Trip keHatyai Tomyam Paling Sedap Bukan diThailand | Pengedar Vivix Shaklee, Pengedar Shaklee Kuala Lumpur

23 March 2015

// // 5 comments

Trip keHatyai Tomyam Paling Sedap Bukan diThailand

Assalamualaikum semua...apa kaba iman kita hari ini, semakin berganjak usia ni sepatutnya iman kita pun makin bertambah atau sebaliknya...kene hisab diri selalu ni :)


Entri kali ni saye nak share pasal Trip keHatyai dan dari sini saya discover tomyam yang paling sedap pernah saye makan. Waktu zaman bujang dulu rajinla saya berjalan. Sebelum tu saye story sikit pasal kampung saya.


Kampung saya diYala Thailand, pernah dengar? Mesti tahukan, ye tempat famous yang bergolak diselatan Thailand selain Pattani dan Narathiwat. Sebab mak saye asal sane, so tiap kali balik kampung maka tujuan kami pasti Yala.


Tiap kali balik sana, saya memang excited untuk makan macam-macam. Rindu nak membaham (ganas ni) nasi kerabu, pulut ayam, nasi air (bubur nasi), mee celup, somtam, goreng pisang, ape lagi ye? Macam-macamla...even semua tu ade kat Malaysia tapi rase originality tu memang tak boleh lawan.


Keluarga kami tinggal di Soi Ha, Talat Kau (tak taula eja betul atau tidak), tapi translatenye Lorong Lima Kedai Buruk, berhadapan sekolah agama. Tiap kali balik kampung mesti berbunga je hati ini. Tapi dengan macam-macam hal yang berlaku disana, ada juga rasa takut.



Time amik ni dari atas tren, inilah permulaan kedai buruk 

Betullah memang orang belah Thailand banyak makan pulut, orang kata sebab tu kulit cerah. Betul atau tak saye tak sure, tapi hal yang pasti pemuda-pemuda disana memang ramai yang good looking, kacak-kacak belaka. Dan kaum hawa depa pun bukan main kulit halus, cerah, hidung tinggi, badan pun ramping-ramping.


Saya tak tambah perisa tau. Ini memang kebenaran tau, tak tipu. Ok kita cerita balik pasal tomyam. Ada sekali balik sana tahun 2011, memang excited sebab dah lama tak balik lebih 3 tahun tak silap. Misi nak balas dendam makan macam-macam. Paling tak sabar nak makan tomyam paling authentic atau paling asli sekali.


Inilah yang ada dalam kepala, fikirkan kesedapan tomyam yang buat kita asyik teringat je, kalah rindu pada kekasih...amboi. So 1st day sampai sane, malam tu juga saye request dengan kakak kata nak makan tomyam sedap.


So kakak saya pun bawalah saya kekedai kawan kami. Penuh student makan kat situ, Memang laku, so kami pun order tomyam special...balik tu memang saye dah tak sabar nak ngap. Bila suakan je sudu kemulut, emmmmm....kecewa:(, tak sedap sangatla, tak tau ape yang tak kena tapi overall rasa tomyam tu so, so je....huuuuuu sedih.



Esoknye pagi-pagi lagi kami bersiap untuk keHatyai jumpa dengan abang yang kerja disana. Dari Yala tu naik keretapi jam 7 pagi, 2 jam perjalanan sampaila ke Hatyai. Semua keretapi pagi diThailand free, tak perlu bayar, bagus jugak depa ni. Kat atas tren ni sibuk snap gambar permandangan. Lama-lama tu dah start mengantuk..huhu...















Time ni 1st time ke Hatyai memang excited sangat. Bila sampai kesana, kami pusing-pusing bandar dulu. Besar bandar Hatyai ni, ramai pelancong Malaysia hihi...


Kalau nak shopping baju memang heavan. Berderet kedai baju pulak cantik-cantik. Tapi kekangan nak shopping sakan is cuaca yang panas, lagi panas sikit dari Malaysia, fuhh...




