9 Manfaat Senaman Yang Buat Anda Nak Bersenam Sekarang Juga | Pengedar Vivix Shaklee, Pengedar Shaklee Kuala Lumpur

03 September 2015

// // 3 comments

9 Manfaat Senaman Yang Buat Anda Nak Bersenam Sekarang Juga

Assalamualaikum, apa kaba? Waktu kat UKM, time akak mule-mule decide untuk serius menurunkan berat badan, akak nekad untuk jogging ditrek kat stadium. Bila akak konsisten haslinya memang mengujakan. Kali ini akak suka nak share 9 Manfaat Senaman Yang Buat Anda Nak Bersenam Sekarang Juga!

Ramai orang nak bersenam, tapi setakat nak je, semangat meluap-luap tapi setakat semangat je. Bila ajak bersiap tuk pergi jogging ke, main badminton ke, ape-apela badan jadi lemah, perasaan malas tu menyelubungi diri sampai tenggelam kita.


Akhirnya bersenam cuma setakat disebut je, praktikal ilek. So kekalla kita dengan lemak-lemak yang memang seronok dalam badan kita. Berbulan-bulan, bertahun-tahun sel-sel lemak pun makin membesar dan makin bertambah.


Apa kata kita buang semua alasan, dan halau lemak-lemak dari badan kita jangan bagi die datang dah sampai bebila, apemacam nak tak? Selepas tahu 9 manfaat senaman ni, akak yakin mesti rasa menyesal sangat-sangat kenapala awal-awal lagi aku tak exercise, ha gitu....



1.Kita mampu mengubah badan kita yang tembam menjadi slim, ramping, ade cutting lagi dengan bersenam. Kalau nak tahu salah satu rahsia orang yang kuat makan tapi maintain kurus sebab mereka mempunyai lebih enzim yang membakar kalori.




Mereka ni bernasib baik sebab memang Allah anugerahkan lebih enzim ini buat mereka, tapi ada berita jika kita rajin bersenam, hal ini akan membantu meningkatkan dan mengekalkan enzim pembakar kalori dalam badan kita.

Maka bersenam akan membantu kita slim dan yang lebih penting kita akan stay slim selagi kita tak makan overload setiap hari.


2. Kebanyakan lemak dibakar pada otot kita. Bila kita bersenam badan kita akan membentuk lebih jisim otot lalu meningkatkan jumlah lemak yang dibakar. Ha best tak?

Tetapi jika kita tidak bersenam, kemungkinan kita akan kehilangan jisim otot. Pada masa akan datang sukar untuk kita tak gemuk huhu...Inilah salah satu sebab berlakunya diet yo-yo. Gemuk-kurus-gemuk balik. Kita dapat balik berat yang hilang selepas setahun.


3. Bila kita cerita pasal bersenam, tak semestinya kita kene berlari marathon 50km, angkat berat 100kg, naik gunung turun gunung 5 kali sebulan. Atau beli alatan senaman canggih-canggih yang regenya ribu riban.




Tak perlu semua tu, cukuplah jika kita konsisten berjalan laju setiap hari paling kurang 30 minit lagi bagus kalau sampai sejam. Buat macam ni je setiap hari dah cukup untuk meleburkan berkilo-kilo lemak!




Orang yang pergi kerja hari-hari naik tren, naik bas, kadang-kadang naik 2 tren turun naik bas lagi. Apa kata anda manfaat peluang ini dengan berjalan kaki laju-laju instead of kita lenggang kangkung.

Kalau naik tukar lrt star ke putra distesyen Masjid Jamek tu, guna tangga dari naik escalator.
Akak jamin sebulan praktis memang lebur lemak-lemak yang ada...


4. Tenaga yang digunakan bagi menjamin denyutan jantung, otak yang aktif dan badan yang hidup dinamakan kadar metabolisme basal. Bila kita bersenam, ianya akan meningkatkan kegunaan kalori melalui cara ini.

Secara kita tidak sedar kita membakar lebih lemak walaupun kita tengah tidur. Percaya tak?


5. Inilah part yang paling best. Selepas bersenam selera makan kita akan berkurang selepas beberapa jam. So sesiapa yang selalu mengadu susah nak diet sebab susah nak kawal nafsu makan, maka bersenam adalah lawan anda.


6. Senaman akan membuatkan kita lebih alert dan badan kita slowly jadi fit. Tubuh kita akan selalu berada dalam paras tenaga yang bagus dan kita juga akan lebih cool dan rilex. Bila kita diet tapi langsung tak bersenam kita akan senang rasa gelisah tanpa sebab.


7. Bersenam membuatkan badan kita membakar lemak dan bukannya jisim otot yang bernilai. Bila kita asyik diet, diet, diet tapi langsung takmo exercise hatta jalan kaki pun malas, so kita akan hilang otot dan tone otot yang ohsem.


8. Badan kita akan tampak lebih mentap, otot kental, cutting body pun menarik sekaligus meningkatkan keyakinan diri kita. Bukannya lembik dan gelebeh. Awet muda dan kulit pun lebih cantik!





9. Kita akan mengurangkan risiko diserang penyakit-penyakit seperti osteoporosis, sakit jantung, kencing manis, pelbagai jenis kanser dan penyakit darah tinggi. Kita akan rasa lebih cergas dan sihat berbanding dulu.


Ha camne teruja tak nak pergi exercise, mesti tengah pergi cari sport shoes ni hihi...akak dulu exercise dalam bilik je dik, tak perlu pun sport shoes bagai.


Bukak lagu rancak kuat-kuat, pasang earphone yela kang bising pulak jiran umah. Bile kita dengar lagu-lagu fast beat ni automatically nak bergerak.

pinjam gamba abang sado jap kihkihkih...


Akak jogging setempat setengah jam habis berpeluh badan. Rehat kejap kemudian sambung buat sit up nak bagi perut slimla konon. Kalo istiqamah boleh keluar otot kat perut akak tu. Tapi tak rajin nak buat hari-hari huhu...


Okla akak harap semua enjoy dan semangat nak bersenam selepas ni. Rugi sangat-sangat kalau kita nak slim tapi senaman tolak tepi. Harapkan kawal makan dan ambil produk je, huhu tak betul tu sayang...Terseksa kita nanti.


Last-last duit habis, badan stil bam-bam, kita pun jadi penat dan jemu kawal makan. Jangan camtu ye. Bawak-bawakla bersenam ya, InsyaAllah bagus tuk kita :)

3 comments:

  1. senam ni olah raga yang menyenangkan...

    ReplyDelete
  2. memang kena rajin bersenam.

    untuk masa depan yang lebih cemerlang.

    hoho..

    ReplyDelete
  3. dah tak ada alasan untuk tak senaman

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen <3

Cari Artikel