Alhamdullilah, time akak stil bujang ramai kawan-kawan yang menyusu badan anak diorang. So even sebelum kenal dengan husband time tengah duk takut adakah aku ni bakal andartu, dalam hati dah pasang niat andai satu hari nanti ada anak memang nak breastfeed sampai umur 2 tahun.
Persiapan sebelum Mujahid lahir pun langsung tak beli botol susu even , even yang kecik pun memang tak beli, sebab dalam hati dan otak ni duk terbayang susukan baby direct takde pun bayangan bagi susu botol.
Cabaran Susukan Mujahid
Selepas Mujahid lahir bermulalah cabaran susukan anak. Sebenarnya akak susukan je Mujahid dan dalam otak ni duk piki, betul ke susu aku keluar ni? Tengok die hisab cam beriya, adela kot susu ni. So teruskan jela...Macam-macam cabaran nak susukan anak penuh ni.
Untuk 1st time jadi ibu cam akak ni, akan timbul masalah puting takdela, puting kecikla, mulut baby kecikla susah nak masuk puting mak, puting susu besar mulut baby takle masukla, puting kedalamla, macam-macam...Masalah puting aje dah satu buku.
Kalo kite tengok kronologi orang beranak ni memang panjangla tempoh sakit die tu..Mule-mule sakit beranak, kalo yang czer sakit tempat jahit tu kalo yang normal sakit tempat yang sakitla..So masuk fasa berpantang nak bagi tempoh supaya sakit-sakit tu pulih, badan ibu kuat balik, dan masa penyesuaian ibu dan anak.
Biasanya berpantang kita akan breastfeed anak kite, ha ni tambah lagi sakit bengkak susu...fuhh sakit..berdenyut-denyut..So mak-mak ini akan alami ujian kesakitan yang panjang..Kalo kite piki balik rumah nak rehat selepas penat melahirkan anak, rasenye silap jugak kot. Sebab baby akan kerap bangun malam lapar susu.
Time ni memang mencabarla bagi akak, badan kite lemah, pergerakan terbatas, malam-malam bangun dalam 3 ke 4 kali camtu..sebab susu badan ni senang hadam 2 jam je biasa baby akan lapar balik mitak susu.
Sebab tu kalo ade masalah dengan penyusuan, kene doa supaya Allah kuatkan kite, sabar banyak-banyak supaya tak terus suakan baby tu dengan susu formula. So that kite boleh tido takpela baby boleh pass kat nenek die jage...kalo ikutkan hatila semua pun nak senang...
Tapi memikirkan kelebihan susu ibu pada diri sendiri dan anak kite dan kemungkinan yang akan berlaku bile bagi baby susu formula. Akak kuatkan diri bangun susukan Mujahid, sabar-sabar sampai ade 1 malam tu, Mujahid lambat sangat tido..
Akak attached susukan die dari petang sampai kemalam jam 11 baru die betul-betul tido, bile kite lepaskan dari puting tu die tak nak hisab lagi. So slow-slow akak letak die atas katil akak pun nak rehatkan badan yang sakit-sakit ni. Tiba-tiba dengar Mujahid nangis, akak tengok jam baru jam 12!!
Maknanya die tido cuma 1 jam, time ni akak betul-betul tension sampai menangis. Penatnye Allah je yang tahu. Dan time tengah emosi tak stabil ni akak boleh jadikan hal ini alasan tuk quit breastfeeding so boleh mitak ayah die jage bagi susu botol senang. Tapi ish takmo-takmo..
Kuatkan diri, sabar banyak-banyak. Sekurang-kurangnya Mujahid nak minum susu akak. Ade jugak kes baby taknak susu mak die. Ha yang ini lagi naye..Bersyukurlah Mujahid pandai dan nak minum susu ibu.
Berat Badan Turun, Demam dan Sakit Kuning
Waktu mule-mule balik dari hospital, 2 hari duduk rumah akak perasan pipi Mujahid dah makin turun, tak tembam macam waktu lahir. Die pun kene sakit kuning dan demam so kami semula kehospital Ampang. Memang kene tahan ward sebab kuning tinggi. Bile timbang berat Mujahid turun dari 2.77 kg tinggal 2.4 kg je..tambah tolak 300g turun.
Time ni memule berkenalan dengan perasaan risau seorang ibu, tak tau nak cerita camne... Bile ingat-ingat balik kaji-kaji punca utama berat turun ialah pelekapan tak betul (latching).
