Omega Guard dan Mealshake Shaklee Kombinasi Terbaik Untuk Simanja Anda | Pengedar Vivix Shaklee, Pengedar Shaklee Kuala Lumpur

07 November 2014

// // 2 comments

Omega Guard dan Mealshake Shaklee Kombinasi Terbaik Untuk Simanja Anda

Assalamualaikum wbt..Apa kaba hari ni?? Sekarang kita masih berlindung dibawah jerebu menyebabkan cuaca panasss... lagi panas sebab saya tengah berpantang huhu...



             Ok entri kali ni saya nak kongsi tentang suplemen untuk simanja, kombinasi terbaik Omega Guard dan Mealshake Shaklee. Jom kite berkenalan dengan Omega Guard dan Mealshake, apa keistimewaan kedua-duanya sehingga beribu-ribu ibubapa memilihnya  untuk diberikan kepada anak-anak mereka.


             Sebelum itu saya nak jelaskan mengapa suplemen sudah menjadi keperluan kepada anak-anak zaman ini. Topik ini masih menjadi perdebatan. Dikalangan ibu bapa sendiri ada yang tidak setuju dibekalkan suplemen untuk anak yang sedang membesar, cukup dengan susu dan makanan harian, namun ada pula yang sebaliknya



Terdapat  5 sebab mengapa ibubapa perlu membekalkan suplemen untuk anak mereka


1. Anak memilih makanan - 



Untuk memastikan tahap imunisasi badan anak pada tahap yang optimum, pemakanan adalah sangat penting. Ibu bapa wajib memberi makanan yang seimbang seperti nasi, ayam, sayur-sayuran dan buah-buahan. Tetapi adakah semua kanak-kanak suka dengan makanan-makanan tersebut.


               Paling ketara yang kita boleh nampak ialah kanak-kanak tidak suka mengamalkan sayur-sayuran sebagai diet seharian mereka. Anak-Anak kita sangat bijak. Mereka sudah pandai memilih apa yang mereka suka. Walaupun kita cuba menyorokkan rupa sebenar sayur mereka tetapi mereka tetap boleh mengesan. Di sinilah perlunya ibu bapa memberi suplemen kepada anak-anak supaya anak mendapat khasiat sama seperti sayur-sayuran tersebut.


2. Makanan berkhasiat digantikan dengan makanan segera
   


Kebanyakan ibu bapa pada masa kini adalah yang bekerja. Ibu Bapa keluar kerja sebelum matahhari terbit lagi dan pulang apabila matahari terbenam. Ibu Bapa tidak sempat untuk menyediakan atau memasak makanan dari rumah, kerana tidak cukup masa dan kepenatan bekerja. 


            Maka, jalan terpantas untuk memastikan anak kenyang adalah dengan memberi makanan segera yang dibeli di luar yang tidak diketahui samada makanan tersebut mempunyai khasiat sepenuhnya atau tidak. 
            


3. Air digantikan dengan cordial yang tinggi gula serta berasid





Diet bersama air kosong adalah diet yang sangat sihat di mana airnya tidak mempunyai gula dan kalori. Pengambilan air bergula boleh menyebabkan anak terlebih aktif dan obesiti menyebabkan mereka badan mereka bertambah lemah. Tetapi anak-anak sangat suka dengan minuman-minuman manis seperti ini.


          Ada pula ibu bapa yang mengambil jalan mudah membeli air-air jus buah diluar. Bagi mereka air ini berkhasiat untuk anak-anak, padahal mereka tidak sedar air-air ini mengandungi gula yang tinggi, bahan pengawet dan pewarna yang boleh memberi kesan pada badan anak-anak.


4. Perubahan gaya hidup
Zaman dahulu kita sebagai ibu bapa tidak takut mendedahkan anak-anak dengan aktiviti-aktiviti outdoor seperti main guli, gala panjang, getah, badminton, bola sepak dan macam-macam lagi. Aktiviti-aktiviti seperti ini membantu anak-anak lebih aktif dan lebih banyak mengeluarkan peluh.


