Apa khabar iman kita sahabat? Semoga setiap masa yang kita lalui adalah ibadah kerana sedari awal diniatkan kerana Allah taala... amin. Jika benar begitu tahniah sahabat :))
Baiklah hari ni saya akan cuba menerangkan kepentingan detox = nyahtoksin @ keluarkan toksin dalam proses menurunkan berat badan. Dalam entri Set Kurus Shaklee From XXL to M, ada menjelaskan tentang proses detoks oleh Alfafa namun dalam entri ini saya akan bercerita lebih dalam tentangnya.
Pelbagai produk dipasaran seperti Cleanz Tea, Teh Orang Kampung, NH Detoxlim dam lain-lain menekankan konsep nyahtoksin atau lancarkan sistem penghadaman untuk menurunkan berat badan. Cukup detoks badan dan berat badan akan berkurang.
Apa kepentingan detoks untuk menurunkan berat? Sebelum saya jawab soalan ini, terlebih dahulu saya terangkan apa itu toksin. Toksin merupakan bahan kimia yang memberikan kesan negatif kepada tubuh manusia.
Daripada udara yang tercemar, bahan tambah makanan dan kotoran yang terdapat air minuman, dirumah dan produk penjagaan peribadi. Dan sebenarnya badan kita diserang oleh pelbagai toksin setiap hari.
Toksin boleh dijumpai didalam makanan (atau bahan yang digunakan untuk membesarkan makanan), bahan tambah makanan, udara yang tercemar, dan kotoran yang terdapat air minuman, dirumah dan produk penjagaan peribadi.
Dan sebenarnya badan kita diserang oleh pelbagai toksin setiap hari. . Toksin diproses melalui organ seperti hati dan buah pinggang dan dikeluarkan melalui pernafasan, perpeluhan, membuang air kencing dan najis.
Sistem Detoks Tubuh Manusia
Mesti kita tidak perasan atau sedar yang tubuh kita mempunyai sistem detoks dalaman yang sangat luarbiasa. Berikut adalah 3 kritikal organ yang terlibat dalam proses detoks.
- Hati : Barisan pertahanan pertama melawan toksin ialah hati, bertindak seperti penapis umtuk menghalang bahan toksik yang terdapat didalam makanan melepasi salur darah
- Usus besar : Usus besar berperanan mengeluarkan bahan kimia toksik melalui pembuangan najis sebelum ianya boleh menjejaskan kesihatan
- Buah pinggang : Buah pinggang konsisten menapis darah dan mengeluarkan toksin dalam bentuk air kencing.
Hati, dalam bahasa inggeris ianya dipanggil 'liver' dan organ luarbiasa ini mendapat namanya daripada perkataan lama iaitu 'life'. Hati merupakan organ yang paling besar didalam badan dan bertanggungjawab dalam pelbagai tugas untuk memastikan badan sihat termasuklah memudahkan proses penurunan berat badan.
Hati menyokong sistem penghadaman, mengawal gula dalam darah dan mengawal-atur penyimpanan lemak. Ia menyimpan dan menggerakkan tenaga, mengeluarkan lebih protein berbanding organ lain didalam badan. Ia juga mengawal-atur aliran darah dan bagi wanita ianya memastikan kitar haid berjalan lancar.
Antara tugas hati yang paling utama dan paling penting untuk menurunkan berat ialah memecahkan secara kimia semua yang masuk didalam badan kita, daripada makanan organik yang paling sihat kepada pestisid beracun yang melekat disalad, daripada air paling tulen selepas ditapis kepada secawan kopi, daripada suplemen vitamin dan mineral kepada ubat doktor.
Hati berperanan membeza dan mengenalpasti nutrien yang perlu diserap atau bahan berbahaya atau tidak perlu yang perlu ditapis keluar dari saluran darah. Tetapi bila hati tersumbat dan dibanjiri oleh toksin, maka ia tidak dapat melakukan tugas memproses nutrien dan lemak dengan berkesan.
Jadi jika anda berhasrat untuk menurunkan berat, perkara penting yang anda perlu ingat ialah lebih banyak toksik dalam badan kita maka lebih sukar untuk kita menurunkan berat dan mengekalkankannya.
