (Thiamin)

Sehingga tahun 1930, beribu orang mati setiap tahun disebabkan penyakit sistem saraf pusat  yang dinamakan beriberi. Penyakit ini merosakkan saraf, menjadikan pesakit lumpuh, sakit mental dan mati. 

Pada tahun 1930, saintis menjumpai bahan dalam makanan yang mampu mengelakkan penyakit ini. Bahan tersebu dinamakan thiamin, juga dikenali sebagai vitamin B1. Selepas itu tepung dipasaran diperkaya dengan vitamin B1 untuk mengelakkan penyakit beriberi.




Vitamin B1 berfungsi

  • Meningkatkan peredaran darah
  • Membantu pembentukan sel darah merah
  • Membantu proses metabolisme karbohidrat
  • Diperlukan untuk membina asid hidroklorik (penting untuk pencernaan makanan)
  • Membantu menukarkan glukosa darah menjadi simpanan lemak
  • Mengekalkan penghantaran impuls saraf yang betul
  • Mengoptimumkan aktiviti kognitif dan kekalkan fungsi otak

Vitamin B2 ( Riboflavin)

Penyebab urin bertukar menjadi kuning neon, atau warna kuning terang. Ramai orang rasa ada yang tak kene bila ambil suplemen shaklee (umumnya), bila diorang pee pee, urin tu warna die jadi kuning yang terang.

Pada yang tak tau mulala kata Shaklee ni macam-macam. Tu la kalau tak tau tanye, jangan main cakap je

Bila kita ambil B Complex (khususnya) memang urin kita akan jadi warna kuning terang. Ini semua disebabkan badan kita menyerap sepenuhnya Riboflavin dan lebihan akan dibuang melalui urin. Riboflavin juga dikenali sebagai vitamin B2 dan berfungsi :-



  • Membantu proses metabolisme karbohidrat, lemak dan protein
  • Membantu pembentukan sel darah merah, sel pertahanan dan sel pernafasan
  • Membantu penggunaan oksigen oleh tisu kulit, membran mukus, kuku dan rambut
  • Membantu elakkan katarak mata dan mata lesu
  • Penting semasa mengandung untuk membantu pertumbuhan bayi yang normal
  • Mengurangkan sakit migrain secara signifikan

Vitamin B3 (Niacin)


  • Niacin berperanan dalam lebih 50 proses dalam tubuh kita.
  • Membantu proses metabolisme karbohidrat, lemak dan protein
  • Diperlukan untuk membina asid hidroklorik (penting untuk pencernaan makanan)
  • Terlibat dalam perembesan hempedu dan cecair dalam perut
  • Diperlukan dalam pembentukan sel darah merah, peredaran darah dan bantu merendahkan kolestrol
  • Membantu mengekalkan kulit, saraf dan salur darah yang sihat
  • Mengawal paras gula dalam darah
  • Diperlukan untuk sintesis hormon seks
  • Detoks tubuh daripada sesetengah bahan kimia dan dadah.
  • Perlu untuk fungsi mental yang normal
  • Dose Niacin yang tinggi membantu merendahkan kolestrol dan seimbangkan HDL dan LDL.

Vitamin B5 (Asid Panthothenic)


Ha ni die vitamin dalam shampu Panthene, entah-entah perkataan Panthene asal dari Panthothenic hihi...agak jela. Jom kita tengok fungsi vitamin B5 ni

  • Diperlukan oleh setiap sel didalam badan 
  • Terlibat dalam lebih 100 fungsi metabolik yang berbeza termasuklah metabolisma tenaga oleh karbohidrat, protein, lipid, sintesis lipid, neurotransmiter, hormon steroid, porifrin dan hemoglobin.
  • Membantu pembentukan sel darah merah
  • Membantu pembentukan hempedu
  • Penting untuk fungsi saluran usus yang normal.
  • Membantu meningkatkan stamina 
  • Membantu melawan kemurungan

Vitamin B6 (Piridoksin)



