Aktiviti Cuti Sekolah Sambil Mak Bisnes Online | Pengedar Vivix Shaklee, Pengedar Shaklee Kuala Lumpur

30 November 2016

// // Leave a Comment

Aktiviti Cuti Sekolah Sambil Mak Bisnes Online

Cepat betul masa berlalu, sekarang dah mula cuti sekolah. Penuh Newsfeed FB cerita pasal aktiviti cuti sekolah je. Ada yang dah selamat berjalan, ade yang share planning nak buat. Even ade anak-anak yang ade plan sendiri.

Bagi kami mak-mak yang buat Bisnes Online ni ape pun Aktiviti Cuti Sekolah, kemana pun destinasi yang dituju Bisnes tetap on macam biasa as long as ade internet. Bila-bila masa dan dimana jua, duit masyuk gitu. Hihi...

Memang meriah, untuk akak yang takde anak sekolah ni pun rase tempias seronok cuti sekolah tu. InsyaAllah kami plan nak ke balik kampung and pergi Cameron Highland aminnn....




Biasanya balik kampung Pekan Pahang belah husband. Nak balik kampung akak dekat Yala Thailand tu entah bile. Tak kuat plak nak harung perjalanan yang mencabar dengan 2 anak kecik.

Seronok balik kampung ni boleh eratkan silaturrahim, jumpa sedara mara semua. Diorang excited kita pun lagi excited. Dekat Pekan tu banyak sangat aktiviti yang boleh dibuat, sebab die dekat kuala kan. Hutan ada, pantai pun ada.

Budak kecik cam Mujahid ni main pasir pun dah seronok, leka sangat...Duk kampung bolehla tengok dengan mata kepala ayam betina, ayam jantan bapak, anak ayam, famili kambing berkeliaran, anak kambing biri-biri yang comel amat..., lembu, itik dan itik serati (anak-anak itik)

Kene time musim hujan sekarang ni lagi la best. Sebab bangun pagi suasana sangat nyaman, sejuk sambil pekena Teh O panas dengan biskut kering, nampak itik dan anak-anaknya berenang kat air. Ya Allah comel sangat diorang tu.




Bia Mujahid dengar sendiri ayam berkokok waktu subuh, bunyi lembu, bunyi kambing, kalau masuk hutan dengarla bunyi unggas sume.

Nenek Mujahid memang lasak orangnya. Dari kecik dah Allah tarbiyah hidup susah, lari dari perang sume. Kalau balik Pekan, mak mertua, husband dan seangkatan dengannya suke mancing, cari lokan, kepah, tiram, siput. Bagi saya adventure dah sume tu

Ade yang husband ikut, ade yang tak. Nanti bila Mujahid dah besar biar die join sekali semua aktiviti tu. Bukan semua orang tahu dan merasa cari lokan, kepah, siput semua tu. 

Banyak benda yang die akan belajar dengan alam. Biar segala deria die berkomunikasi dengan alam. Lihat dan explore dengan mata, telinga dengar sendiri segala bunyi haiwan kat kampung tu. Biar die sentuh dan rasa dengan tangan die selut, pasir sungai, licin badan ikan. 

Biar kaki die berlari kejar ayam, berlari atas pasir pantai, berlari atas tanah batu. Itu semua wajib dilalui oleh anak lelaki. 

Saya plak even line internet slow, still boleh berwasap and terima order dari customer. Ni salah satu heaven buat Bisnes Online. Kita tak terikat dengan masa dan tempat. Kat mana-mana pun boleh buat duit, boleh attend customer, boleh folo up, boleh update FB, Ig and blog. 

Kalau customer nak beli Shaklee, order je dari Shaklee2u, klik-klik...tak sampai 2 minit setel keje. Ha senang tak?

Produk Shaklee ni plak macam takde musim, bile-bile je ade orang carik. Tak kesahla raya ke, cuti sekolah ke ape ke, memang orang akan cari kita nak beli.

Best tak? Nak tak ade bisnes sendiri, bisnes dari rumah sambil jage anak and income yang masuk lagi banyak wakti keje opis hour?

Berminat? Please don't hesitate to contact me. Akak akan guide anda semua sehingga kepuncak 
InsyaAllah....


Cari Artikel