CoQ HealthTM Plus, jawapan untuk jantung yang lebih sihat | Pengedar Vivix Shaklee, Pengedar Shaklee Kuala Lumpur

03 September 2013

// // Leave a Comment

CoQ HealthTM Plus, jawapan untuk jantung yang lebih sihat



Apa itu CoQ10 dan mengapa ia penting untuk tubuh kite??

Koenzim Q10 merupakan zat makanan larut lemak yang dihasilkan oleh badan dan ditemui disetiap sel tubuh kita. CoQ10 hadir dalam dua bentuk ubiquinol (dalam bentuk antioksida yang aktif) dan ubiquinon (dalam bentuk yang telah teroksida), tubuh kita akan menukarkan CoQ10 teroksida (ubiquinon) kepada bentuk antioksida (ubiquinol).

Peranan penting dimainkan oleh CoQ10 adalah dalam proses penghasilan tenaga didalam setiap sel.Oleh yang demikian CoQ10 lebih banyak ditemui diorgan-organ badan yang bekerja lebih keras dan memerlukan tenaga selular yang tinggi seperti jantung,  hati, buah pinggang dan pancreas.
                       



Banyak  kajian perubatan membuktikan manfaat pengambilan CoQ10 sebagai makanan tambahan. CoQ10 penting dalam penggunaan oksigen, penghasilan tenaga dan kepada otot jantung..Koenzim Q10 penting untuk mendapatkan jantung yang sihat. CoQ10 berperanan

-  Membantu mengukuhkan otot-otot jantung
-  Memudahkan proses pengaliran darah
-  melindungi arteri dari pengoksidaan LDL (low density lipoprotein=lipoprotein berkepekatan rendah) kerana sifatnya sebagai antioksida
-  menyokong jantung mengepam darah sekaligus membaiki proses peredaran darah keseluruh badan.


Berapakah jumlah COQ10 yang diperlukan  oleh badan??

Jumlah CoQ10 yang diperlukan oleh badan ialah 10mg sehari. Kita boleh mendapatkannya daripada diet harian seperti daging, ayam, kacang panggang, brokoli rebus, oren, strawberi dan sebagainya. Namun jumlah CoQ10 yang hadir dalam  contoh makanan diatas sangat sedikit, tambahan pula seiring dengan peningkatan  usia keupayaan tubuh menghasilkan CoQ10 semakin  menurun.



Faktor-faktor lain seperti diet tidak seimbang, pendedahan kepada radikal bebas, penggunaan sesetengah ubat-ubatan untuk mengurangkan kolestrol boleh mengurangkan paras CoQ10 dalam badan anda. Maka pengambilan supplemen adalah perlu untuk mengekalkan zat penting ini didalam badan.

Shaklee menawarkan CoQHealth Plus yang mengandungi campuran semulajadi 28mg CoQ10 dengan vitamin E dan teh hijau. Didatangkan dalam kapsul dari minyak kacang soya bagi memastikan penguraian maksima dan penyerapan yang lebih baik. CoQ10 terbukti dapat

-  menyokong penghasilan tenaga bagi jantung
-  melindungi arteri sihat daripada pengoksidaan  LDL
-  meningkatkan peredaran darah
-  membantu menambahdan mengekalkan CoQ10 dalam darah

Keistimewaan CoQHealth Shaklee

kombinasi CoQ10 dengan vitamin E dipercayai lebih mengukuhkan keupayaan antioksidan yang terdapat dalam vitamin  E kerana CoQ10 membantu mengitar dan menjana semula vitamin E untuk perlindungan antioksida yang berterusan pada sel-sel tubuh
· ekstrak the hijau mengandungi procyanidins yang dapat membantu menyokong kesihatan endothelium (lapisan tisu antara kapilari darah dan jantung)
·   Sumber  CoQ10 yang telah diuji  dengan kualiti tertinggi dan selamat




           

Cari Artikel