Set Mengandung Shaklee Untuk kehamilan Sihat dan Tingkatkan HB | Pengedar Vivix Shaklee, Pengedar Shaklee Kuala Lumpur

17 August 2014

// // Leave a Comment

Set Mengandung Shaklee Untuk kehamilan Sihat dan Tingkatkan HB

Assalamualaikum semua :))  Hari ini saya nak share tentang Set Mengandung Shaklee yang telah membantu beribu-ribu wanita menjalani tempoh kehamilan dengan selamat, sihat dan gembira.


Tahniah buat anda kerana telah hamil, Allah telah makbulkan doa anda, suami dan semua yang mendoakan  anda. Alhamdullillah :)... Kehamilan merupakan  perkara yang ditunggu-tunggu dan sangat menggembirakan buat pasangan suami isteri tambahan pula jika mengandung anak sulong, memang lagi excited!






Betapa ramai pasangan didunia ini yang selalu merintih, merayu pada Allah agar dikurniakan zuriat tapi yang Allah makbulkan doanya adalah  anda. Maka sabarlah menjalani tempoh kehamilan, no pain no gain.


Pasti akan Allah kita uji dahulu, namun apabila sampai kemuncak kelahiran  bertarung nyawa mengeluarkan bayi dari  rahim ibu, segala ujian selama 9 bulan, kesakitan melahirkan anak sirna sejurus selepas anak kita selamat dilahirkan....Allahu Akbar...





klik  untuk imej yang lebih jelas dan mudah dibaca :)

Persediaan  mental dan fizikal haruslah ada pada kedua-dua suami dan isteri kerana pelbagai perubahan emosi dan fizikal akan berlaku pada si isteri, dan suami hendaklah memahami dan membantu memudahkan isteri  menjalani fasa ini


Simptom Kehamilan Mengikut Trisemester

Pada Trisemester Pertama (0-12 minggu) ibu-ibu akan  melalui pelbagai  hal berikut:-


  • loya, muntah, sakit kepala, senang pitam, payudara membengkak
  • nafsu makan yang  lebih besar dari biasa
  • mulut terasa payau atau rasa tidak enak
  • selalu penat walaupun tidak melakukan kerja  berat
  • payudara bengkak dan terasa sengal-sengal
  • lebih  kerap membuang air kecil
  • lebih sensitif, emosi yang tidak menentu
  • sukar membuang air besar / sembelit
  • mengalami pertambahan berat badan 1-5 kg.
  • sensitif dengan bau
  • anemia


Pada Trisemester Kedua pula (13 - 26 minggu) pula seperti :-




Manakala Trisemester ke-3 (27-40 minggu)





  • lenguh - lenguh disekitar punggung
  • bengkak pada mata, kaki dan betis
  • pernafasan menjadi lebih pendek
  • panas dibahagian atas perut
  • Timbul urat-urat halus disekitar wajah, leher, lengan, kaki terutama betis
  • stretch mark mula timbul diperut, paha, payudara dan punggung
  • payudara semakin membesar
  • lebih kerap buang air kecil
  • konstraksi awal mula berlaku
  • anemia

Anak adalah amanah Allah, nikmat yang tidak terhingga dari Allah. Maka dari awal kehamilan perlu mengambil tanggungjawab ini dengan sebaiknya. Namun terdapat beberapa ujian yang kerap melanda ibu-ibu hamil. Antaranya:-


Masalah-Masalah Ibu Hamil


1. Anemia (kurang sel darah merah) merupakan sakit yang biasa dialami oleh  ibu-ibu mengandung disebabkan kekurangan nutrient seperti zat besi, asid folik dan vitamin B12.


Sedangkan bagi wanita hamil jumlah darah didalam badan meningkat sehingga 50%. Maka keperluan  zat besi meningkat untuk  menghasilkan sel darah merah. Banyak zat besi juga diperlukan untuk bayi dan plasenta.


