25 December 2015

// // 20 comments

Cara Mudah Atasi Rambut Gugur Dengan Shaklee

Assalamualaikum semua :) Apa kaba? Hopefully masih sihat agar mampu beribadah pada Allah aminnn..Ok akak nak terus pada main topic, akak nak share pasal Cara Mudah Atasi Rambut Dengan Shaklee.

Susah hati tak kalau untuk kesekian lamanya kite dibelenggu oleh masalah rambur gugur. Akak yakin mesti risau tak hingat punye...

Tak kesah lelaki atau wanita, pasti mengimpikan rambut yang sihat, lebat, bersinar, kuat hingga keakarnya so tak mudah gugur atau putus.

Selalu akak perhatikan dikalangan lelaki yang mengalami masalah rambut gugur hingga nak botak memang terjejas keyakinan dirinya.

Jangan ingat orang tua je gugur rambut sampai botak, no no..orang muda pun ramai, tak kawin lagi tapi kepala dah nak botak huuu..kesian...muka dah hensem tapi botak pulak.




Ini semua sebab diawal-awal rambut gugur dan makin menipis kita duk ignorenya sampai dah nak tumbuh pulau atau dah makin meninggi ketengah kepala baru kita sibuk-sibuk cari penawar. Jangan macam tu...Tak kesian ke dengan diri sendiri?

Untuk kaum Hawa lain sikit versionnya, kalau yang Islam tu alhamdulillah boleh cover dengan tudung, tapi depan suami atau keluarga macam mana, takkan dalam rumah pun nak bertudung?

Bengang je bile dekat lantai bilik tidur, ruang tamu, dapur, bilik air lagi tak payah cerita...takde rambut kite yang gugur memang tak sah.

Bila diikat rambut tu kecik je ikatannya, makin panjang rambut makin banyak yang gugur. So cita-cita untuk ade rambut yang cantik panjang mengurai dengan potongan fesyen rambut ala-ala retis terkubur je bersama gugurnya rambut-rambut dilantai. Oh tidak....



Sebut jenama shampu apa yang kite tak pernah cuba, semua dah pernah gune tapi masalah ni macam takde jalan keluar (yeke?). Bubuh minyak, tonik rambut, kadang-kadang rajin buat jugak petua tradisional tumbuk daun bunga raya atau sapu lendir lidah buaya kat rambut.

Tapi konsistensi itu sukar dicapai sudahnya, memula je semangat, pastu good bye. Pastu rasa macam renyah jugak. Kesudahannya kite sapula lantai rumah kite yang dihiasi oleh rambut-rambut kite yang syahid tu dengan wajah yang tension. huhu...

Sebelum kita cerita penyelesaiannya jom kita tengok apa punca yang menyebabkan rambut kite senang sangat gugur, ok let's check it out!


Punca Keguguran Rambut

1. Tekanan Fizikal

Apa jua fizikal trauma seperti pembedahan, kemalangan kereta atau kecederaan yang parah even selsema pun boleh membuatkan rambut kite gugur tapi sementaralah. Rambut mempunyai kitaran hidup sendiri.

Fasa pertumbuhan, fasa rehat dan fasa gugur. Tekanan-tekanan fizikal ini mampu memberi kejutan kepada kitaran pertumbuhan rambut (memaksa) rambut lebih cepat ke fasa gugur. Keguguran rambut nampak ketara selepas 3-6 bulan trauma tersebut berlaku.


2. Selepas Beranak

Wanita mengandung akan sedar yang rambut mereka makin tebal dan jarang gugur. Ini kerana hormon estrogen yang tinggi ketika mengandung. Selepas melahirkan anak, jumlah hormon estrogen kembali semula keparas asal.

Kebanyakan wanita akan mengalami keguguran rambut yang lebih dari biasa. Namun ini hanya keadaan sementara, rambut akan kembali normal dalam tempoh 6 bulan hingga setahun selepas kelahiran bayi.


3. Kekurangan Protein

Bila badan kita tidak mendapat protein yang mencukupi dari pemakanan kita, badan kita akan membuat catuan protein dengan pertumbuhan rambut. Sekitar 46 - 56g protein yang diperlukan setiap hari bagi menyokong pertumbuhan rambut.

