Tips Mudah Hindari Sakit Tulang | Pengedar Vivix Shaklee, Pengedar Shaklee Kuala Lumpur

07 February 2015

// // 1 comment

Tips Mudah Hindari Sakit Tulang

Tulang yang sihat akan memudahkan kita melakukan pelbagai aktiviti. Umum mengetahui yang sakit tulang selalu melanda kite apabila umur meningkat.

Jisim tulang berkembang dengan maksima pada umur 28 tahun. Pada usia 40  tahun pula kepadatan tulang mula menurun dengan cepat.

Namun untuk menghindari derita sakit tulang kita harus menjaganya sekarang. Walaupun dalam usia yang masih muda. Nak tulang  kekal sihat walaupun dah berusia?






Mudah sahaja, jom ikuti tips-tips ini


1. Banyakkan Bersenam - Jadikan senaman seperti berlari, berjalan, berbasikal, bermain badminton dan sebagainya sebagai aktiviti mingguan. Ini kerana terdapat kajian yang menyatakan tanpa aktiviti fizikal tulang sukar untuk menjadi lebih padat dan besar.


2. Pengambilan Vitamin D - Vitamin D membantu dalam penyerapan kalsium, kekurangan Vitamin D akan menyebabkan badan sukar menyerap kalsium maka tulang akan menjadi lemah dan tidak padat. Vitamin D banyak terdapat didalam ikan salmon dan sardin.



3. Berjemur Dibawah Sinar Matahari - Berjemur selama 10 minit antara jam 7 hingga 9 pagi akan mengurangkan risiko tulang patah sebanyak 30%. Ini merupakan cara mudah mendapatkan Vitamin D.


4. Kurangkan Minuman Tertentu - Minuman yang tinggi kandungan kafein seperti kopi dan teh perlu dikurangkan. Minuman bersoda juga tidak bagus untuk kesihatan tulang.





5. Jangan Merokok Dan Minum Alkohol - Bahaya merokok sangat banyak salah satunya menjejaskan kesihatan tulang. Perokok biasanya mempunyai tulang yang rapuh dan poros Minum minuman beralkohol melebihi 7 jenis dalam seminggu akan menyebabkan badan sukar menyerap kalsium dan pelbagai nutrisi lain.


6. Amalkan Pengambilan Makanan Tinggi Kalsium - Selain hasil tenusu seperti susu, keju, yogurt kita juga boleh mendapatkan kalsium dari sumber tumbuhan seperti chia seeds, buah tin, brokoli, bayam dan pelbagai lagi. Manakala sumber haiwan pula boleh didapati dari ikan sardin, salmon dan ikan bilis.






7. Pengambilan Pil Kalsium Setiap Hari -  tetapi pastikan pil kalsium tersebut mempunyai ciri-ciri berikut


  • Mengandungi magnesium dan vitamin D untuk meningkatkan penyerapan kalsium. 
  • Tidak diperbuat dari tulang dan dolomite untuk mengelakkan keracunan plumbum
  • Elakkan mineral chelated kerana proses tersebut boleh menyebabkan tubuh menyerap logam berat yang tercemar dan toksin semasa proses penyerapan mineral.










1 comment:

  1. Huhu..terima kasih kongsikan..sejak dua menjak ni selalu gak rasa sakit tulang..terutama sekali bahagian belakang ni..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen <3

Cari Artikel