Saya banyak beli baju dekat pasar besar Hatyai, tak pasti nama apa, kat dalam tu tak panas so bolehla nak belek-belek. Sampailah tengahari perut lapar, jumpa abang saya kami terus cari kedai untuk makan plus masjid nak solat.






Gambar dibawah dalam Pasar Besar Hatyai.







Saya beli 1 beg dengan mamat cina ni, murah je 300 thai baht~rm30, beg tu tahan sampai sekarang, tak rosak, tak terkopek, menggelupas sume takde, maintain je...huuu kadang-kadang memang beg murah ni lagi tahan dari beg jenama beratus-ratus.





Sekitar bandar Hatyai...














Singgahla satu kedai ni yang direportkan oleh ibuku sebagai sedap sangat, tukang masak die tengok pesen macam orang muslim diutara Thai, Chiangmai, comey-comey lawa-lawa...Abang saye order yang sedap-sedap. Tomyam pok tek,somtam, kerabu buah, sup rebung dan  makanan lain dalam bahasa Thai tak tau nak sebut camne.


Cam bagus jugak bekas letak sudu diorang..














Somtam...sedap...


Kite tengah lapar-lapar ini terkamla, tapi alahai huhu...rase die tak kene dengan lidah ni. Sedih dan kecewa 2 kali. Tapi ade satu jenis makanan ni saya habiskan mak saye punye sebab sedap dan pedas.
Dah order banyak, mahal pulak, so kenela habiskan...






Kami solat disatu masjid ni sebelum gerak balik ke Yala, tapi tak naik keretapi dah. Naik van besar muat dalam 13 orang dalam tu. Tapi sejujurnya saya memang tak suke naik van tu. Sebab sesak, seat sangat rapat. Time balik tu hari pun dah gelap rase macam tak boleh bernafas pun ada.



Dari episod balik kampung dan trip keHatyai kali ini saya dapat buat kesimpulan mudah. Sebenarnya nak rasa tomyam sedap tak perlu sampai keThailand, dekat Sungai Besi ni je ada. Memang tak boleh lawan, banyak kedai yang saya pernah singgah, macam-macam tomyam pernah makan tapi semua tak boleh lawan tomyam Sungai Besi.


Lokasi dia cukup accessible, turun dari LRT Sungai Besi, naik jejantas keseberang deretan kedai-kedai tomyam. Kedai ni betul-betul depan tangga, warna alas meja is kuning. Tomyam dia memang 1st class, rasa masam die cukup, tak cair tak pekat sangat, pedasnye kena je.


So kalau lepas ini nak merasa tomyam sedap cukuplah keSungai Besi. Dah bertahun saya makan dikedai ni, last year baru tahu owner kedai ini sekampung dengan arwah ayah. Siap kenal arwah ayah dan adik beradik ayah yang lain. Kampung Senyo, diTanjung Mas Thailand. Ohh kecik je dunia


Ok lah dah tamat cerita, kalo ada masa nanti saya story lagi pasal trip-trip Thailand time saya bujang k.


Wassalam...

5 comments:

  1. Salam. Hee nanti saya nak try tomyam sungai besi itu meja alas kuning kann? ;p

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam...ha ah betul, pergila cube sedap tomyam die :)

    ReplyDelete
  3. Pergi jauh-jauh rupanya yang dekat ada yang lagi sedap ya!

    Mungkin kena tanya otai makanan Thai kat sana tu. Baru jumpa kedai yangbetul2 sedap...

    ReplyDelete
  4. Orang Yala ya. Nanti nak terjah gak tomyam Sungai Besi tu. Sebenarnya selalu gak makan kat area tu... tapi tak perasan pulak alas meja warna apa :)

    ReplyDelete
  5. @sunny yunus hmm mungkin jugak time saya pergi tu bukan kedai tomyum terbaik dan tersedap

    @fayreen mizan cubela kat situ memang terbaik tomyam die

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen <3

Cari Artikel