Shaklee HQ Pinnacle Pusat Perniagaan Yang Sangat Mesra Keluarga | Pengedar Vivix Shaklee, Pengedar Shaklee Kuala Lumpur

27 March 2015

// // Leave a Comment

Shaklee HQ Pinnacle Pusat Perniagaan Yang Sangat Mesra Keluarga

Assalamualaikum semua...memang mencabar cuaca sekarang, tapi alhamdulillah kadang masih lagi Allah izinkan hujan turun. Semalam kami sekeluarga pergi ke Shaklee HQ Pinnacle yang terletak di Bandar Sunway.


Teruja betul, sebab 1st time akak pergi sana. Sebelum ini cuma ke cawangan Sri Rampai sahaja. Bangunan Pinnacle ini baru, fresh..nak naik kene register dulu dikaunter. Bagi ic then kita akan dapat 1 pass untuk membolehkan kite menempuh halangan automatik sebelum sampai ke lif.


Ha apebende la tu, senang cerita macam tiket lrt, touch pass yang diberi then halangan tu pun terbuka so kite pun jalanla masuk. Simple je...yang lagi tak biasa bile nak naik lif. Sekali lagi kene touch pass tu dekat tempat lift button tu, ade susunan nombor-nombor untuk kite tekan level yang kita nak naik.


Time ni pak guard badan sado tolong kami. Lif pun terbuka menyambut kami, dalam lif tu takde button-button level berderet macam lif biasa. Lif tu akan naik level yang kita request dari bawah je. Contoh lift yang akak naik tu cuma pergi ke level, 2, 6 dan 9.


Perak jugak akak, huhu...dalam sela beberapa saat, kami pun sampai ke tingkat 9, ayat 1st yang keluar is wahhh....pastu senyum sorang-sorang hihi...


Kami tiba tengahari dalam jam 12, memang lengang je, seronoknyela..sebab biasa Shaklee sesak, orang ramaiii. Mungkin sebab kami datang weekday, tu yang lapang tu.


Best sebab hq Shaklee besar, lapang sesuai untuk anak-anak kecik kalo nak berlari-lari main kejar-kejar, confirm tak langgar kerusi. Kaunter pun banyak, takla que lama sangat.


Dulu HQ Shaklee di Empire Subang. Akak pernah pergi time weekend, masyaAllah berejam menunggu. Orang tak putus-putus, sesak sampai ade yang lepak dekat lift...huhu...Itu cerita dulu, sekarang tidak lagi.


Akak isi form untuk order dan husband pergi beli, akak susukan Mujahid dalam nursing room, selesa nursing room die, memang padanla bisnes Shaklee ni dengan ibu-ibu. Dari nursing room tu pun boleh nampak permandangan Sunway Lagoon. 


Sekejap je husband beli order customer, yela orang pun ciput je, selepas susukan Mujahid akak ambil kesempatan untuk snap banyak-banyak gambar untuk tatapan semua. Enjoy k


Ini pintu masuknye...with warmth welcome to every people who want to have healthier life and better income.


See kaunter banyak, berderet



Nampak ni, free health check. Service percuma untuk semua ahli Shaklee. Boleh cek macam-macam status kesihatan kita.





Penerangan ringkas mengenai syarikat Shaklee, sejarah dan produk.




Ruang yang luas, ada Shaklee Kids Club, tempat anak-anak bermain, so ibubapa bolehlah bershopping dan berniaga dengan tenang. Pintu warna kelabu tu pula bilik nursing...




Perbarisan produk Shaklee, always green, always safe, always work.



Ini pulak, skincare dan haircare Shaklee, group warna putih tu Skincare Nutriwhite, tengah-tengah botol silinder clear tu Skincare Enfuselle dan yang botol tinggi-tinggi warna hijau is Prosante Haircare.





Ruang dalam Shaklee Kids Club, heavan untuk anak-anak kita.










Ini pula, Nursing Room aka Bilik Menyusu. Sebelah Shaklee Kids Club




Kerusi empuk yang sangat selesa untuk apa-apa discussion, tengok tab atau smartphone, menunggu, termenung pun boleh hihi...





Inilah permandangan yang tersaji, bile kite berehat-rehat disofa hitam diatas, nampak Sunway Lagoon!





Ha meja discussion, nak meeting dengan anak-anak Shaklee, customer, upline sume boleh...







Ini pula bilik meeting khas, buat coaching dengan anak buah Shaklee dalam ni, lagi fokus sebab tak terganggu dengan bunyi-bunyi luar.




Ha ni pun best jugak, ade 3 laptop untuk kite shopping online, katela time closing Shaklee memang sesak, takut tak sempat nak order que panjang so bolehla shopping online, atau smartphone kite bateri kong, nak cek ape-ape pasal Shaklee boleh online disini ya!







Shaklee Headquarters Shaklee juga lengkap dengan toilet yang bersih, surau dilevel lain. Lain kali pergi, kalau berkesempatan solat disana, akak update k. Berikut info lanjut mengenai tempat ini


Shaklee Headquarters Malaysia 

Level 9, The Pinnacle, Persiaran Lagoon, Bandar Sunway,
47500 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.

Tel: 603-5622 3188
Fax: 603-5622 3199


Waktu Operasi 

Isnin hingga Jumaat :
10:00 am - 07:00 pm

Sabtu:
10:00 am - 07:00 pm

Ahad dan cuti umum, tutup.

Lokasi yang lebih tepat boleh rujuk disini, jalan ke HQ Shaklee.

Boleh juga masukkan koordinat Shaklee HQ : Latitude 3.06971 , Longitude 101.60960 kedalam GPS anda atau menggunakan aplikasi The Waze, taip keyword  'The Pinnacle' dan tekan search.


Ok, selamat berkunjung ke HQ Shaklee dan terima kasih sudi membace entri ini :)






Cari Artikel