Vitamin paling bz berbanding sahabat vitamin dalam kumpulan B Complex, sebab lebih banyak terlibat dalam fungsi badan. Seperti sahabat lain vitamin B6 terlibat didalam metabolisme karbohidrat, lemak dan protein. Antara fungsi lain
  • Menyokong sistem imun, sistem saraf dan fungsi mental
  • Diperlukan dalam penghantaran impuls saraf didalam otak
  • Membantu menghasilkan antibodi
  • Mengekalkan keseimbangan Natrium-Magnesium
  • Membantu pembentukan sel darah merah
  • Membantu sistesis RNA dan DNA
  • Menghalang pembentukan homosistein (bahan kimia toksik yang menyerang otot jantung menyebabkan pembentukan kolestrol)
  • Digunakan sebagai rawatan untuk merendahkan risiko sakit jantung
  • Mengatasi rasa loya semasa mengandung
  • Membantu mengurangkan gejala PMS (premenstruel syndrome)
  • Bergabung dengan Magnesium, vitamin B6 memberi kesan positif keatas kelakuan pesakit autism

Vitamin B7 (Biotin)



Vitamin paling mahal dalam kalangan sahabat-sahabat B Complex lain. Terkenal sebagai agen pelembap dalam shampu, perapi dan krim kulit. Sama seperti vitamin B lain vitamin B7 terlibat didalam metabolisme karbohidrat, lemak dan protein. Fungsi-fungsi lain :-

  • Membantu pertumbuhan sel
  • Penting dalam pembentukan asid lemak
  • Wajib ada didalam badan untuk metabolisme vitamin B lain
  • Membantu fungsi kelenjar peluh, tisu saraf, tulang sum-sum
  • Menghilangkan sakit otot


Folik asid ni paling femes dalam kalangan kumpulan B Complex. Juga dikenali sebagai Folate. Mak-mak mengandung je mesti doktor bagi asid folik kan. Fungsinya yang sangat penting iaitu :-

  • Menghalang kelahiran pra-matang dan bayi kurang berat badan
  • Menghalang kecacatan tiub neural seperti spina bifida dan anancephaly semasa proses pembesaran fetus.
  • Diperlukan untuk sistem saraf yang sihat
  • Membantu pembentukan sel darah merah, metabolisma protein, sisntesis DNA dan RNA.
  • Penting dalam pembahagian dan replikasi sel.
  • Membantu pengeluaran sel darah putih 
  • Membantu fungsi sistem imun 


Last but not least, Vitamin B12 terkenal dengan fungsinya mengelakkan sakit anemia. Vitamin B12 bekerjasama dengan asid folik untuk membentuk sel darah merah. Seperti vitamin B lain vitamin B12 juga berfungsi dalam metabolisma karbohidrat, lemak dan protein. Cobalamin juga berfungsi :-

  • Menyerap dan menggunakan zat besi
  • Membantu pembentukan sel, jangka hayat sel dan sangat kritikal dalam pengeluaran RNA dan DNA.
  • Membantu mengekalkan kesuburan
  • Membantu menghasilkan myelin (sarung pelindung disekeliling saraf) dan asetilkolin (sejenis neurotransmitter yang membantu proses pembelajaran dan memori)
  • Meningkatkan kesuburan lelaki
Macam-macam fungsi B Complex ni dan memang sangat penting untuk kita dapatkan dalam jumlah yang mencukupi. Kalau dari sumber makanan kita, ape makanan yang akan membantu kita memenuhi keperluan badan terhadap kesemua 8 jenis vitamin B?

Sumber B Complex ni banyak dan pelbagai dan sebenarnya takde satu makanan pun yang ada semua jenis B Complex. So kita mesti makan dari pelbagai sumber makanan. Berikut merupakan 10 sumber terbaik B Complex

  • Ikan
  • Hati lembu
  • Ayam
  • Telur dan sumber tenusu
  • Kekacang
  • Susu soya yang diperkaya
  • Oat
  • Kacang-kacang dan bijian
  • Bayam
  • Pisang

Ape yang berlaku dalam badan kita jika kekurangan vitamin B Complex?

Simptom-simptom Kekurangan Vitamin B Complex

1. Kekurangan vitamin B, terutamanya B12 boleh menyebabkan anemia- kurang sel darah merah. Pengidap anemia lazimya selalu penat, pening, pucat, sesak nafas, rasa macam melayang, kurang selera makan dan kurang berat badan

2. Simptom lain apabila badan kekurangan vitamin B12 ialah sakit lidah, ulser mulut, kemurungan dan cepat marah



3. Jika pengidap anemia kekurangan vitamin B9 (asid folik), pesakit tersebut mungkin kebas-kebas, lemah otot dan kemurungan.