Ibu hamil  dikatakan mengidap anemia apabila mempunyai  paras hemoglobin kurang dari 11gm% disebabkan oleh kekurangan saiz atau bilangan hemoglobin dalam sel darah merah.





Klasifikasi Anemia :

< 9gm %       Hb : Anemia teruk
9 - ,11gm %  Hb : Anemia sederhana


Punca/faktor risiko Anemia
  • pengambilan makanan yang tidak seimbang
  • peningkatan keperluan nutrien (semasa hamil @ ibu menyusu)
  • kerap mengandung (jarak kehamilan < 2  tahun)
  • penyakit keturunan / genetik (contoh Thalasemia)

Contoh-contoh makanan tinggi zat besi, vitamin C pula membantu meningkatkan penyerapan zat besi




Tidak digalakkan mengambil makanan atau minuman berikut 2 jam sebelum @ selepas makan nasi @ suplemen zat besi

Tanda-tanda Anemia:

  • pucat
  • pitam
  • letih/lesu dan  mengantuk
  • susah bernafas (dyspnoea)
  • berdebar-debar

Kesan Anemia pada ibu :


Kesan anemia pada bayi :




2. Mual dan muntah - tiada siapa tahu apa  punca sebenar kebanyakan  ibu mengandung berasa loya dan  senang muntah. Keadaan ini berlaku biasanya pada trisemester  pertama. Namun ada juga ibu-ibu yang  mengalaminya sepanjang tempoh kehamilan.




Punca mual dan muntah mungkin disebabkan oleh hal berikut
  • hormon estrogen
  • hidung yang semakin sensitif dan tajam dengan bau
  • perut sensitif
  • tekanan


3. Sembelit

Berlaku disebabkan peningkatan hormon progestron. Hormon ini  menyebabkan otot-otot dalam keadaan rehat begitu juga otot dalam sistem  penghadaman. Makanan yang melalui sistem penghadaman bergerak lebih lambat dan keadaan lebih teruk apabila  kandungan semakin membesar menekan  rektum.

Pengambilan suplemen zat besi dalam dose yang terlalu tinggi juga boleh menyebabkan sembelit.


4. Senang letih

Biasanya berlaku pada  awal trisemester pertama dan diakhir trisemester ketiga

Tekanan, sukar mendapat tidur yang lena, kerap ketandas diwaktu malam dan kekurangan zat besi mungkin antara penyumbang kepada keadaan ini.


5. Pening atau pitam - biasanya berpunca dari kekurangan sel darah merah didalam badan


6. Kejang kaki mungkin disebabkan oleh beberapa faktor  berikut



  • pengambilan fosforus yang berlebihan (didapati dalam daging yang telah diproses, makanan ringan seperti  snek dan minuman bergas)
  • pembentukan  asik laktik pyruvic (hasil sampingan metabolisme gula  dan kanji) boleh menjejaskan pengaliran darah kekaki
  • kekurangan kalsium dalam darah
  • tekanan rahim yang  sedang membesar pada saraf kaki.

7. Sakit tulang pinggang, punggung dan bahu
  • berpunca dari pertambahan berat
  • perubahan postur badan
  • perubahan hormon
  • tekanan

Nutrisi Untuk Ibu Hamil

Keperluan nutrisi bagi ibu hamil juga berbeza dari sebelumnya. Antara zat yang perlu dan lebih diambil ialah asid folik, zat besi, kalsium, protein, vitamin C, serat  dan  asid lemak omega 3. Berikut ialah contoh makanan-makanan yang perlu diambil sepanjang kehamilan.





Nutrien Perlu Untuk Ibu-ibu Mengandung (klik untuk imeja yang lebih jelas)


Apabila kita mula membuat pemeriksaan kehamilan untuk pertama kalinya di klinik  kerajaan atau  swasta, doktor akan membekalkan anda dengan obimin, iron tablets (ferrous fumarate), asid folik dan  asid askobik.


Mengapa doktor membekalkan puan dengan pil-pil prenatal?