Ujian Dalam Berdiet
Bila kita mengambil banyak protein, perut kita tidak dapat mengeluarkan asid yang mencukupi untuk mencernakan semua protein tersebut. Diet seperti itu boleh merencatkan proses penghadaman, memberi bebanan tambahan kepada hati dan usus, dan mengeluarkan racun seperti 'indican', ammonia, 'cadaverine' dan 'histide'.
Tubuh kita bernasib baik kerana hati mampu mengeluarkan hempedu, bahan penting untuk keluarkan toksin dari badan kita. Hempedu menjadi pelincir kepada usus dan bekerja dengan serat untuk mengelakkan sembelit.
Hempedu juga menjadi tempat dimana hati membuang semua dadah, logam berat, 'xenoestrogens', lebihan hormon dari pil dan terapi hormon gantian (HRT), ubat-ubatan, pestisid, bahan kimia industri, dan pelbagai toksin lain. Lama-kelamaan semua ini akan disingkirkan dari badan.
Salah satu tugas utama hempedu ialah membantu badan kita memecahkan lemak yang kita perlukan dan asimilasi vitamin larut lemak. Tanpa hempedu kita tidak mampu menukarkan beta-karotena kepada vitamin A, dan tidak dapat menggunakan kalsium.
Tetapi bila hempedu penuh dan sesak dengan toksin yang cuba ditapis keluar, ianya tidak mampu lagi berfungsi seperti yang sepatutnya. Hempedu akan menjadi tebal, likat, dan langsung tidak berkesan untuk memcahkan lemak lagi. Hasilnya berat badan kita akan lebih mudah naik dan amat sukar untuk turun.
Membersihkan hati boleh membantu menghasilkan hempedu yang lebih bagus, cekap dan berkesan. Dan ini akan membantu badan mengeluarkan toksin dan pecahkan lemak dengan lebih efektif. Ianya juga membuatkan lebih banyak nutrien pemberi tenaga tersedia untuk badan, kurangkan ketegangan pada usus dan sistem imun.
Proses penghadaman meningkat dan usus besar bebas dari bebanan yang tidak sepatutnya. Hasilnya anda akan kelihatan dan rasa lebih baik. Ini banyak membantu anda mendapatkan berat badan yang diidamkan dan mengekalkan berat tersebut.
Ramai pelanggan yang menghubungi saya mengadu bermacam-macam masalah berat badan antaranya kesukaran menurunkan berat walaupun telah melakukan pelbagai usaha. Kawal makan sudah, bersenam sudah, minum air 3-4 liter sehari, makan macam-macam produk kurus tapi hasilnya langsung tidak berbaloi.
Bermula dengan pelbagai masalah dan soalan yang diajukan kepada saya, membuatkan kajian saya tentang diet jadi lebih dalam dan luas. Disini saya berikan sebab-sebab yang telah saya kenalpasti menjadi punca mengapa berat badan kita terlalu sukar turun :-
- Badan kita kaya dengan toksin, toksin disimpan dalam sel lemak dan badan akan memberi isyarat untuk menjaga toksin dalam sel lemak daripada turun ke sel darah yang akan menyebabkan kesan yang lebih buruk pada badan.
- Tekanan yang kronik, sekiranya kita selalu hidup dalam keadaan resah, tertekan, sedih badan kita akan mengeluarkan bahan kimia - seperti hormon kortisol yang akan membuatkan badan kita lebih cenderung menyimpan lemak, terutama disekitar perut.Kenaikan badan disekitar pinggang akan memberikan risiko yang tinggi kepada kesihatan kita berbanding lemak di punggung dan paha.
- Hipotirodism jika kelenjar tiroid kita tidak aktif, badan tidak akan mengeluarkan hormon tiroid yang cukup untuk membantu membakar lemak.
- Sindrom Ovari Polisistik (PCOS). Penyakit ini hasil dari hormon yang tidak stabil. Antara simptom-simptom PCOS ialah period yang tidak teratur, jerawat, bulu muka yang berlebihan, rambut terlalu nipis, sukar mengandung, dan kenaikan berat badan bukan disebabkan oleh pengambilan makanan yang berlebihan.
- Sindrom 'Cushing'. Sindrom ini berlaku apabila kelenjar adrenal (terletak diatas buah pinggang) mengeluarkan terlalu banyak kortisol - yang akan membuatkan lebih banyak lemak terbentuk diwajah, belakang atas badan dan abdomen membentuk bahagian badan antara toraks (dada) dan pelvis (punggung).