4. Kekurangan vitamin B6 mungkin mengakibatkan masalah kulit seperti gatal-gatal, kulit kering, kulit naik merah-merah. Ia juga meningkatkan risiko terkena jangkitan.

5. Simptom lain yang mingkin berlaku adalah gangguan pada usus seperti muntah, loya dan cirit-birit.

6. Kekurangan Cobalamin dan asid folik akan menyebabkan kemurungan dan nyanyuk.

Golongan yang memerlukan vitamin B Complex

1. Pesakit Anemia

2. Perokok

3. Orang yang mengambil alkohol

4. Pengamal diet vegetarian

5. Ibu mengandung dan menyusu

6. Individu yang tertekan secara emosi

7. Orang yang mengalami kecederaan fizikal

Selain daripada mereka-mereka ni, ada beberapa isu kesihatan yang memerlukan kita mengambil B Complex sebagai suplemen harian. Seperti isu

1. Jerawat
2. Kulit kusam
3. Orang yang tertekan
4. Orang yang selalu penat
5. Orang yang cepat marah
6. Orang yang keguguran rambut
7. Pesakit migrain
8. Pelajar yang aktif
8. Pesakit darah tinggi
9. Pesakit kencing manis
10. Orang yang senggugut teruk

Vitamin B Complex ni jugak sangat membantu ibu-ibu yang penat uruskan rumahtangga dengan anak-anak kecik yang sedang melasak, urusan harian yang tak penah habis.

Kita pun penat tak penah habis akan cepat melenting pada anak-anak kecik. Bila piki2 balik alahai kesiannya anak aku, nyesal tak sudah lepas tu. Tapi hal ni berulang-berulang huhu..



So akak sangat syorkan B Complex ni untuk bantu tingkatkan tenaga, kawal emosi mak-mak ni. Sebab akak dah experience sendiri kan.

Nowadays tugas ibu memang mencabar, mak bekerja ke surirumah ke masing-masing ade cabaran.
Kalau mak bekerja dengan stress kat tempat keje balik rumah sambung tugas isteri dan ibu. Memang terpempas habis badan ni.

Pada akak penjagaan kesihatan dengan pembelian suplemen Shaklee ni sebenarnya reward untuk diri kita.Kita jaga diri kita sekarang dan akan datang. B Complex ni murah je, kalau kita sekali makan kat Resipi Rahsia dah separuh dari harga B Complex Shaklee

Orait dah banyak dah akak cerita pasal B Complex Shaklee ni. Jika anda rasa B Complex Shaklee suplemen pilihan harian anda kerana ia Paling Lengkap, Murah dan Diakui KKM boleh hubungi akak tuk dapatkannya.


Jika ingin mendapatkan produk Shaklee. cari pengedar Shaklee yang memang terlatih untuk consult masalah anda ye. Akak bernaung dalam group SuperStarz, berpengalaman 21 tahun menggunakan produk Shaklee dan konsultasi yang kami berikan dibimbing oleh pakar nutrisi dan doktor ye.

Ha bukan sembarang punye sembang. Harga B Complex hanya rm58 sahaja untuk 120 tablets, cukup stok 4 bulan. Murah tak murah sebulan cuma keluar rm 14.50, sebijik cuma rm 0.48 sahaja!

Untuk semua nikmat kesihatan yang diberikan oleh B Complex, anda hanya laburkan rm0.48 je sehari, berbaloi ke berbaloi ni?

Jom buat pelaburan sangat berbaloi dengan hubungi akak sekarang k. Klik link wasap ni
www.wasap.my/60149209040/nakshaklee

Boleh call terus kalau tak senang nak wasap. Orait tu je, hopefully entry ni membantu anda dan thanks sudi baca hingga tamat.





                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                     











Kekurangan Vitamin B1 menyebabkan

  • hilang selera makan
  • sembelit
  • cepat penat
  • cepat lupa
  • gangguan gastrousus
  • denyutan jantung tak sekata
  • kebas kaki dan tangan
  •           




Cari Artikel