Hal ini dirujuk oleh Akademi Dermatologi Amerika. Catuan akan mula dibuat selepas 2-3 bulan kite tidak cukup makan protein.


4. Keturunan

Botak yang berpunca dari keturunan merupakan sebab paling biasa untuk rambut gugur. Keadaan ini bukan penyakit tapi lebih kepada keadaan yang semulajadi berpunca daripada beberapa perkara seperti genetik, paras hormon dan proses penuaan.

Kebanyakan lelaki dan wanita akan perasan semakin banyak rambut yang gugur seiring dengan peningkatan usia mereka. Walaubagaimanapun lebih daripada 40% lelaki dan wanita akan mengalami keguguran rambut yang lebih dari kebiasaan.

Keguguran rambut bermula dari usia 20'an dan 30'an. Bagi wanita perubahan akan lebih ketara selepas menopause. Keadaan ini dikenali sebagai 'androgeneic alopecia' dan bagi lelaki ialah 'male-pattern baldness'

Para pengkaji dah mula memahami lebih mengenai punca sebenar keguguran rambut seperti ini. Dibawah pengaruh hormon testosteron, kitaran normal rambut berubah. Ia menjadi lebih rambut yang lebih pendek, nipis atau kecil.

Akhirnya pertumbuhan rambut ditempat-tempat tertentu dikulit kepala akan berhenti sepenuhnya. Maka berlakulah botak-botak yang biasa kita lihat.

Botak ditengah-tengah kepala, botak dikeseluruhan kepala hanya tinggal rambut disisi dan dibelakang sahaja. Keadaan ini bergantung kepada genetik yang disumbangkan oleh ibu dan ayah.





5.  Tekanan Emosi

Tekanan emosi sebenarnya kurang memberi kesan kepada keguguran rambut, tidak seperti tekanan fizikal. Tetapi ia boleh juga berlaku jika kita menghadapi keadaan seperti penceraian, kehilangan orang yang tersayang atau kita jaga orang tua yang sedang sakit.

Tekanan emosi bukanlah penyebab utama kepada keguguran rambut tetapi lebih kepada menambah buruk keadaan yang sedia ada.


6. Anemia

10 daripada 49 wanita yang berusia 20'an menderita anemia yang berpunca dari kekurangan zat besi. Keguguran rambut yang disebabkan oleh anemia sangat mudah untuk dipulihkan.

Pergi cek darah dengan doktor untuk pastikan anda menghidapi anemia jenis mana (anemia ada banyak jenis). Makan makanan yang tinggi kandungan zat besi atau dapatkan suplemen zat besi.


7. Kekurangan Vitamin B

Walaupun jarang berlaku tetapi kekurangan semua jenis vitamin B, terutama biotin. boleh menyebabkan keguguran rambut. Makanlah dari pelbagai sumber vitamin B seperti ikan, daging, sayuran berkanji, buah-buahan bukan sitrus dan lain-lain.




8. Sakit Auto-Imun

Biasanya sakit auto-imun berpunca dari sistem imun badan yang terlalu aktif. Badan kita menjadi keliru dan melihat rambut sebagai bendasing lalu menyerangnya.


9. Lupus

Salah satu sakit auto imun iaitu lupus juga boleh menyebabkan keguguran rambut. Sebab yang sama iaitu sel-sel imun badan sendiri yang menyerang rambut. Tetapi kehilangan rambut dengan cara ini lebih menakutkan kerana rambut tersebut tidak akan tumbuh semula.


10. Kehilangan Berat Badan Secara Mengejut

Kehilangan berat badan secara tiba-tiba adalah salah satu trauma fizikal yang boleh menyebabkan terjadinya keguguran rambut. Berkemungkinan hal ini memberi tekanan kepada badan atau menghadkan makanan menyebabkan badan kita kekurangan vitamin dan mineral.

Rambut yang gugur disusuli dengan kehilangan berat badan yang sangat ketara adalah salah satu ciri aneroksia atau bulimia.


10. Kemoterapi

Ubat yang digunakan untuk kanser boleh menyebabkan keguguran rambut. Menurut Dr Glashofer ' Kemoterapi seperti bom nuklear, dengan pantas ia memusnahkan sel yang membahagi iaitu sel kanser dan ia turut sama memusnahkan sel yang sedang membahagi seperti rambut.






