Sungai Besi ke UPM Serdang Ke Yong Peng Johor Untuk Coaching Downline Shaklee | Pengedar Vivix Shaklee, Pengedar Shaklee Kuala Lumpur

08 April 2017

// // Leave a Comment

Sungai Besi ke UPM Serdang Ke Yong Peng Johor Untuk Coaching Downline Shaklee

Assalamualaikum semua, Alhamdulillah last month jadual kami padat dengan coaching anak bisnes Shaklee. Bermula dari Sungai Besi ke UPM Serdang Ke Yong Peng Johor. Untuk Coaching Downline Shaklee.

Kalau ikutkan rasa nak pusing 1 Malaysia untuk coaching anak bisnes. Tapi belum ada jaringan downline 1 Malaysia lagi. Takpe tahun ni insyaAllah lengkap, target nak naik Master Coordinator so paling minima mesti ade 16 orang Bussiness Leader dalam group akak. 





Downline bisnes atau anak Shaklee akak dari Sungai Besi ni Che Ta namanya. Tinggal dekat je dengan rumah akak ni. Akak share camne cara bisnes dengan Facebook sebab die pilih tuk guna Facebook. Ni Facebook die Che Ta Nazri 

Akak ajar camne nak buat produk demo. Produk demo ni aktiviti yang sangat best, dan sangat berkesan untuk orang yang buat offline. Bagaimana produk demo ni sebenarnya, surprisela takle cerita kat sini. Nak tahu jom register ahli Shaklee dengan akak dan join kami buat bisnes.

Akak share camne nak schedule post setiap hari, sebab yela kadang-kadang kita ni busy, plan camni, then lain plak yang jadi. So nak selamat kita susun siap-siap bahan yang kita nak post esoknye atau untuk seminggu terus. Ha kan dah mudah...


Che Ta bersama isterinya Puan Yasmin

Nanti nak jumpa die lagi sebab macam-macam lagi ilmu perlu diturunkan ni, ginilah dalam Shaklee. Kalau kita nak berjaya kita kene tolong orang lain berjaya. Itu je caranya, takde cara lain.

Anak bisnes Shaklee yang seterusnya is  Nur Su'aida bt Mohd Rosli, dari Terengganu. Sekarang belajar di UPM, amik English. Su'aida sebenarnya customer akak, die nak turunkan berat badan and bagus die ni memang follow guideline yang akak bagi.


Katanya dah turun pun berat and sekarang continue buat detox, ha cenggitula kalau nak kurus, bukan amik produk seminggu harap nak turun 10 kg.

Dia nak cube buat Shaklee sebab nak tambah duit katanya. And platform yang die pilih is Instagram. Al-maklum Su'aida anak-anak gen Z, so memang lagi aktif kat IG dari FB.

Akak share cara buat bisnes dengan IG yang berkesan, proven boleh dapat sale. Camne nak susun jadual, poster camne, nak guna apps apa tuk edit gambar and macam-macam lagi.



Akak ade bagi die Buku Nutrisi Shaklee tapi dah tak sempurna fizikalnya, yang baru time tu belum dapat lagi. InsyaAllah nak jumpa die lagi tuk sesi coaching lebih jelas. Time jumpa die ni bateri lap top memang ciput so limited cket.

Su'aida akan jadi leader tuk Selangor dan cover area Serdang dan sekitarnya. Banyak lagi kene polish and akan ada banyak lagi sesi bimbingan atau coaching.

Paling jauh setakat ni kami coaching anak bisnes di Yong Peng, Johor. 4 hari 3 malam kami berkampung dekat rumah die. Layanan 1st class, makanan tersedia je memang heaven. Leader hebat dari Yong Peng, Johor tu lak lain tak bukan. Kak Zaharah bt Nasir kakak ipar akak hihihi...

Sebab tu kami boleh berkampung kat rumah die sampai 3 malam. Kalau bukan sedara dekat cenggini takdela nak duk sampai 3 malam. Seganla huhu... Kak Zarah mula rasa nak cuba produk Shaklee untuk improve kesihatan suami die yang sakit lelah yang agak teruk.

Plus anak bongsu die punye tumbesaran tak seperti kanak-kanak lain. Cerita detail pasal anak die akak btau entry lain atau nantikan kak Zarah punye blog.

Untuk cover cost beli supplement Shaklee setiap bulan, better die cuba buat biz, dapat makan Shaklee free dapat lagi bonus dari Shaklee setiap bulan.

Kak Zarah prefer offline sebab katanya dah lama sangat tinggal benda-benda online ni. So amik masa nak laju balik. Sementara tu baik die pecut offline memandangkan die ada kelebihan kat situ.

Seronok coaching sedara mara ni sebab kat dalam bilik tido, santai-santai sambil tidurkan anak pun kita boleh bagi pengenalan pasal Shaklee, kenapa kalau kita nak beli supplement kita kene pilih Shaklee, ape best sangat Shaklee ni and macam-macam lagi.


Hujung sekali bertudung hijau, Kak Zarah. Tudung merah tu adik ipar Aidah namanya


Semuanya cerita-cerita je, adik ipar akak pun join sekali, Aidah namanya. Die pun nak buat Shaklee secara part time. Dia akan cover area Rawang.

Untuk kak Zarah akak tekankan buat produk demo, sebab demo ni cara yang senang nak bagi orang nampak and faham perbezaan produk Shaklee berbanding produk lain.

Kadang-kadang duk sibuk cerita hal-hal saintifik sangat pun bukan orang paham, senang buat je demo. Terangkan dalam bahasa mudah, insyaAllah dengan orang-orang yang tak penah terpiki nak beli supplement, yang liat nak keluar duit tuk beli supplement pun pasti tergugat hatinya hihi...

Die pun excited bila akak tunjuk demo produk Shaklee dekat die. Die dah pun buat demo dekat famili belah husband die, sikit-sikit dulu katanya. Sejujurnya akak kagum dengan kesungguhan die. Sebab ramai orang penghalang utama die is malu and takut.

Malula nak jual Shaklee, malula nak buat iklan inikan plak nak buat demo depan-depan. Confirm menyorok belakang sofa. Haram nak keluar.

Lagi satu takut, takut orang perli, takut orang kata macam-macam, takut kene unfriend, follower kurang, takut memanjang. Padahal yang die duk takut tu belum jadi lagi. So kalau dalam perang camnila nak buat perumpaan.

Bayang musuh pun tak nampak lagi, die dah cabut lari, jauh lagi nak lawan musuh bagi mati.

InsyaAllah if takde aral, kami sekeluarga akan berpindah ke Tongkang Pechah, Batu Pahat Johor. Sebelum pindah kene kukuhkan based kat sini dulu. Nak train anak bisnes sampai mampu berjalan, berlari dan bina empayar bisnes sendiri plak.



Kalau ade yang berminat nak join kami tambah income, improve kesihatan dan tingkatkan ekonomi hidup, Boleh hubungi akak, join kami sekarang tuk kita sama-sama tambah ekstra income.

Kalau join sekarang akan sempat fight untuk trip Shaklee 2018 ke Bangkok dan naik cruise mewah ke 3 negara Sepanyol, Perancis dan Italy. 100% free dari Shaklee. Teruja tak?

Boleh contact akak untuk pembelian produk Shaklee, untuk register ahli untuk makan sendiri atau buat bisnes. Akak ready tuk membantu ;)












Cari Artikel