Bekalan vitamin-vitamin  ini untuk membantu membekalkan sesetengah nutrient yang lebih banyak diperlukan semasa  hamil. Janin yang sedang membesar hanya boleh mendapatkan nutrient melalui ibunya sedangkan penyediaan makanan yang kita praktiskan sekarang  sudah banyak memusnahkan  kebanyakan vitamin dan protein yang diperlukan oleh bayi.

       
Namun banyak ibu-ibu yang merungut tidak mampu menelan pil-pil yang dibekalkan oleh  pihak hospital berikutan baunya yang kuat  dan amat tidak menyenangkan, dahla kite loya  kene mengadap pil-pil dengan bau menyengat camtu huhu....


Ok sekarang kita masuk kepada Set Mengandung Shaklee yang memenuhi keperluan  nutrisi  bayi dan ibu, mengurangkan  simptom-simptom kehamilan dan kita lihat bagaimana ia  mampu membantu ibu-ibu. 

   
 Set yang paling asas ialah Vita-lea, B - Complex, Vitamin C Sustained Release dan Ostematrix.  Kesemua ini adalah penting dan perlu diambil oleh setiap ibu-ibu mengandung.


1. Vita-Lea, RM 95 (120 tablet)




  • Merupakan multivitamin  pertama didunia yang dihasilkan pada tahun 1915
  • Merupakan tablet lengkap dengan 12 vitamin  dan 7  mineral penting membantu mengisi lompang nutrient untuk ibu-ibu memandangkan diawal  kehamilan tidak semua makanan mampu ditelan 
  • Terbukti tablet yang paling pantas larut didalam air dan tubuh manusia
  • Mudah diserap oleh usus kecil
  • Penambah tenaga segera - mengurangkan keletihan,  menambah kecergasan tubuh dan kekuatan mental ibu-ibu
  • Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran bayi
  • Penting untuk pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku, hormon dan menjaga  kesihatan tiroid
  • Membantu pembentukan darah,  penting untuk ibu dan bayi
  • Untuk kegunaan 4 bulan, hanya rm0.79/sehari


2. Vitamin B-Complex, RM 57 (120 tablet)




  • Menukarkan makanan kepada tenaga- mengurangkan masalah kelesuan dan keletihan ibu-ibu
  • Melawan tekanan - meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia
  • Mengandungi asid folik  yang menolong melindungi bayi dari kecacatan dalam sistem saraf (kecacatan  tiub neural) seperti spina bifida
  • Membantu pembentukan sel darah merah dan antibodi yang sihat
  • Mencegah sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat dan laut
  • Membantu tumbesaran dan kesihatan fetus
  • Merangsang pengeluaran susu badan
  • B - Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B termasuk 100 % biotin dan asid folik
  • Biotin membantu vitamin B berfungsi dengan lebih efektif, mencegah rabun, rambut beruban dan gugur, sakit otot, ekzema  dan radang kulit
  • RM 0.48/sehari

3. Sustained Release Vitamin C, RM 98 (180 tablets)




  • Setiap tablet mengandungi 7 setengah biji buah limau termasuk kulitnya (500mg)
  • Pembebasan 1.5 vitamin C dalam setiap jam, vitamin C larut air maka pembebasan berterusan penting untuk  mengoptimakan penyerapan vitamin daripada terus dikumuhkan melalui urin
  • Merangsang pembentukan kolagen - sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan  tulang rawan, penting untuk pertumbuhan janin
  • Meningkatkan sistem imun ibu dan bayi, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman
  • Baiki alergi hidung, kulit dan  asma
  • Menyingkatkan waktu pemulihan, mengurangkan simptom flu dan selsema
  • Membantu penyerapan zat besi
  • Mencantikkan kulit, pengambilan setiap hari membuatkan kulit lebih cerah
  • Melambatkan penuaan, menyekat pembentukan pigmen yang menjadi  menyebab jeragat
  • Kurangkan tekanan dan  keresahan
  • Mengekalkan kolestrol sihat
  • RM 0.54/sehari