11. Polycystic ovary syndrome (PCOS)

PCOS berpunca dari ketidakseimbangan hormon lelaki dan perempuan. Hormon androgen yang berlebihan boleh membawa kepada 'ovarian cysts', berat badan berlebihan, risiko yang lebih tinggi untuk sakit diabetes, perubahan kitar haid, ketidaksuburan dan juga rambut yang makin menipis.

Berlebihan hormon lelaki juga menyebabkan pesakit PCOS berkemungkinan mempunyai bulu roma yang lebih lebat dimuka dan badan.


12. 'Overstyling'

Terlalu kerap tukar fesyen rambut juga boleh menyebabkan rambut gugur. Penggunaan bahan kimia untuk meluruskan rambut, rawatan minyak panas, warnakan rambut dan macam-macam lagi bahan kimia atau suhu yang tinggi.

Semua praktis ini boleh memberi kesan kepada akar rambut, berkemungkinan rambut anda tidak akan tumbuh kembali.



13. Penuaan

Rambut akan lebih banyak gugur dan menipis apabila masuk ke fasa usia 50 tahun ke 60 tahun.


Ha macammane, ade tak antara hal-hal diatas menjadi punca rambut anda gugur dengan jayanya? Jika ya bagaimana cara untuk menyelamatkan rambut yang masih tersisa dan hidupkan rambut baru?
Masih wujudkah harapan itu? Atau rambut lebat akan hanya jadi kenangan?


Huwaa.....Sebenarnya ada banyak cara untuk atasi masalah rambut gugur ni, kaedah tradisional ada, kaedah moden ada, kaedah orang banyak duit ada, kaedah jimat zaman gst ada.




Macam-macam ada, cuma tengok kepada kemampuan, kesesuaian, rajin atau tidak je. Untuk orang yang dah berumah tangga, bekerja lagi nak amalkan kaedah tradisional mungkin tak berapa nak konsisten sebab sibuk. 

Kadang-kadang sampai naik boring dah, tak tahu nak tukar jenama shampu ape dah, semua sama je, mengikis rambut...

Ok akak nak share kaedah yang mudah dengan hasil yang pantas, ha menarik tak pakej tu. Zaman sekarang semua suke instantkan?




Tapi takdela instat sangat, kene ingat kite ni hamba Allah yang diberi nyawa. Bukan robot masukkan program ape-ape boleh terus jadi. Cepat-cepat sangat nanti langgar fitrah pulak.

Rambut kita tu pun benda hidup, nak bagi die banyak balik of course amik mase. Tambah - tambah kalau kepala kita dah tumbuh pulau kat tengah-tengah, atau rambut tinggal kat tepi dan belakang je..
Ha so confirm amik masa untuk baiki semula.

Orait, dah ready ok let's check this out!

Memandangkan rambut merupakan anggota badan kita yang berada diluar maka untuk memulihara dan memeliharanya perlulah secara luaran dan dalaman. Akak mulakan dengan luaran dulu k


1. Revitalizing Shampoo 

Salah satu shampu dalam rangkaian Pro Sante Hair Care Shaklee. Mengandungi sistem pembersihan berpatent. Formula shampu ini menggunakan pelembap dan protein semulajadi yang berasaskan sayuran termasuklah kelapa dan jagung untuk kutikel rambut yang lebih licin.

Sesuai digunakan untuk semua jenis rambut. Sangat berkesan memperbaiki rambut yang rosak dan kering. Hasilnya rambut kekal dalam pH semulajadi, lebih kuat, bersinar, seimbang antara minyak dan lembapan.





Dengan 'Scalp Health Complex' merupakan campuran unik 10 vitamin, mineral dan herba yang hebat.  Diformulasi untuk pertumbuhan rambut yang lebih sihat secara optimum!

Tanpa Paraben!

Revitalizing Shampoo bertindak
  • mengimbangi kulit kepala 
  • menyemai rambut dengan pelembap 
  • membantu mengurangkan kusut
  • mengekalkan imbangan kelembapan dan kilauan.

