Asid Amino Dan Prebiotik Zat Makanan Paling Penting - Dr. Suriyakhatun | PENGEDAR VIVIX SHAKLEE, PENGEDAR SHAKLEE KUALA LUMPUR

21 March 2015

// // Leave a Comment

Asid Amino Dan Prebiotik Zat Makanan Paling Penting - Dr. Suriyakhatun



Asslamualaikum semua, ape kaba kite dibulan Mac ni? Cepat je mase berlalu ye. Ok entri kali ni akak nak share tentang post Dr Suriyakhatun dalam Facebook beliau mengenai kepentingan makanan dalam merawat penyakit. Akhir sekali beliau menyatakan 2 zat makanan yang terpenting ialah Asid Amino dan Prebiotik.



Jom kite bace ulasan beliau mengenai panduan mudah pemakanan yang sihat dizaman yang banyak yang tak 'sihat'



'Bila menangani penyakit dan merawat, ramai para perawat dan pakar perawat tidak kaitkan penyakit dengan organ lain atau dengan gaya hidup, termasuk nutrisi dan makanan pesakit.



Contohnya bila anak mengidap nephrotic syndrom, apa yang tak boleh makan dan yang perlu makan? Mustahak atau tidak mengelak makanan yang ada kimia? Makanan apa yang ada kimia?



Kes nephrotic syndrom pertama saya rawat lebih dari 25 tahun dahulu. Saya tanyakan tentang makanan dia. Dia hanya makan burger , sauce tomato dan kicap. Minumannya adalah air Coke. Ini amalan hariannya. Baru baru ini bila,saya tanya makanan anak yang juga mengidap nephrotic syndrom, saya diberitahu, roti, nugget dan biskut. Makanan ini semua:



1. Kurang zat makanan yang seimbang

2. Banyak garam yang bukan garam baik..table salt

3. Ada gula putih berlebihan

4. Ada pewarna, perasa tiruan, pengawet



Maka, langkah pertama dalam merawat adalah menghentikan makanan tersebut.


Langkah kedua, mengantikan dengan makanan yang baik, senang hazam, padat nutrisi dan bagi kes buah pinggang kena kurangkan protein berat.


Masalahnya banyak makanan yang baik juga tercemar dengan kimia sama ada pengawet, racun serangga dan rumpai atau racun organik ( tak segar dan ada kuman membiak )


Bagi yang sudah berpenyakit kenalah pilih yang organik dan ini memerlukan usaha gigih dan lebih wang ringgit.



Sedikit panduan;

Jangan beli sayur dari China, banyak tercemar

Sayur daun wajib organic atau di ozonkan sebelum masak/ makan

Sayur ulam dan kangkung memang tak diracunkan

Sayur yang tertutup sendiri seperti kobis, cuma buang daun luar


Ayam kampung perlu segar, frozen pun boleh tapi dari sembelih ke freezer mesti tak ada transit tanpa sejuk sebab proses pembusukkan, decomposition bermula saat binatang itu mati.


Boleh beli ayam antibiotic residue free jika susah nak cari organic.


Ikan ternak dari ternakkan komersial sangat tercemar. Ternaklah sendiri.


Ikan dipasar ada pengawet. Beli segar dari tepi pantai dan ozonkan.


Daging lembu kampung yang makan rumput paling baik namun perlu dihadkan untuk pesakit kidney.


Susu lembu komersial amat tercemar dan antara paling baik susu kambing organik. Ada yang serbuk, Purenat di farmasi Apex dan Alpro.


Supplements yang paling penting asid amino dan prebiotic. Ini wujud dalam gum arabic medical grade seperti produk Natural Prebiotic.


Yang juga amat penting lemak wajib, essential fatty acids dalam ratio optima, omega 3,6 dan juga 9. Udos oil jika mampu. Banyak lagi supplements perlu tapi saya akan nilai mengikut keadaan pesakit.' Dr. Suriyakhatun

Cari Artikel