- Kemurungan. Orang yang selalu dalam kemurungan biasanya akan makan untuk mengatasi masalah emosi mereka.
- Perubahan hormon didalam badan. Sesetengah wanita kenaikan berat badan apabila mengalami perubahan hormon, contoh ketika akil baligh, mengandung dan menopos.
Semua diatas merupakan antara faktor-faktor mengapa berat anda terlalu sukar nak turun, adakah anda tergolong dalam salah satu sebab diatas?
Dalam entri ini saya ingin fokuskan kepada bahagian detoks badan untuk memudahkan proses penurunan berat badan, berkaitan dengan hormon akan dibincangkan dientri yang lain.
Shaklee mengeluarkan Dtx Complex dengan formulasi istimewa yang dipatenkan khas untuk membantu hati untuk berfungsi dengan lebih efisyen. Berikut merupakan bahan-bahan utama didalam Dtx Complex dengan fungsi masing-masing yang unik.
1. Ekstrak Biji Benih Pokok Susu Tisel (Milk Thistle Seed)
- membantu fungsi hati, sangat berguna ketika berlaku kebengkakan hati (hepatitis) dan jondis
- membantu penghadaman dengan merangsang pengaliran hempedu dari hati dan pundi hempedu
- membantu merawat endometriosis
- bertindak sebagai julap lembut untuk masalah sembelit.
- meningkatkan keupayaan tubuh menyerap zat besi bagi melawan anemia.
- melawan tumor dan kanser.
- merendahkan paras gula dalam darah
- bagus untuk masalah kembung dan lebihan air.
3. Reishi Mushroom (Ling Zhi)
1. Ekstrak Biji Benih Pokok Susu Tisel (Milk Thistle Seed)
- proses pengekstrakan biji benih ini mampu mendapatkan 80% silymarin yang kaya antioksida
- melindungi hati daripada toksin, termasuklah dadah, racun dan bahan kimia.
- merawat masalah hati seperti hepatitis dan sirosis.
- mengurangkan kerosakan hati akibat lebihan alkohol.
- membantu merawat dan mencegah masalah batu karang.
- membantu masalah kulit seperti psoriasis dan eczema.
2. Dandelion
- membantu fungsi hati, sangat berguna ketika berlaku kebengkakan hati (hepatitis) dan jondis
- membantu penghadaman dengan merangsang pengaliran hempedu dari hati dan pundi hempedu
- membantu merawat endometriosis
- bertindak sebagai julap lembut untuk masalah sembelit.
- meningkatkan keupayaan tubuh menyerap zat besi bagi melawan anemia.
- melawan tumor dan kanser.
- merendahkan paras gula dalam darah
- bagus untuk masalah kembung dan lebihan air.
3. Reishi Mushroom (Ling Zhi)
- membina imuniti badan
- membantu mencegah dan merawat kanser.
- mengurangkan masalah bronkitis, sinusitis
- merawat sindrom keletihan kronik
- membantu mencegah penyakit jantung.
4. Schizandra
- merangsang sintesis protin
- tingkatkan jumlah enzim dalam hati untuk tujuan detoksifikasi
- memperlahankan pembentukan toksin
5. Kunyit
- mengandungi antioksida - curcumin
- meningkatkan kesan anti-radang
- membantu kurangkan kesakitan
- mempunyai kesan antiviral terhadap HIV
6. Artichoke
- membina semula sel-sel hati.
- merangsang aliran hempedu.
Jika anda salah seorang yang mempunyai masalah berat badan yang serius dan sangat sukar untuk menurunkannya maka anda wajib mencuba Dtx Complex untuk cuba mengatasi masalah tersebut.
Ini salah satu pilihan yang ade kerana terdapat pelbagai punca mengapa berat kita liat sangat nak turun.
Jika anda memerlukan Dtx Complex dengan sebab tersendiri, boleh dapatkannya dari saya beserta konsultasi hebat, jadual makan yang lengkap dan tip-tips berkaitan. Jadi jangan teragak2 untuk menghubungi saya di wasap/telegram dan sms atau 014-9209040 untuk maklumat lanjut berkaitan produk.