Setiap kali kita menggunakan Syampu Revitalizing Pro Sante, keluar je dari bilik air, kita akan rasa rambut kita  :

  • Bersih - Berkesan menanggalkan minyak berlebihan, kekotoran dan produk dandanan
  • Kuat - Tidak menanggalkan lembapan rambut yang penting, jadinya kutikel rambut sentiasa licin dan tahan rosak, walaupun ketika rambut basah
  • Beralun- Anti-statik dan tidak mengeringkan rambut. Jadi rambut kekal beralun dengan daya tahan semulajadi.
  • Menyegarkan - Membuatkan kulit kepala rasa lebih selesa dan segar. Dengan 'Scalp Health Complex' membantu rambut lebih lembap dan bermaya.


2. Lightweight Conditioner

Ramuan dari tumbuh-tumbuhan semulajadi memperkuatkan rambut, diperkaya dengan asid pantotenik (vitamin B5), dan asid amino dari gandum membantu melembapkan rambut secara menyeluruh dan membina semula kutikel rambut.




Menjadikan rambut lebih volum, ringan dan mudah diurus,  Ianya juga tanpa paraben!
Formula hebat ini membantu setiap helaian rambut kelihatan dan rasa
  • Ringan - Menyuburkan dan melindungi rambut tanpa memberatkannya, agar boleh digunakan setiap hari.
  • Tidak Kusut -  Perapi yang ringan melicinkan dan mengasingkan rambut supaya mudah disikat tidak kira basah atau kering.
  • Mudah Diuruskan - Perapi semulajadi yang melembutkan rambut, rambut tidak kejung supaya mudah untuk digayakan.
  • Volum - Meningkatkan kekuatan rambut, rambut lebih berkilat, beralun dan tebal.

Nourishing Scalp Treatment

Tonik rambut super best dari Shaklee. Membantu menormalkan kulit kepala bagi menyediakan persekitaran terbaik untuk rambut lebat dan sihat.

Dengan 'Shaklee Scalp Health Complex' rambut lebih lembut seperti mendapat rawatan intensif. Tekstur, sinaran, warna dan ketebalan rambut akan meningkat dari masa ke masa. 

Apabila terlalu banyak rambut berada dalam fasa 'rehat', penghasilan rambut baru akan dikurangkan. Rambut yang sedia ada akan mudah rosak akibat pelbagai serangan dari persekitaran.

Ini menjadikan rambut anda ketara lebih nipis dan pincang, lemah dan rapuh serta teruk keadaannya. Rambut anda juga terdedah kepada kerosakan bahan kimia yang digunakan untuk mewarna, mengkerinting dan meluruskannya.

Tonik rambut Nourishing Scalp Treatment merawat rambut hingga kepangkal masalah. Dengan serum khas yang merangsang peredaran, melindungi dari persekitaran dan memberikan ramuan yang menyuburkan kulit kepala.




Hasilnya tadaa..., rambut yang kuat dari dalam, tidak mudah putus, mengekalkan ketebalan, lebih bersinar dan beralun.


  • Terbukti mengurangkan rambut gugur semasa disikat
  • Rambut lebih tebal dan kuat
  • Mengandungi kompleks eksklusif yang mudah diserap oleh kulit bagi membantu rambut yang sihat tumbuh.
  • Formula tanpa bilasan yang cukup lembut, boleh digunakan setiap hari untuk mendapatkan hasil yang pantas dengan jumlah rambut yang meningkat.
  • Cepat diserap dan tidak berminyak.
  • Bauan semulajadi, tiada haruman tambahan.
  • pH seimbang
  • Selamat untuk semua jenis rambut, walaupun sudah dikerinting atau diwarna.

Alhamdulillah ramai yang cuba set penjagaan rambut Prosante ni dan sangat-sangat berpuas hati. Hari-hari rambut wangi je, dah seharian dalam tudung bile bukak rambut still wangi. Belum cerita kehebatan lain lagi.

Baru bau je, tapi seriusla ramai dikalangan orang perempuan yang masih ambil remeh penjagaan rambut. Rambut syampu seminggu sekali, ya Allah ape ni? Muka lawa camne pun kalau rambut bau mintak maap awal-awal. 



Dan ramai jugak yang mandi basahkan rambut tapi tak syampu selepas tu pakai tudung...huhuhu...memang juara sedunia baunya. Pening kepala orang lain. Yang peliknya empunya diri tak pulak pening. 

