Resipi Kek Coklat Moist Tanpa Telur | PENGEDAR VIVIX SHAKLEE KUALA LUMPUR

16 August 2015

// // 2 comments

Resipi Kek Coklat Moist Tanpa Telur

Assalamualaikum semua...selamat berhujung minggu.. Dah lama akak nak share Resipi Kek Coklat Moist Tanpa Telur ni. Since akak menyusu penuh Mujahid dan die pulak alergik kalo akak makan telur, ayam, seafood, even daging pun boleh makan sikit-sikit je.


Sekarang pulak ada telur palsu so bagus juga if ade alternatif lain yang kita boleh gune dalam masakan untuk gantikan telur. Sejak dari anak dara lagi memang akan selalu buat Kek Coklat Moist ni tapi of coursela guna telur.


Tetapi memandangkan keadaan sekarang akak kene puasa telur takkan akak kene puasa sekali Kek Coklat Moist favorite akak ni. Nehi, nehi kabhi nehi....hihihi...(speaking Hindustan sikit). So akak cuba Google resipi Kek Coklat Moist without egg atau Eggless Moist Chocolate Kek.




Dan tadaa...banyak sebenarnya, macam-macam resipi yang keluar. Akak pun dah cuba dan hasilnya pun marvellous gitu. Ok dah tak sabo nampaknya, let's check it out!


Resipi Kek Coklat Moist Tanpa Telur


Bahan A

2 cawan tepung gandum
3/4 cawan serbuk koko
1 sudu makan soda bicarbonate
1 sudu makan baking powder
2 cawan gula icing

Semua ni perlu diayak kecuali gula (kalau nak ayak sekali pun boleh), selepas ayak, kacau dengan sudu bagi bercampur semua bahan termasuk gula icing sekali.


Bahan B

1 cawan susu Full Cream Dutch Lady
2 sudu makan nescafe
2 sudu makan yogurt asli

Kacau nescafe dalam susu sampai larut


Bahan C

1 cawan air panas
1 sudu teh garam

Kacau garam dalam air panas sampai larut


Bahan D

1 cawan minyak masak
1 sudu teh essence vanilla



Cara-cara

1. Panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius .

2. Masukkan Bahan B dan Bahan C kedalam Bahan A. Kacau dengan mixer sehingga sebati.

3. Kemudian masukkan Bahan D, kacau sehingga sebati jugak.

4. Ambil loyang 9 inci, greasekan (sapu butter atau marjerin atau lemak sayuran keatas loyang sehingga rata, semua permukaan kene, kemudian ambil tepung gandum 1 sudu ratakan atas loyang tersebut). Ini untuk memastikan kek tidak melekat diloyang apabila masak.

5. Tuang adunan kek tadi dan masukkan kedalam oven yang sudah panas.

6. Masak sehingga 40 minit atau lebih (bergantung pada oven masing-masing).

7. Cucuk menggunakan garpu atau pisau atau lidi, jika keluar bersih kek tak melekat maknanya dah masak.

8. Keluarkan dari oven dan letakkan atas jaring besi (atau apa-apa yang ada ruang udara antara loyang dan meja, jangan direct terus atas meja)

9. Bila kek dah sejuk atau capai suhu bilik, simpan dalam peti ice semalaman.


Resipi Topping Kek Coklat Moist.

Bahan-bahan

1. 500 g coklat masakan
2. Setengah cawan susu sejat atau susu cair.
3. Coklat rice atau coklat chip secukupnya


Cara-cara

1. Panaskan coklat masakan menggunakan teknik double boil.
2. Bila dah cair sikit masukkan susu sejat, kacau hingga sebati
3. Kalau coklat masih rasa pekat boleh tambah lagi susu hingga mendapat kepekatan yang kita suka.
4. Kemudian boleh tuang terus atas kek yang kita dah sejukkan tu.
5. Tabur coklat rice atau coklat chip keatas coklat cair tadi dan Tadaa...inilah hasilnya :)








Senang tak? Buatla hasilnya memang pueh hati sangat-sangat. Macam-macam resipi akak dah cuba tapi yang inilah paling sedap dan ramai orang suka.

Dulu akak siap ambil order lagi jual kek ni, tapi sekarang dah pencen amik order. Buat tuk makan sendiri je. Bila-bila family request akak buat. Simpan dalam peti ice tahan lama tau!

2 comments:

  1. fevret ramai kan kek coklat moist ni huda...

    ish tiba2 teringin pulak

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen <3

Cari Artikel