           Berbeza dengan anak-anak zaman sekarang, ibu bapa lebih cenderung mengawal mereka di dalam rumah kerana ditakuti membahayakan keselamtan anak jika dibiarkan mereka. Ditambah pula dengan teknologi yang semakin pesat, anak-anak lebih suka duduk bermain ipad, galaxy tab dan sebagainya untuk mengisi masa lapang. Kesannya, mata mudah rosak, obesiti, otak tidak cerdas dan banyak lagi. 
5.  Persekitaran yang tercemar 
Persikataran sekarang semakin hari semakin tercemar. Contoh paling dekat yang kita boleh lihat ialah jerebu. Boleh di katakan setahun hampir beberapa kali negara kita dilanda jerebu yang berada ditahap bahaya yang bukan sahaja boleh menjejaskan kesihatan kita malahan anak-anak kita lebih teruk lagi kerana tahap imunisasi mereka tidak sekuat kita yang dewasa ni.


             Tahap imunisasi mereka semakin hari semakin menurun dan akhirnya, mereka senang mendapat batuk, selsema dan demam. Ini boleh mengganggu pembesaran dan perkembangan mereka. Bagi anak-anak yang bersekolah, pembelajaran mereka terbantut akibat selalu sakit.



            Hidup dizaman millenium ni membuatkan kita terpaksa mengadaptasi dengan keadaan, persekitaran yang tidak membantu anak-anak kita membesar dengan sihat secara semulajadi. Maka suplemen untuk anak-anak bukan lagi pilihan. Ok sekarang kita sambung cerita tentang combo hebat Omega Guard dan Mealshake. Saya mulakan dengan Omega Guard. 
 
RM136 untuk 90 capsule
              Omega Guard merupakan minyak ikan Omega-3 terbaik pernah dihasilkan. Ini kerana ianya membekalkan spectrum penuh 7 jenis asid lemak omega 3 seperti EPA, DHA, ALA dan lain-lain. Untuk memastikan khasiat dan kualiti minyak ikan tidak hilang, Shaklee menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini.



            Omega Guard juga bebas dari logam berat seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin dan PCB - sejenis bahan kimia industri yang sangat toksik. Semua logam berat ini mudah terkandung didalam ikan.


             Apa yang asid lemak omega 3 akan lakukan jika diberi pada anak-anak syurga kita. Manfaat minyak ikan terkenal digunakan oleh orang dewasa yang ingin menurunkan paras kolestrol. Namun tak ramai yang tahu kebaikan minyak ikan kepada kanak-kanak.


 Kelebihan asid lemak omega 3 kepada anak-anak kita :-

  • membantu tumbesaran
  • DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran
  • memelihara penglihatan dan pendengaran
  • EPA dan DHA mampu menstabilkan emosi
  • membantu kesihatan mental seperti kemurungan, tekanan, insomnia, autism, kanak-kanak hiperaktif dan schizophernia.
  • kanak-kanak hiperaktif (ADHD) mempunyai jumlah omega 3 yang lebih rendah, pengambilan asid lemak omega 3 yang berterusan mampu mengawal tingkah laku dan meningkatkan tumpuan pembelajaran mereka.
  • meningkatkan sistem imun badan, bantu mengurangkan demam dan selsema.
  • bersifat anti-radang atau anti- inflamasi (inflamasi-respon utama sistem imun badan terhadap infeksi dan iritasi) yang membantu mengurangkan kegatalan dan alahan kulit seperti eczema dan psoarisis
  • menstabilkan kandungan minyak dalam kulit dan menghalang dehidrasi sel, sel akan menjadi lebih sihat dan akan tampil lebih lembap
  • menyihatkan paru-paru,sifat anti radang juga membantu mengurangkan sakit asma

Kelebihan omega 3 seperti yang dinyatakan diatas mungkin menjadi jawapan kepada sikap tertib dan sopan santun orang Jepun, diet harian mereka kaya dengan ikan! (pandangan peribadi, bukan dari kajian)



            Sekarang kite berkenalan pula dengan Mealshake Shaklee yang terkenal sedap tu! Mealshake merupakan hidangan yang lengkap. Semua asid amino dan zat nutrien yang terdapat dalam 1 hidangan Mealshake amat mudah diserap oleh badan.


RM 113.75, berat 1 canister 544 g


           Diperbuat dari bahan semulajadi seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu), al-manna (gum acacia) dan lain-lain.