Jangan macam tu, rambut pun penting untuk kita belek, bukan muka je. Ini tidak, untuk muka sanggup tu habis beribu beli skincare obersea hanya sebab ade jerawat naik sebijik. Tapi bila bab rambut kita, kita tolak tepi. Take for granted.

Selain kesan semerbak harum, banyak lagi kesan-kesan positif lain yang didapati oleh penggunanya. Ha ape testimoni best tu, akak kongsikan diakhir-akhir entri ni, bia surprise sikit...hihi...

Sekarang akak nak masuk bab penjagaan dalaman atau internal. Kalau internal tak lain tak bukan mesti kita kene makan. So far tak dengar lagi ade suntikan rambut lebat ke tak beruban ke, tak taula kalau ade tapi akak yang slow huhu...

Ok jom kita tengok apa zat yang perlu untuk kita atasi masalah rambut gugur dan pelbagai masalah lain. 



Protein merupakan asas bagi rambut sihat yang cantik. Kalau nak rambut cantik, sihat, kuat mesti dalam kepala kita kene ingat perkataan ni PROTEIN.  

Sebenarnya rambut kita terdiri daripada paling kurang 97% protein. 19 daripada 22 jenis asid amino yang membentukkan rambut kita. Jelas tak sekarang kenapa keadaan rambut kita bergantung penuh kepada kualiti protein yang kita ambil.

Kalau kita tak pernah kisah dengan kualiti dan kuantiti protein yang kita ambil, so kita boleh jangka macammana keadaan rambut kita. Rambut kita akan menjadi bercabang, retak, kering, rapuh dan kurang bersinar.

Ini semua tanda-tanda bekalan protein yang tidak cukup.





B-Complex juga dikenali sebagai vitamin kecantikan, ha percaya tak? Nak lawa je celah mana pun mesti amik B-Complex. Punyala penting, sampai pusat-pusat jagaan rambut terkenal didunia ni pun buat syarat kene tambah B-complex selepas protein bagi program penjagaan rambut paling asas.

B-Complex membantu rambut dengan 4 cara : -

  • terlibat dalam pembentukan rambut yang sihat.
  • melicinkan pertumbuhan rambut pada kadar yang rata
  • B-Copmplex yang cukup akan menguatkan rambut agar tidak mudah retak.
  • membantu mengekalkan warna rambut, penting mencegah rambut beruban.  

3. Zinc


Zinc adalah mineral yang terlibat pada  yang bahagian-bahagian yang mengalami pertumbuhan sel yang pesat. Pemakanan yang lengkap pada kadar yang optima akan mendorong pertumbuhan rambut yang lebih pesat.

Pertumbuhan yang pesat tersebut memerlukan  bekalan zinc secukupnya. Zinc mampu menguatkan rambut dengan menjadikannya lebih tebal, hasilnya rambut ketara lebih lebat.

Apabila setiap helaian rambut lebih kuat, keguguran rambut juga akan berkurangan. Walaupun dalam sehari kita biasa akan hilang 100 helai rambut, Zinc akan membantu mencegah kehilangan rambut yang berlebihan. 

Salah satu cara mudah nak cek Zinc cukup atau tidak adalah tengok sikat kita. Jika banyak rambut gugur tiap kali kita sikat rambut, maka kita perlulah menambah Zinc kedalam badan kita. 

Zinc mudah termusnah dengan pengambilan alkohol dan tekanan. Kita juga akan kehilangan Zinc melalui perpeluhan. Maka saranan oleh Dr Bruce Miller ialah pengambilan Zinc sebanyak 15mg sehari sebagai jaminan buat mineral penting ini sentiasa ada dalam badan kita.


4. Omega Guard



Omega Guard adalah minyak ikan Omega 3 yang tinggi kandungan EPA dan DHA. Ha terkejut tak? Pelik bagaimana Omega 3 boleh ade kene mengena dengan rambut gugur ni. Sebenarnya memang ade kaitan dan kaitan yang besar.

Omega Guard membantu dalam :-

  • Meningkatkan keutuhan rambut agar tidak mudah putus
  • Menyuburkan folikel rambut 
  • Boleh membantu pertumbuhan semula rambut
  • Menambah kekuatan dan ketebalan rambut
  • Baiki kulit kepala yang kering dan menggelupas
  • Tingkatkan peredaran darah dikulit kepala

Omega Guard mempunyai EPA dan DHA. DHA sangat penting dan mempunyai pengaruh besar terhadap keguguran rambut. Antara punca keguguran rambut adalah kekurangan DHA.

