Cara Mudah Lebatkan Rambut | Pengedar Vivix Shaklee, Pengedar Shaklee Kuala Lumpur

26 May 2015

// // 2 comments

Cara Mudah Lebatkan Rambut

Assalamualaikum dunia (nyanyi macam lagu Faizal Tahir cket...Apa kaba diri dan hati kita hari ini? Semoga masih 'hidup' sebelum kita mati... Orait untuk entri kali ini, akak nak share petua yang ramai orang cari iaitu Cara Mudah Lebatkan Rambut.




Biasanya yang lebih gusar perihal rambut ni dah tentulah kaum Adam. Husband akak cakap orang lelaki paling takut 2 benda ni, 1st perut buncit 2nd kepala botak. Betul ke? Ape-ape pun semua orang ade nightmare sendiri.


Ok tak sabar dah nak tengok petua mudah dan really works ni ok jom check this out.


1. Buat teh dari daun kari




  • Tebus beberapa helai daun kari dalam air. 
  • Picit limau nipis dan tambah gula sedikit bagi ada rasa. 
  • Minum teh ini setiap hari selama seminggu akan membantu meningkatkan pertumbuhan rambut, buatkan rambut menjadi lebih licin, bersinar dan kurangkan uban!


2. Buat Pupur (mask) Rambut 




  • Ambil beberapa helai daun kari, tumbuk hingga lumat dan tambahkan yogurt
  • Sapukan pada rambut dan biarkan selama 25 minit, kemudian bilas dan syampu seperti biasa. 
  • Amalkan pupur ini setiap minggu secara konsisten untuk mendapatkan hasilnya. Lebih banyak rambut baru akan tumbuh, bukan itu sahaja rambut juga akan menjadi lebih bersinar, licin dan beralun.

3. Tonik Rambut 
  • Ambil beberapa helai daun kari dan campur dengan sedikit minyak masak. 
  • Panaskan diatas api sehingga membentuk sebatian hitam.
  • Sejukkan dan sapu ke atas rambut sehingga kekulit kepala.
  • Biarkan selama 1 jam kemudian cuci dengan syampu.
  • Gunakan tonik ini 2 kali seminggu hasilnya akan dilihat hanya selepas 2 minggu
  • Tonik ini akan merangsang pertumbuhan rambut baru dan elakkan rambut menjadi uban. 






Pengambilan daun kari sangat baik untuk sistem penghadaman, masalah berkaitan buah pinggang dan menyelesaikan pelbagai masalah rambut.


Dah habis ha apemacam, kalau nak cantik, hensem, muka takde jerawat, kulit tegang, rambut lebat, perut kempis semua ni mesti kene rajin. Mudah camne pun petua yang diberi kalau empunya diri macam-macam alasan memang good byela rambut lebat. Pulau kat atas kepala makin lama makin besar huhu...


Lebat betul rambut ni, berkilat pulak tu sihat je...


Selamat mencuba dan semoga berjaya mendapatkan rambut yang sihat, lebat, bersinar dan kuat.

Sumber : Facebook Home Tips 





2 comments:

  1. Lambut masih lebat tapi ada tak petua untuk kurangkan uban... :)

    p/s: Terima kasih kerana sudi bersama Relaks Minda...anda amat2 dihargai

    ReplyDelete
  2. Shah rukh khan! huhu sedap ke daun kari buat teh?

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen <3

Cari Artikel