Mulut baby kecik tak melekap dengan betul pada puting ibu atau boleh jadi kedudukan baby dan ibu tak kena menyebabkan penyusuan tak sempurna, susu tak masuk banyak so Mujahid tak susu sampai betul-betul kenyang setakat basah tekak baby je..
Bile akak tahu je rupe-rupenye inilah punca berat Mujahid turun, memang akak nangis sampai sakit dada. Akak salahkan diri sendiri sebab cuai, tak pandai dan macam-macam lagila. Rupe-rupenye masalah pelekapan ni memang berlaku bukan saja pada mak-mak baru tapi yang dah ade anak 3-4 orang pun akan ade mengalami masalah ni.
Kalo bagi susu botol awal-awal mesti tak berlaku masalah latching ni. Malam-malam bangun pun buat susu, boleh mitak mak ke husband ke yang buatkan, akak boleh tido dengan gembira...boleh tak piki camni? hmmm boleh jugak..tapi apepun bagi anak susu badan atau susu formula tetap ada cabaran sendiri..
Puting Melecet Luka
Lagi satu masalah berat bile latching tak betul ni puting senang melecet, luka (crack) dsb...sakitnye Allah je yang tahu. Time baby kite tengah menyusu tu macam sungai air mata kite jatuh...tapi akak tak nangis cume hentak kaki sikit-sikit, genggam penumbuk nak tahan sakit..
Sebab tu suami-suami kene support orang rumah yang nak breastfeed ni, banyak ujian, macam kesakitan yang dialami oleh ibu-ibu ni baik sakit fizikal mahupun emosi...
Salah satu sebab akak nekad nak bagi susu badan is bile tengok anak sedara menangis tak boleh tido malam sebab kembung perut. Sebenarnye akak tak pasti ape puncanya, tapi hati akak kuat cakap sebab susu die tak sesuai. Tempoh nak jumpa susu yang betul tu memang berganti-gantila susu.
So dari apa yang berlaku akak dah nekad dalam hati ade rezki aku kawin dapat anak memang akan bagi susu badan je walau ape pun yang jadi. Ujian nak menyusu anak ni bukan setakat datang dari diri sendiri je, tapi famili, kawan-kawan even husband pun boleh jadi ujian...
Cabaran Dari Orang Sekeliling...
Waktu Mujahid 3 bulan akak perasan berat die naik tak banyak tak macam baby lain. Berat die naik sikit je..badan Mujahid memang kecik. Kalau cek dekat KK (Klinik Kesihatan) tu berat die masuk line kuningla...So time nila tekanan datang dari pelbagai sudut.
Mak mertua memang bisingla awal-awal die advice mitak campur susu, katenye kesian dengan akak dan Mujahid. Susu badan sikit so Mujahid minum tak puas, so sikit-sikit nak menyusu then akak pun penat. Make sense jugak...
Time ni husband dah belikan dah susu Nan, tapi dalam hati akak duk berdoa biarlah jadi ape-ape yang menghalang Mujahid dari minum susu botol tu...huhu...sedih tau time ni. Nak dijadikan cerita Mujahid tido dengan lenanya selepas akak susukan die..
Selepas die bangun tak banyak merengek dan petang tu jugak memang plan kami balik KL, so selamatla..sampai KL akak sorokkan susu tu boleh tak? huhu lawak jugak.
Susu Badan Sedikit
Tapi suke atau tak ade betulnye ape yang mak mertua akak cakap. Memang ade masalah dalam penyusuan tapi akak tak tau ape. Time susukan die selalu die lepaskan dan nangis, mak akak cakap susu tak keluar atau maybe susu sikit.
Sampai satu mase mak akak sendiri pun geram dengan akak. Seolah-olah sengaja biarkan anak kelaparan, tahan je telinga dengar tangisan anak yang lapar, tahan je tengok Mujahid yang kecik compare baby lain yang sebaya dengan die..
Berat Mujahid Turun
Time ni la akak kene boikot, sedih tak payah cakapla...memang nangis je kite ni. Time Mujahid 5 bulan kami bawak die check up kat KK memang berat die turun 100g jumpa doktor. Doktor advice continue je breastfeed sampai die 6 bulan then bagi makan pejal tengok berat naik tak...