Ibu selepas bersalin akan mengalami fasa keguguran rambut yang agak kritikal. Antara punca yang boleh dikaitkan ialah si ibu kekurangan DHA kerana pada masa tersebut adalah fasa 'growth spurts ' untuk bayinya.

Badan akan menarik banyak DHA dari otak dengan ini meyebabkan banyak rambut yang gugur.

Nisbah omega 3 : omega 6 yang tidak seimbang,  bukan setakat tidak seimbang tetapi  jumlah omega 6 terlalu tinggi berbanding omega 3

Contoh : mengapa orang kaitkan  terlalu banyak makan  mee maggie akan mengakibatkan keguguran rambut?

Sebab mee maggie mempunyai kandungan omega 6 yang terlalu tinggi, so nisbah omega 3 : omega 6 dah jauh sangat.


5. Lecithin



Lecithin akan membantu rambut kita lebih tebal dan sihat, ha bukan untuk slim aje tau. Setiap helai daripada kira-kira 120, 000 rambut kita tumbuh dari folikel (sejenis pundi) yang mengandungi akar rambut.

Folikel akan menerima nutrien yang kita perolehi dan membekalkan sel-sel baru yang akan membentuk rambut. Rambut yang baru ini akan menggerakkan folikel dan menolak sel-sel rambut tua dihadapannya.

Apabila rambut baru ini tumbuh, makin meninggi, rambut ini akan dilicinkan oleh kelenjar sebum (sebaceous gland) yang berminyak.





Lecithin mengandungi beberapa jenis asid lemak yang perlu bagi membolehkan pergerakan rambut menerusi folikel berjalan lancar tanpa kecederaan.

Kekurangan pelincir (asid-asid lemak) akan merosakkan rambut menyebabkan pertumbuhan rambut terbantut dan malap.

Lecithin juga mengandungi 2 jenis vitamin B iaitu kolin dan inositol, kedua-duanya sangat penting untuk pertumbuhan rambut yang sihat. Vitamin rambut ini membantu menebalkan rambut serta menghasilkan sinaran.


Ha camne, banyak nutrient yang diperlukan untuk menghasilkan rambut yang sihat, kuat, lebat, bersinar dan paling penting sekali cantik!

So kita jangan pandang remeh dengan pengambilan suplemen bagi membantu rambut kita. Ini bukan hal kecik der.

Betapa ramai kaum Hawa yang melted hanya dengan melihat rambut si jejaka. Belum tengok muke lagi tu...Tapi memangla akak kesian tengok orang lelaki muda-muda tapi rambut depan dah makin hilang, musykil kemana rambut diorang.

Muda-muda lagi dah kene sikat rambut menentang arus, yela nak cover botak depan, haru der...Tapi takpela camne pun tetap akan ada orang yang suke kite bukan kerana rambut semata-mata tapi sebab hati.



Elok time nak pergi merisik, rambut bakal pak mertua elok je cantik macam rambut Shah Rukh Khan, yang awak tu muda 25 tahun dari die dah menuju botak....tidakkkkkkkkkkkk....

Menangis der, dalam hati la. ok so pada yang berkenaan cepat-cepat cari solution. Jangan tunggu nasik dah jadi bubur baru terhegeh-hegeh google cara lebatkan rambutla, cara kurangkan rambut gugurla dan sebagainya.

Bagi kaum Hawa cabarannya banyak selepas melahirkan beberapa orang zuriat, mencabar-mencabar. Kita sibuk kerja uruskan anak-anak sume memang kadang-kadang terlepas pandang bab rambut ni.

Tapi ape pun yang berlaku, tetap kita kene sayangkan diri sendiri. Jangan biar je kita dimamah usia, kesibukan menguruskan anak-anak, rumahtangga atau apa je. Kene bagi perhatian, masa, kerajinan dan laburkan modal untuk kita cantik depan suami dan untuk diri sendiri.

Sekarang jom kita zoom pelbagai testimoni terbaik










Ini pula testimoni video dari seorang wanita yang berjaya atasi masalah rambut gugurnya yang menakutkan!