4. Ostematrix RM  61 (120  caplets)




  • kalsium diperlukan untuk membina tulang dan gigi yang kuat.
  • membantu pembekuan darah, membantu fungsi otot dan  saraf
  • membantu degupan jantung  secara normal
  • pengambilan sebanyak 600mg sebelum tidur akan baiki kebas-kebas, kejang dan sakit sendi, mengelakkan terjadinya simpul biawak
  • penenang semulajadi, memberi tidur  yang selesa
  • baiki  mood swing, sakit kepala  dan pitam
  • ibu-ibu mengandung memerlukan lebih kalsium untuk bayi yang sedang membesar didalam perut.
  • kekurangan kalsium boleh menyebabkan ibu hamil terdedah kepada risiko preeclampsia yang mungkin membawa maut kepada  ibu  dan anak  didalam  perut
  • mengandungi magnesium yang  membantu sistem  saraf, menstabilkan denyutan jantung, membantu mengurangkan sembelit dikalangan  ibu-ibu hamil.
  • 1 hidangan ostematrix shaklee membekalkan keperluan kalsium yang cukup untuk  ibu hamil iaitu sebanyak 1000mg setiap hari.



Set yang lengkap untuk kehamilan pula terdiri daripada Set Asas + Omega Guard + ESP Shaklee . Jom kita mulakan dengan Omega Guard


5. Omega Guard RM 136 (90 capsule)



  • omega 3 perlu untuk pembentukan awal sistem saraf dan penglihatan bayi
  • kebanyakan ibu mengandung kekurangan  omega 3 yang cukup untuk bayi mereka
  • kajian menunjukkan penambahan EPA dan DHA kepada ibu mengandung memberikan kesan yang positif kepada penglihatan dan  perkembangan kognitif  bayi.
  • pengambilan yang tinggi juga mengurangkan risiko alergi pada bayi.
  • mengurangkan bayi lahir  tidak cukup bulan.
  • kurangkan risiko pre-eclampsia
  • kekurangan omega-3  boleh menyebabkan risiko depresi pada  ibu
  • membantu tumbesaran dan perkembangan  otak  bayi
  • membantu perkembangan memori
  • 1 hidangan Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak omega-3 DHA dan EPA.

Good news untuk semua, bulan Mei 2015 merupakan bulan promosi Omega Guard Shaklee, beli 6 free 1, untuk ibu-ibu mengandung yang ada anak kecik lain atau anak sulung boleh beli borong Omega Guard sebab boleh diambil sepanjang kehamilan dan sangat bagus untuk ibu menyusu.


Keterangan lanjut tentang Omega Guard boleh rujuk entri saya ni Omega Guard Shaklee Untuk Bayi, Kanak-kanak, Orang Dewasa dan Warga Tua dan Omega Guard Shaklee, Minyak Ikan Terbaik Didunia


6. ESP Shaklee (Energizing Soya Protein), RM 150 (850g)






  • Glisemik Indeks (GI) yang rendah sesuai pengidap kencing manis.
  • 1 hidangan ESP Shaklee bersamaan 2x daging, 4x ganda telur, 12x susu.
  • Diproses menggunakan air dan bukannya alkohol bagi mengekalkan isoflavone yang kritikal seperti  genistein dan daizdein. 
  • Rendah lemak, tiada kolestrol, tiada asid urik dan sangat mudah diserap.
  • Membekalkan tenaga berpanjangan buat ibu agar lebih bertenaga menghadapi tugas seharian terutama diawal  trisemester pertama.
  • Meningkatkan sistem imun, mencegah tekanan, migrain dan insomnia.
  • Mengambilnya sebagai sarapan membuatkan ibu-ibu lebih kenyang dan perut kurang angin, sangat berkesan mengatasi masalah muntah-muntah diawal kandungan.
  • Membekalkan asid amino penting untuk membina otot, kuku, rambut,  darah, organ, kulit, kelenjar dan sebangainya untuk janin dan ibu.
  • Membantu menguatkan rahim ibu 
  • Bantu mengurangkan paras kolestrol, mencegah osteoporosis dan sakit jantung.
  • Penggunaan untuk 1 canister mengikut saranan adalah untuk sebulan.