Sebab doktor kata Mujahid aktif tak nampak macam baby tak cukup susu. Dan alhamdulillah Mujahid tak sakit atau demam. Tiap kali kene inject pun tak demam..
So akak sabar jela keraskan hati, kadang selalu gak terpiki balik betul ke tindakan aku ni? Bagila susu formula senang habis cerita mesti badan Mujahid debab, Adakah aku ni pentingkan diri sendiri? Adakah aku seorang ibu yang kejam sengaja biarkan anak kelaparan?
Babyku Kecil
Baby-baby lain yang minum susu formula tu ok je sihat je gebu bukan main..apsal yang aku berkeras sangat nak pertahankan susu ibu ni? Betul ke ape yang aku perjuangkan terhadap Mujahid ??
Berbaloi ke hadap semua ni semata-mata nak bagi golden drops dekat Mujahid sedangkan tengok pada diri die yang kecik tu memang ade masalah yang kene setel down.
Tapi sekarang ni saat akak tengah taip ni betapa akak bersyukur Allah tuangkan sedikit kesabaran untuk hadapi fasa yang menguji tu. Dan akak belajar banyak perkara dan discover ape salah silap yang akak lakukan.
Expressed Breast Milk (EBM)
Masa dalam tempoh berpantang akak pam susu dengan tujuan buat ebm (express breast milk) sebab time tu asyik bengkak susu je. Sakit bukan main so akak pun pamla, lepas pam bagi susu kat Mujahid mak aiii sakitnye, tak pastila kenapa boleh sakit sangat lepas pam tu bagi susu, mungkin kene ade sela masa kot baru bagi susu, tak boleh terus bagi entahla..
Masalah penyusuan direct ni kita dan sesiapa pun tak tahu berapa amount susu yang anak kite hisab. Yela camne nak ukur, konsep penyusuan ialah supply dan demand. Bebila baby kite lapar kite mesti susukan die dan biar die sendiri yang berhenti maknanya dah kenyang la tu...
Akak tak buat ebm so akak sendiri, mak, famili sume tak tahu dan tak nampak berapa banyak susu yang Mujahid dah hisab! So bile berat die turun akak memang takde jawapan nak bagi akak cume senyap je nak jawab celah mana pun tak tau, akak cume bagitahu yang doktor mitak susukan sampai 6 bulan jugak, tu je...
In the mean time tu akak cube pam susu tapi sikit je yang keluar, sebab dah stop pam susu lama since peristiwa sakit tu. Bile pam susu balik dapat sikit je tapi still jugak akak kumpul untuk top upkan Mujahid bebile if die still menangis after menyusu.
Susu perah keluar sedikit memang menguatkan hujah orang untuk bagi Mujahid susu formula. Habis pantang akak tak dapat berat badan asal sebelum mengandung so akak usaha diet semata-mata nak slim balik. Akak dah tak keje duk umah so usaha menguruskan badan menjadi lagi susah.
Diet Ketika Menyusu Anak!
Akak cut down calorie intake tanpa mengetahui yang ibu menyusu ni kalori harian yang diperlukan lebih banyak dari wanita mengandung. Hello Huda you're feeding a human being ok? Betapa jahilnya diriku tentang ilmu penyusuan...betul agaknya aku ni mak yang kejam (sedihnya...)
Disebabkan cubaan akak untuk kurus so susu badan akak pun terjejas, ini pun boleh jadi salah satu punca berat Mujahid tak naik dan ade lagi beberapa sebab lain. Cara kite susukan baby pun mesti betul. Susukan sebelah payudara sampai lembik then baru tukar sebelah lagi.
Penting supaya baby dapat susu akhir yang lebih pekat, banyak lemak dan protein supaya baby kenyang betul. Tapi akak tak buat macam tu, akak selalu tukar-tukar dan cara camni mungkin buat Mujahid tak dapat susu akhir..Ini kemungkinan-kemungkinan kesilapan yang akak buat.
Semua ini selepas akak google sebab berat baby tak naik, baby kecik dan macam-macamla. Disamping tu jugak akak ade berbincang dan dapatkan nasihat daripada lactation kaunselor untuk cari punca masalah akak. Lactation counselor tu tak lain tak bukan upline akak dalam Shaklee jugak iaitu Master Siti Salwa.
So ape akak buat lepas discover semua ni, akak stop diet takpela sabar je dulu bile Mujahid umur setahun baru akak nak piki pasal diet semula. Akak minum ESP balik lebih kerap 2 kali sehari memang meriah milk supply lepas tu...Alhamdulillah...