Jom buat keputusan terbaik dengan memilih produk Shaklee sebagai cara mudah atasi rambut gugur anda. Kene bertindak cepat, bukan asyik tunggu dan lihat. Kalau pening nak ambil yang mana satu, boleh hubungi akak untuk pertanyaan lanjut.

Boleh call/sms/wasap/telegram akak Huda di +6014-9209040. Atau emel ke dasyifa14@yahoo.com.
Boleh juga pm akak diFacebook Norulhuda Seman 

Terima kasih sudi membaca entri ini. Akak sentiasa sudi dan berbesar hati membantu anda mencari penawar buat masalah rambut gugur anda.



20 comments:

  1. terbaik la produk shaklee ni. solusi kepada masalah

    ReplyDelete
    Replies
    1. produk memang terbaik bro, insyaAllah ape masalah berkaitan ada penawarnya...

      Delete
  2. Tak pernah guna produk shaklee ....
    Betul tu Da.....bila umur dah semakin meningkat ni, mmg rambut byk gugur.
    Sungguh merisaukan.
    Manusia ni biasalah, bila dah kronik baru sebok nak cari penawar ek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak pernh guna, kene guna sekali seumur hidup baru nama hidup kat malaysia kak..hihi...(gurau je) tu la bila da kronik baru ligat cari itu ini...takmo la camtu...

      Delete
  3. Tak pernah guna produk shaklee ....
    Betul tu Da.....bila umur dah semakin meningkat ni, mmg rambut byk gugur.
    Sungguh merisaukan.
    Manusia ni biasalah, bila dah kronik baru sebok nak cari penawar ek.

    ReplyDelete
  4. haishhh, saya mengalami masalah ini...hurmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan awak sorang, ramai yang ade masalah rambut gugur cuma kritikal atau tak je...

      Delete
  5. We can try this for new look in 2016.. he..he..

    ReplyDelete
    Replies
    1. absolutely sir, for better look and for better health...

      Delete
  6. Berapa lama ini akan berpengaruh dan memberikan efek? lalu apa efek sampingnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih di atas pertanyaan,

      tempoh masa yang diambil bagi membuahkan hasil tidak sama antara setiap individu
      bergantung pada masalah yang dihadapi,
      kebiasaan sebulan kita dah boleh nampak pengurangan rambut yang gugur

      efek sampingan adalah badan kita makin sihat, fungsi minda bertambah, tubuh semakin aktif dan kurang stress, wajah semakin berseri, kolestrol dalam badan pun menurun insyaAllah...

      Delete
  7. Excellent information. Mkasih atas informasinya. saya mau cuba lah. Kirim Ke Indonesia bisa tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih bapak Willy,

      jika bapak berminat saya bisa nguruskan untuk dikirim keIndonesia. Bapak boleh hubungi saya melalui whatsapp +6014-9209040

      InsyaAllah saya cuba bantu tuan sebaiknya...

      Delete
  8. Replies
    1. terima kasih bapak Yusep,

      Bapak bisa whatsapp saya Huda di +6014-9209040 untuk informasi lanjut mengenai produk, cara belian dan pengiriman ke Indonesia :)

      Delete
  9. RAMBUT GUGUR BUAT HILANG KEYAKINAN DIRI SAHAJA HUA...KATAKAN TIDAKKK

    ReplyDelete
  10. Risau..rmbut mula gugur di usia 18tahun..skrg dh 28

    ReplyDelete
  11. Rambut sy pun mula gugur ... apa saya patut buat .. produk shaklee yg mana stu dpt membntu selesaikan masalah sy . Plisss

    ReplyDelete
  12. Terbaik infonya. Terima kasih admin share info yang bagus sekali. Salam dari blogger blogwalking ya.

    Salam admin. Tumpang Iklan:-

    Sayangi dan hargai suami anda. Jangan biarkan suami cari lain atau makan luar.
    Ikuti blog kami untuk promosi istimewa sekarang.
    Hanya untuk 10 pelanggan terawal.
    Wanita cantik bermula dari diri :)

    [BESARKAN BUAH DADA, BESARKAN PUNGGUNG, RAWAT KEPUTIHAN, KETATKAN FARAJ, KEMBALI DARA, PUTIHKAN KULIT, GLOWING, FLAWLESS]

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen <3

Cari Artikel