Alhamdullillah sekarang usia kandungan saya dah mencapai 31 minggu, cepatnya masa berlalu. Macam-macam yang saya rasa dan saya akui Set Mengandung Shaklee banyak membantu saya menjalani fasa yang seronok tapi mencabar ni. :)





          Diawal kehamilan saya muntah teruk, setiap hari muntah tapi alhamdulillah saya tak pening so masih boleh datang kerja seperti biasa. Ketika ni saya cuma amalkan Vita-lea, B-complex dan Vitamin C sahaja.



          Sampai satu masa tu, saya memang lesu sangat, badan lemah tak tahu nak cerita camne, nak tambah perisa husband pulak lambat ambil memangla ujian...sampai rumah terus saya baring, padahal perut tengah lapar tapi nak bangun pun seksa. Dari awal mak saya dah bising-bising makan ESP bagi kuat sikit, tapi saya ignore je..



          Esoknya saya terus minum ESP, serik dah...memang rase cam tak pregnant pulak, rilex cket dan bertenaga. Bila continue ambil ESP kekerapan saya muntah pun berkurang...sebab perut rase kejap sangat, takde angin-angin  dan loya. Syukurnyela...



        Selalu saya dengar orang mengandung akan sakit pinggang, belakang, sembelit dan malam-malam betis akan kejang dan sakit yang amat...atau dipanggil simpul biawak. Saya alami sakit pinggang bila kandungan mencapai usia 5 bulan, sembelit kadang-kadang sebabnya time ni saya tak konsisten ambil Ostematrik, susu memang jangan harap nak minum. 



          Peritnya sakit pinggang tapi perit lagi bile kene simpul biawak, saya alami ketika bulan puasa lepas. Tengah-tengah tidur boleh kejang seluruh kaki, huhu nangis tanpa airmata time tu, bile dah ok kaki still lemah. 



          Bermula dari sakit tak tahan tu saya konsisten makan Ostematrik 4 biji setiap hari, serikkk...Alhamdullillah sampai sekarang saya tak rase dah kejang kaki yang menyeksakan tu tengah-tengah malam. Tidak dapat saya bayangkan ibu-ibu mengandung yang alaminya selalu...



        Saya sangat-sangat  syorkan Set Mengandung Shaklee kepada semua ibu-ibu mengandung diluar sana. Apa yang kita ambil sepanjang tempoh kehamilan besar pengaruhnya pada kesihatan anak kita kelak.




Jika anda masih tercari-cari suplemen ketika hamil, jangan ragu-ragu untuk menggunakan Shaklee, kami dah membantu ribuan ibu-ibu diluar sana menjalani fasa kehamilan  dengan sihat, tanpa  banyak masalah. Dijamin selamat, halal dan berkesan. Tak perlu berkira untuk ibu dan anak kita sihat.



          Pelbagai masalah telah kami bantu, HB (hemoglobin) rendah, morning sickness, mual-muntah, simpul biawak, keletihan melampau, ibu diabetes, tekanan darah tinggi, sembelit sepanjang kehamilan, sakit pinggang, sakit belakang dan pelbagai masalah lain. Jom layan testimoni best Set Mengandung Shaklee.



Bacaan HB meningkat setelah menggunakan Set Mengandung Shaklee :)











Ini pula testimoni dari seorang ibu mengandung, bagaimana suplemen Shaklee membantunya melakukan sesuatu yang agak mustahil bagi seorang ibu yang mengandung, jom check it out!






        Setiap cadangan produk Shaklee mengikut masalah dan keperluan pelanggan dan pastinya saranan diambil dari pakar pemakanan Shaklee sendiri. So tidak perlu fikir 2-3 kali, hubungi saya, Huda sekarang call/sms/wasap/telegram ke 014-9209040 @ emel ke dasyifa14@yahoo.com.


        



        



        







Cari Artikel