Set Menyusu Premium
Disamping tu akak amik juga suplement lain seperti Vitalea, B-Complex, Vita C, Alfafa, ESP dan Ostematrix. Semua ini untuk perbetulkan balik hormon akak. Gara-gara akak diet semua jadi kacau huhu... Semua ini adalah Set Menyusu Premium.
Cara menyusu pun akak usaha betulkan walaupun susah...sebab dah terbiasa even sampai sekarang pun...
Bile Mujahid dah stat makan pejal memang naik banyak berat die, pipi pun makin bulat...Alhamdulillah...akak stil teruskan penyusuan untuk die dan still nekad takmo campur dengan formula milk insyaAllah. Akak akan berusaha untuk fulfill haq Mujahid dapat susu ibu penuh 2 tahun...
Ruam Susu
Selain berat badan Mujahid ade jugak isu lain iaitu ruam susu. Since Mujahid umur 3 bulan, akak la menggatal makan udang esoknye terus pipi Mujahid merah naik ruam. Lepas tu non stop akak letak krim kat pipi die supaya jadi gebu balik sampai hari ini
Macam-macam krim dah akak cube, disamping tu akak makan jugak Omega Guard dan GLA Complex licin jadinya pipi die. Tapi sekejap je pastu naik balik. Akak pulak tak konsisten makan hmm lagi memburukkan keadaan...
Ade sekali tu kami keShaklee untuk beli barang customer, ade seorang brader ni inform akak kene pantang makan ayam dan telur. Kalau akak makan semua tu habis lagi teruk ruam kat pipi Mujahid. Akak pun obey the law, tapi pipi Mujahid still takde tanda-tanda nak baik.
2 Orang Pakar Untuk Mujahid
Pergi jumpa 2 pakar, 1st jumpa pakar kanak-kanak @ peditrician kat An-Nur Bandar Baru Bangi. Doktor tanye ade tak famili ade yang sakit asma, resdung atau alergik apa-apa. Bagitahu takde, then ingat-ingat balik nenek akak belah ayah ade resdung teruk sampai meninggal.
So doktor bagitahu masalah ruam pada baby is common problem. Die pun bagila krim pakai kat pipi, moisturizer dan ubat makan (anti-histamine), balik tu akak pun beriya la pakaikan Mujahid tapi memang takde perubahan..
Pantang Makan
Kecewa memangla, surut sikit pun tak...Still merah, kering, merebak makin banyak penuh pipi die...sementara tu akak teruskan pantang makan. Seksa memangla seksa tapi nak buat camne langgar pantang anak kite yang seksa sebab menyusu badankan...
So banyak makanan kegemaran akak cume tengok je atau rasekan die tu macam angin lalu je, kalo tatap lama-lama memang rase nak batalkan je 'puasa' ni...huhu...
Kek, roti, puding roti, semua yang letak telur, segala masakan ayam, dahla seafood memang banned, termasukla sambal belacan, so masakan-masakan yang ade letak belacan pun akak kene blacklist...good bye semua...sob..sob...
Bile tak berhasil tu kami pergi jumpa pakar kulit plak, google-google jumpa klinik Pakar Kulit Dr Md Nor kat Jalan Tar. Jumpa doktor tu die kate akak tak perlu pantang makan sebab takut kualiti susu turun, Mujahid yang perlu avoid certain food macam susu dan telur.
Dah pulak, die pun advice bagi Mujahid makan ikan as sumber protein untuk baikkan kulit dia. Doktor Md Nor tu bagi krim siang dan malam, moisturizer dan ubat makan (ha dah macam skincare orang dewasa)
Balik tu akak apply la as per advice memang ade perubahan positif, yang kering-kering semua tanggal tinggal. Alhamdulillah seronoknye akak, tapi baki-baki tetap ada. Akak pulak bile doktor bagitahu tak perlu pantang makan, akak pun bantaila makan macam-macam kecuali seafood.
Sudahnya ruam die naik balik cumenye tak banyak macam dulu. So kesimpulannya memang akak wajib pantang makan, tapi kali ni lagi tighten dari dulu. Ini semua rule mak akak, phewww seksanya nak mengikut.