            Lactalbumin merupakan bahan yang terbaik yang mengandungi organisma protin yang sangat berkualiti dan mudah diserap oleh tubuh, sesuai dari peringkat bayi hingga dewasa. Ia juga mengandungi nutrisi lain seperti immunoglobulin, lactoferrin, bacteriolysin dan sebagainya.



             Mealshake sesuai diambil oleh semua golongan bayi, pelajar, kanak-kanak membesar, ibu mengandung, para atlet, pengamal sayuran (vegetarian), orang sakit, orang yang tidak suka menelan pil, golongan veteran yang sukar mengunyah orang yang sibuk bekerja, atau yang gemar mengambil makanan segera.


Berikut ialah manfaat utama Mealshake Shaklee:-

  •  Nutrisi Lengkap- terdiri daripada 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Kekurangan zat boleh menyukarkan serapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita.
  •  Membekal Nutrisi Kepada Sel Tubuh - Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa), membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, antibodi dan lain-lain.
  • Membantu Tumbesaran - mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses membesar.
  • Anti-Oksida - mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan agen anti-oksida, bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan.
  • Mengembalikan Seri Wajah - mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi, dan kuprum yang cukup untuk membina sel-sel darah yang sihat, hasilnya wajah dan kulit yang sihat dan berseri.
  • Proses Nyahtoksin - Kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus.
  • Rasa French Vanila Yang Lazat - Minuman yang lazat untuk dinikmati bersama buah-buahan. Tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan. Sedap untuk dinikmati oleh semua golongan.


Saya sendiri sangat sukakan Mealshake kerana rasanya yang sungguh sedap..jika digabungkan dengan ESP Shaklee bertambah-tambah sedap jadinya. Omega Guard dan Melashake menjadi pilihan ibu-ibu diluar sana berikutan banyak masalah kesihatan anak-anak mereka pulih  selepas menggunakan combo ini. Antaranya :-

  • kerap demam dan selsema
  • asma
  • eczema
  • sembelit
  • kurang selera makan atau makan memilih
  • kurang berat badan
  • tidak minat balajar 
  • sukar fokus didalam kelas
  • hiperaktif



             Kini ramai kanak-kanak kerap sakit kerana berjangkit dengan rakan-rakan ditaska. Biasanya doktor akan menasihatkan ibubapa mencari suplemen untuk membantu menguatkan imuniti tubuh anak-anak. Ramai ibu-ibu telah memilih Omega Guard dan Mealshake Shaklee sebagai usaha mengatasi masalah anak-anak mereka.


Saya berikan pelbagai testimoni untuk pelbagai masalah. Harap dapat membantu ibu-ibu membuat pilihan yang bijak untuk anak-anak syurga kita.


Sembuh dari asma

 

testimoni eczema


testimoni asma dan eczema



testimoni selera makan bertambah



testimoni hiperaktif



testimoni kerap selsema



testimoni selsema dan alahan





testimoni asma dan eczema



testimoni kahak, nafas berbunyi dan lebih minat belajar



testimoni eczema, demam, batuk dan selsema


testimoni asma, sembuh dalam  3 bulan



testimoni sembelit dan selera makan bertambah







testimoni sembelit, selera makan bertambah, demam dan selsema

Saya kongsikan sebuah video yang sangat mengesankan, bagaimana seorang ibu membantu anaknya yang mengalami sembelit teruk sehingga takut nak makan sampai susut berat badan anak dia, jom kite tengok sama-sama, harap membantu :)





Hubungi saya melalui call/wasap/sms/telegram ke 014-9209040 atau emel ke dasyifa14@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai set ini atau apa-apa yang berkaitan dengan Shaklee. Boleh juga pm saye di Facebook Norulhuda Seman atau follow instagram dasyifaa


Konsultasi yang tepat dan dipercayai hanya untuk anda, kerana setiap pertanyaan akan kami rujuk kepada pakar pemakanan Shaklee dahulu.

             



2 comments:

  1. Hye. Akk mmg pengguna shaklee. Tq singgah blog akk. Nanti datang lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hii jugak, same-same, orait insyaAllah kite singgah blog akak lai, tq ye sudi bace n komen kat cni :)

      Delete

Terima kasih kerana sudi komen <3

Cari Artikel