Strict Pantang Makan
Selalu akak bukak peti ice tu then tutup balik sebab takde yang akak boleh makan...huhu...sedih tau. Akak tak boleh makan ayam, udang, sotong, kerang, segala bagai..., even sos tiram pun tak boleh, belacan, so sambal nasik lemak pun tak boleh sebab biasa orang letak belacan...
Kalau kategori buah pulak, buah-buah yang berbau tak boleh, mak akak cakap bisa contohnya durian, good bye durian...dengan ini sah akak bercerai hidup dengan tempoyak dan gulai tempoyak sobb...sobb...
Mangga, kuinin pun tak boleh, akak sendiri pun tak pasti nape, kalo ikut hati memang takmo ikut pun pantang macam-macam ni tapi kalo langgar pantang Mujahid pulak kesian asyik gatal...
Pastu dalam hati mulala menyesal apsal la semalam gatal pegi makan macam-macam...hmmm takpela berkorban demi buah hati tercinta.
Semua tu kategori makanan kalau minuman pulak ha yang ini pantang ibu lepas bersalin dan menyusu, akak memang tak minum ateh tarik, teh ice, nescafe, air gas, air cincau, aiskrim, jus buah yang tertentu je boleh...
Sebabnya semua minuman diatas ada yang boleh buat baby angin kang kembung pulak Mujahid menangis je...dan ade sesetengahnya 'sejuk' bagi orang lepas beranak. Wajib pantang 2 tahun tau...ha nangis tak? Nangis tau...even kadang akak curi gak telan ais krim huhu...
Uihhh panjang dah ceritakan...sekarang akak masih berpantang..kalo bagi susu formulakan senang, takyah pantang-pantang, lecehla rimas nak kene pantang macam-macam ni.
Pergi mana-mana pun takdela terikat nak susukan Mujahid, bancuh je susu tu..Nak tinggal dengan orang pun senang, sebab tak semua orang selesa dengan ebm, yela kene panaskan balik leceh..
Kalo susu botol bancuh je senang,
Boleh berfesyen macam-macam, sebab baju nursing friendly limited cket. Boleh diet sesuke hati then sarung balik baju time bujang...Boleh sangat...
Semua ini boleh jadi alasan taknak breastfeed anak. Tapi hati kita taknak macam tu...Tambah tolak macam-macam, berapa pun harganya tetap nak bagi susu badan kat Mujahid.
Terlalu Banyak Kelebihan Breastfeeding
Over 400 nutrient dalam susu ibu, susu paling senang hadam, paling fullfill baby development, boleh kuatkan imuniti baby, rasa pulak berbeza-beza depends pada apa yang mak die makan, hebat camne pun susu formula tetap tak tanding susu ibu sebab susu ibu Allah yang cipta.
So kenapa pulak akak perlu berpaling, takpela sabarla kene pantang macam-macam, dengan condition Mujahid camni bagi susu formula kemungkinan besar lagi teruk ruam die, silap-silap haribulan naik 1 badan, sekarang cume kat pipi je...
Bile akak hisab diri, buat kire-kire balik semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. Semua ibu pasti nak beri yang terbaik buat anaknya tak kisahla susu ibu atau susu botol. Tak boleh nak cakap tak bagus bagi anak susu botol sebab kita pun tak tau ape masalah die.
Kalau mak, bapak, adik beradik, kawan-kawan yang tak setuju kite bagi susu badan bukan sebab diorang tak sayang kat kite, sebab diorang sayangla reaksi mereka begitu. Mereka sayangkan kite dan lebih sayangkan anak kite. Mereka ambil berat so mereka cube membantu dengan cara mereka.
Please Support Breastfeeding
Diorang kesian dengan kite sebenarnya...Sabarla banyak-banyak, mengadulah pada Allah dan join group breastfeeding, kat situ kite akan dengar masalah orang lain yang lagi dasyat dari kite...ha baru ingat nak bersyukur.
Pada suami-suami yang orang rumah nak bagi anak susu badan, supportla rusuk kiri anda tu. Jangan buat mereka rase keseorangan memperjuangkan yang terbaik buat zuriat anda. Niat dan tindakan isteri anda tu suci, so anda perlu support insan yang anda sayang tu..
Dan sekarang ni akak enjoy sangat susukan Mujahid, comel je tengok die menyusu dengan kitekan...Dalam hati rase bersyukur sangat Allah pilih kite untuk breastfeed anak. Doakan akak berjaya menyusukan Mujahid 2 tahun penuh aminnn....